Kepulauan Riau (provinsi)
Kepulauan Riau (disingkatkan sebagai Kepri) atau nama rasminya Provinsi Kepulauan Riau adalah sebuah provinsi di Indonesia. Provinsi ini terdiri daripada 1,796 pulau yang berselerak di antara Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu dan Borneo.[4] Terletak di salah satu laluan perkapalan tersibuk di dunia, provinsi ini berkongsi perairan dengan negara-negara jiran seperti Singapura, Malaysia dan Brunei. Kepulauan Riau secara relatifnya berpotensi besar terhadap sumber-sumber galian, tenaga dan marin.[5] Ibu kota provinsi ini ialah Tanjung Pinang dan kota terbesarnya ialah Batam.
Kepulauan Riau كڤولاوان رياو | |
---|---|
Provinsi Kepulauan Riau | |
Cogan kata: برڤنچاڠ أمانه برساءوه مروه Berpancang Amanah Bersauh Marwah | |
Koordinat: 3°56′N 108°09′E / 3.933°N 108.150°EKoordinat: 3°56′N 108°09′E / 3.933°N 108.150°E | |
Ditubuhkan | 24 September 2002 |
Ibu kota | Tanjung Pinang |
Kota terbesar | Batam |
Pembahagian | 9 kabupaten dan kota, 70 kecamatan, 416 desa |
Pentadbiran | |
• Badan | Pemerintah provinsi Kepulauan Riau |
• Gabenor | Ansar Ahmad |
• Wakil gabenor | Marlin Agustina |
Keluasan | |
• Jumlah | 10,595.41 km2 (4,090.91 batu persegi) |
• Pemeringkatan | ke-31 |
Aras | 2−5 m (−14 ft) |
Aras tertinggi | 1,165 m (3,822 ft) |
Aras Terendah | 0 m (0 ft) |
Penduduk (pertengahan 2019)[1] | |
• Jumlah | 2,241,570 |
• Pemeringkatan | ke-27 |
• Kepadatan | 210/km2 (550/batu persegi) |
• Pemeringkatan | ke-10 |
Demografi (2010)[2] | |
• Kump. etnik |
|
• Agama |
|
• Bahasa | Indonesia (rasmi) Melayu (rantau) Bahasa lain: Jawa, Minangkabau, Batak, Bugis, Banjar, Cina |
Zon waktu | UTC+7 (WIB) |
Kod ISO 3166 | ID-KR |
Pendaftaran kenderaan | BP |
HDI | ▲ 0.754 (Tinggi) |
Ked. HDI | ke-4 (2019) |
GRP nominal | ▲$18.96 bilion[3] |
GDP PPP (2019) | ▲$61.97 bilion[3] |
Ked. KDNK | ke-12 (2019) |
Nominal per kapita | AS$ 8,658 (2019)[3] |
PPP per kapita | AS$ 28,460 (2019)[3] |
Ked. per kapita | ke-4 (2019) |
Laman sesawang | kepriprov |
Penduduk di Kepulauan Riau adalah majmuk dan pelbagai dari segi etnik, budaya, bahasa dan agama. Provinsi ini merupakan rumah kepada kumpulan etnik berbeza seperti orang-orang Melayu, Tionghua, Jawa, Minangkabau dan lain-lain. Kebangkitan ikstisad di rantau tersebut telah menarik ramai imigran dan buruh dari bahagian lain di Indonesia ke provinsi ini. Kawasan di sekitar Batam juga merupakan rumah kepada ramai ekspatriat dari pelbagai negara, di mana 80 peratus daripadanya berasal dari negara-negara Asia yang lain, dan orang-orang Barat pula datang dari United Kingdom, bahagian lain di Eropah, Australia dan Amerika Syarikat. Kedatangan pelancong asing di Kepulauan Riau adalah yang kedua terbesar di Indonesia selepas Bali.
Masyarakat dalam kepulauan ini menuturkan jenis bahasa Melayu yang mirip loghat di Johor dibandingkan dengan bahasa baku digunakan secara rasmi mengikut pertuturan di Jakarta ibu kota negara Indonesia.[6]
Rujukan
sunting- ^ Badan Pusat Statistik, Jakarta, 2019.
- ^ Kepulauan Riau, Keberagaman Identitas dalam Kesatuan Kultur (dalam bahasa Indonesia). ePaper Interaktif Kompas. 6 Februari 2009.
- ^ a b c d "Indonesia" (dalam bahasa Indonesia). Badan Pusat Statistik. Dicapai pada 20 Mei 2020.
- ^ Niko Panama (18 Mei 2016). Dedi (penyunting). "Jumlah Pulau di Kepri Berubah" (dalam bahasa Indonesia). Antara Kepri. Dicapai pada 27 Jun 2021.
- ^ Freeman, Donald B. (2003). The Straits of Malacca: Gateway or Gauntlet?. McGill-Queen's University Press. ISBN 0-7735-2515-7. Ulasan buku yang memetik maklumat ini boleh ditemui di University of Toronto Quarterly, Jilid 74, Nombor 1, Winter 2004/5, hlmn. 528-530
- ^ Asmah Haji Omar (1992). Clyne, Michael G. (penyunting). Pluricentric Languages: Differing Norms in Different Nations. Contributions to the sociology of language 62. Berlin & New York: Mouton de Gruyter. m/s. 413. ISBN 3-11-012855-1.
In natural ordinary discourse, the orientation of these speakers are not to Jakarta. Their spoken language is more akin to that of the Johor people of Malaysia than to that spoken in Jakarta or other islands in Indonesia...