Prom (singkatan promenade[1][2] - suatu kawasan berlegar-legar ataupun upacara perarakan menyambut tetamu sesebuah majlis[3][4]) merujuk kepada suatu majlis tari diadakan khusus untuk pelajar-pelajar sekolah tinggi di dunia Barat (terutamanya Amerika Syarikat) menghampiri akhirnya tahun terakhir persekolahan mereka.

Suatu dewan rumah besar dihadiri remaja-remaja melaram di Amerika Syarikat

Para pelajar sering menghadiri majlis-majlis ini berpakaian serba cantik dan segak - kaum lelaki lazim memakai tuksedo manakala kaum perempuan memakai gaun. Pada acara ini akan ada pemilihan dalam kalangan pengacara yang menentukan peserta lelaki dan perempuan yang terbaik bergelar "raja" (prom king) dan "ratu prom" (prom queen) didasarkan pencapaian terbaik pelajar-pelajar sepanjang tempoh persekolahan mereka.[5][6]

Ia dahulunya wujud seawal lewat abad ke-19 ke abad ke-20 sebagai peluang di mana para remaja yang bersekolah mula pertama kali berdikari, berpenampilan elok serta bergaul dalam persekitaran lebih profesional dan dewasa.[3] Pengadaan acara sebegini semakin lama semakin mewah dengan pesatnya perkembangan ekonomi dialami Amerika Syarikat 1950-an sehingga majlis mampu diadakan di tempat lebih mahal seperti hotel resort. Ia lama-kelamaan menjadi salah satu acara yang ditumpu penting dalam gaya hidup pemuda-pemudi masyarakat-masyarakat Barat sehingga diabadikan dalam penceritaan media dihasilkan di sana dari drama TV dan siri animasi sehinggalah ke filem.

Rujukan

sunting
  1. ^ Zimmerman, Jonathan (3 Mei 2013). "Prom An Iconic American Tradition". Chicago Tribune. Dicapai pada 20 Mei 2013.
  2. ^ https://www.etymonline.com/word/prom
  3. ^ a b Ann Anderson (2012). High School Prom: Marketing, Morals and the American Teen. McFarland. m/s. 7–10.
  4. ^ "Definition of 'promenade'". Merriam-Webster Dictionary. Dicapai pada 12 April 2020.
  5. ^ "Hudson High Prom Court Nominations". Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Oktober 2012. Dicapai pada 18 September 2012.
  6. ^ "Nominations Should be Based Upon More than Popularity". Diarkibkan daripada yang asal pada 10 April 2013. Dicapai pada 25 Februari 2013.