Proton Perdana merupakan model kereta bersaiz sederhana keluaran Proton. Ia dibina berasaskan Mitsubishi Galant Eterna generasi ketujuh pada generasi pertama[1] dan kedua serta Honda Accord generasi kelapan pada generasi ketiga dan empat.

Proton Perdana
Maklumat
PengilangProton
Pengeluaran1994–kini
KelasSaiz sederhana
Stail badanSedan berpintu empat

Generasi Pertama (1995-2013)Sunting

Perdana (1995-1998)Sunting

Proton Perdana
 
Maklumat
PengilangProton
Pengeluaran1995–1998
Tahun model1995–1998
PemasanganShah Alam
PenggantiProton Perdana V6
KelasSaiz sederhana
Stail badanSedan 4 pintu
Enjin4G63 2.0S
PenghantaranAutomatik 4-kelajuan
Manual 5-kelajuan
BerkaitMitsubishi Galant Eterna (  Jepun)

Proton Perdana pertama kali diperkenalkan pada tahun 1995 untuk menyelamatkan nic segmen pasaran mewah Malaysia yang terdiri daripada kenderaan dengan sesaran enjin 2,000 cc dan ke atas. Perdana generasi pertama menggunakan nadi enjin 2.0L 4G63 DOHC I4.[2] Kereta tersebut merupakan model pertama Proton yang menawarkan sistem brek cegah kunci dan pengawal luncur. Model ini dibina berasaskan Mitsubishi Galant Eterna.

Perdana ialah model kereta rasmi Perdana Menteri Malaysia yang telah digunakan oleh Mahathir Mohamad, Abdullah Ahmad Badawi, sehingga Najib Razak. Logo pertama Perdana pula dicontohi oleh Sublime Magazine. Perdana terbahagi kepada tiga varian, iaitu Perdana GLi (1994), Perdana SEi (1995), dan Perdana XLi (1996).

Perdana V6 (1998-2013)Sunting

Proton Perdana V6
 
Maklumat
PengilangProton
Pengeluaran1998-2013
Tahun model1998-2013
PemasanganShah Alam
PenggantiProton Perdana PRM
KelasSaiz sederhana
Stail badanSedan 4 pintu
PelantarHyundai Marcia
Mitsubishi Galant
EnjinV6 2.0S
PenghantaranAutomatik 4-kelajuan
Manual 5-kelajuan
BerkaitHyundai Marcia
Mitsubishi Galant

Pada tahun 1998, Proton memperkenalkan generasi kedua Perdana bernadikan enjin 2.0L 6A12 DOHC V6.[3] Sistem gantungannya turut ditala semula oleh Lotus untuk pengendalian yang lebih baik. Pada tahun 2000, Perdana V6 diberikan gril baharu yang menyerupai gaya Alfa Romeo. Logo kedua Perdana mencontohi logo Kia Sephia. Terdapat juga versi mewah Proton Perdana V6 dengan tapak roda ditambah sebanyak 25 cm, dikenali sebagai Proton Perdana V6 Executive. Varian Executive ini dilakukan oleh Automotive Conversion Engineering (ACE), anak syarikat EON.[4][5] Dua varian Perdana V6 Limousine turut dikeluarkan oleh ACE dengan tambahan panjang masing-masing 66 cm dan 91 cm, serta dilengkapi lebih banyak ciri-ciri mewah daripada varian Executive.[4]

Generasi ketiga dan keempat (Perdana, 2013-kini)Sunting

Proton Perdana PRM
 
Maklumat
PengilangProton
Pengeluaran2013-kini
Tahun model2013-kini
PemasanganShah Alam
PenggantiProton Perdana PRM
KelasSaiz sederhana
Stail badanSedan berpintu empat
PelantarHonda Accord
EnjinHonda i-vtec 2.0l dan 2.4l
PenghantaranAutomatik 5-kelajuan
Manual 5-kelajuan
BerkaitHonda Accord

Pada 11 Disember 2013, Proton Perdana generasi ketiga telah dilancarkan dengan menampilkan dua varian iaitu Perdana 2.0 L dan 2.4 L serta ciri-ciri keselamatan dan keselesaan yang telah dipertingkatkan.[6] Perdana generasi ini dibina berasaskan Honda Accord serta masih mengekalkan enjin yang diambil terus dari Accord iaitu enjin R20A3 SOHC i-VTEC untuk varian 2.0 liter berkuasa 154 hp/189 Nm dan enjin K24Z2 DOHC i-VTEC untuk varian 2.4 liter berkuasa 177 hp/222 Nm.[7] Sekitar 3,000 unit Perdana baru yang akan dihasilkan pada mulanya untuk menggantikan Perdana V6 yang digunakan oleh penjawat awam.[8]

Pada 14 Jun 2016, Perdana generasi keempat telah dilancarkan.[9] Perdana yang berwajah baharu ini juga berasaskan Honda Accord di mana Proton telah menukar sepenuhnya rupa luaran. Walaupun ia berdiri di atas platform sama dengan generasi ketiga. Terdapat justifikasi berkaitan perkara itu. Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Proton telah melakukan perubahan yang besar pada bahagian kosmetik tanpa menyentuh bahagian mekanikal.[10]

RujukanSunting

  1. ^ PANDU UJI: Proton Perdana 2016, mampukah ‘Prime’ mengangkat semula survival armada Proton?
  2. ^ Diam perdana berisi.
  3. ^ http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/permotoran/diam-perdana-berisi-1.108065
  4. ^ a b "ACE >> Products". Official ACE website at eon.com.my. Dicapai pada 2008-07-24.
  5. ^ "Other Products & Services > Automotive Conversion Engineering Sdn Bhd". Official EON website. Dicapai pada 2008-07-24.
  6. ^ Najib lancar Proton Perdana wajah baharu
  7. ^ https://paultan.org/2016/06/14/proton-perdana-2016/
  8. ^ http://www.sinarharian.com.my/nasional/najib-lancar-proton-perdana-wajah-baharu-1.229635
  9. ^ Proton Perdana generasi ke-4 dilancarkan.
  10. ^ Perdana generasi ke-4 kembalikan keyakinan pengguna.

Pautan luarSunting