Protestan merupakan salah satu cabang Kristian yang terpecah daripada Gereja Roman Katolik yang tercetus pada kurun ke-16 di Eropah yang dikenali sebagai gerakan Reformasi. Anggaran terkini jumlah penganut Umat [Kristian] Protestan di seluruh dunia telah mencecah 800 juta orang. Nama agama ini berasal dari perkataan Inggeris "Protest" yang bermaksud membangkang. Ia merujuk kepada sekumpulan Putera dan Bandar Imperial yang memprotes "Diet of Speyer" 1529 untuk menarikbalik keputusannya pada 1526 dan menguatkuasakan kembali "Edict of Worms" 1521.

Sebahagian daripada siri tentang

Simbol Agama Kristian

 
Yesus Kristus
Yesus Kristus  · Kelahiran  · Penyaliban  · Wafat  · Kebangkitan
Asas
Gereja  · Kerajaan  · Pegangan  · Perjanjian Baru
Alkitab
Wasiat Lama  · Wasiat Baru  · Injil  · Kanun  · Kitab  · Apokrifa
Teologi
Tuhan (Bapa  · Anak  · Roh Kudus)  · Apologetik  · Katolikisme  · Kristologi  · Misi  · Pembaptisan  · Sejarah teologi  · Penyelamatan  · Tritunggal
Sejarah dan tradisi
Pengikut  · Bunda Maria  · Santo Petrus  · Paulus si Hawari  · Bapa Gereja  · Awal  · Konstantinus Agung  · Persidangan  · Thomas Aquinas  · Perpecahan Timur-Barat  · Perang Salib  · Reformasi Protestan
Tajuk umum
Agama lain  · Kesarwabangsaan  · Kesenian  · Khutbah  · Kritikan  · Liturgi  · Muzik  · Simbolik  · Sembahyang  · Tahun gereja
Denominasi dan gerakan

Portal Kristian

Keputusan utama dalam Diet pada 1526 ini ialah selagi Majlis Awam atau General Council belum berjumpa dan menyelesaikan isu-isu teologi yang dibangkitkan oleh Martin Luther, "Edict of Worms" tidak boleh dikuatkuasakan dan setiap Putera boleh membuat keputusan sama ada membenarkan atau tidak ajaran dan cara penyembahan oleh Lutheran di wilayah mereka masing-masing berdasarkan prinsip Cuius regio, eius religio atau "Siapa yang memerintah, itulah agamanya". Namun atas desakan gereja Roman Katolik, keputusan ini telah ditarik balik.

Pencetus reformasi ini ialah Martin Luther, seorang paderi Augustinia dan profesor di Universiti Wittenberg, yang menyeru pembukaan debat berkenaan penjualan "indulgences" dimana taubat seorang itu diterima sekiranya dia melakukan mengikut ajaran Alkitab yaitu di baptis dengan Air Dan Roh Kudus . Penyembahan cara ini digunakan secara berleluasa sewaktu Perang Salib untuk menggalak rakyat Kristian menentang tentera Islam.

Jean Calvin merupakan penyokong kuat fahaman bawaan Luther lalu mengembangkan aspek-aspek ajaran beliau, buah pemikiran ini merupakan tonggak utama dalam mempengaruhi beberapa kumpulan di Switzerland, Scotland, Hungary, Jerman dan beberapa tempat lain. Pemisahan Gereja England dari Rom dititah Raja Henry VIII yang memerintah Kerajaan England, bermula 1529 hingga 1536, menandakan kemasukan England ke dalam gerakan reformasi ini.

Penganut Protestan percaya kepada Yesus Kristus sebagai anak Yahwe, mereka dan juga penganut Kristian Ortodoks tidak mengiktiraf kuasa biskop Rom (iaitu Paus), dalam perkara yang berkait dengan ajaran agama Kristian.

Dari sudut pandangan Gereja Am iaitu Gereja Katolik, Protestan disebut sebagai Komuniti Gereja.