Struktur Keselamatan Diperkuatkan (RESS; Reinforced Safety Structure) merupakan jenama bagi sistem pembinaan badan keselamatan automotif oleh pengeluar kereta nasional Malaysia, Proton. Ditampilkan pada tahun 2012 melalui Proton Preve, struktur badan RESS juga digunakan pada model kereta Proton Suprima S 2013, Proton Iriz 2014 dan Proton Persona 2016. RESS dibangunkan oleh Proton demi mematuhi peraturan keselamatan pelanggaran global yang lebih ketat melalui aplikasi teknologi rawatan haba dan Pembentukan Tekanan Panas (HPF).

Struktur Keselamatan Diperkukuhkan (RESS) membantu Prevé memperoleh 34.25 daripada markah maksimum 37 dalam ujian pelanggaran ANCAP[1]

Sepintas lalu sunting

Sebelum pelancaran Prevé dan Suprima S, kereta-kereta Proton sering dikenali kerana reputasi keselamatan yang teruk. Misalnya, Proton Jumbuck hanya memperoleh satu bintang dalam ANCAP pada 2009.[2] Sementara itu, Proton Waja merupakan kereta pertama dan satu-satunya setakat ini yang diuji pelanggarannya secara rasmi oleh Euro NCAP pada tahun 2002, yang mana ia memperoleh tiga bintang.[3] Proton Exora merupakan satu-satunya model kereta pra-2012 yang memperoleh empat bintang dalam kedua-dua ANCAP dan MyVAP (Program Penarafan Kenderaan Malaysia).[4][5][6][7][8][9]

Untuk membangunkan RESS, Proton memperoleh teknologi Pembentukan Tekanan Panas (HPF), menjadikan Proton pengeluar kereta pertama di rantau ASEAN dan keenam di dunia yang menguasai teknologi Pembentukan Tekanan Panas.[10][11][12] Dalam teknologi HPF, bahagian keluli dipanaskan sehingga 900 °C dan bahagian keluli yang merah membara itu dicapkan sebelum dilindap kejut pada suhu 4 °C, menukarkan fasa keluli daripada austenit kepada martensit. Proses ini meningkatkan kekuatan bahagian keluli daripada asalnya 500 MPa kepada 1,500 MPa.[13]

Dalam kerangka RESS, struktur diperkuatkan dengan menggunakan bahagian yang diperbuat daripada proses HPF untuk struktur kabin utama, manakala bahagian struktur lain pula diperbuat daripada keluli tegasan tinggi biasa. Terdapat sembilan bahagian struktur utama yang diperbuat daripada proses HPF, iaitu:-[14]

  1. Tiang Tetulang Hadapan Atas LH/RH
  2. Tiang Tetulang Tengah Dalam LH/RH
  3. Tiang Tetulang Tengah Luar LH/RH
  4. Bebendul Tetulang Tepi LH/RH
  5. Tiang Tetulang Hadapan Dalam Bawah LH/RH
  6. Tiang Panel Hadapan Dalam Atas LH/RH
  7. Rasuk Impak Hadapan
  8. Tetulang Anggota Silang Pemuka Lower RH
  9. Lantai Anggota Silang Hadapan Belakang LH/RH

Kesemua model kereta Proton dengan struktur badan RESS berjaya memperoleh maksimum lima bintang dalam kedua-dua ANCAP dan ASEAN NCAP, bermula daripada Proton Preve 2012,[1] Proton Suprima S 2013, Proton Iriz 2014[15] dan Proton Persona 2016.[13] Sebagai pelengkap kepada struktur badan RESS, kesemua model kereta Proton dengan struktur badan RESS juga menerima sistem brek cegah kunci (ABS), pengagihan daya brek elektronik (EBD), bantuan brek (BA), sistem kawalan cengkaman, kawalan kestabilan elektronik (ESC) dan sekurang-kurangnya dua beg udara sebagai komponen standard.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "ANCAP Safety Rating - Proton Prevé (From 2013)" (PDF). ancap.com.au. Dicapai pada 2013-02-26.
  2. ^ "Malaysian ute's crash-test score sparks Consumer NZ safety warning". nzherald.co.nz. 2009-10-16. Dicapai pada 2013-02-12.
  3. ^ "Proton Impian - Euro NCAP". euroncap.com.
  4. ^ "Proton Exora gets four-star MyVAP safety rating". Autoworld. 2009-08-14. Dicapai pada 2010-10-12.
  5. ^ "Crash Test Results". ANCAP.
  6. ^ "Proton Exora gets 4-star ANCAP safety rating, Proton Suprima gets 5-star". paultan.org. 2013-09-11.
  7. ^ http://s5.paultan.org/image/2013/09/exora-ancap-p2.jpg
  8. ^ http://s5.paultan.org/image/2013/09/exora-ancap-p3.jpg
  9. ^ http://s5.paultan.org/image/2013/09/exora-ancap-crash.jpg
  10. ^ https://www.bharian.com.my/node/226261
  11. ^ http://www.mekanika.com.my/buletin/proton-iriz-terima-anugerah-kereta-kompak-terbaik-2017
  12. ^ http://www.infokereta.com/15156/proton-iriz/
  13. ^ a b Danny Tan (2016-08-24). "New Proton Persona 5-star ASEAN NCAP body cutout". paultan.org. Dicapai pada 2016-09-22.
  14. ^ Mohd Izarul Mohd Zahari (2012-03-21). "Teaser RESS (Reinforced Safety Structure) – HPF (Hot Press Forming)". funtasticko.net. Dicapai pada 2016-09-22.
  15. ^ YS Khong (2014-09-25). "Proton Launches Compact Car IRIZ – An Alternative to the Myvi". Autoworld. Dicapai pada 2014-09-25.