Samut Songkhram

(Dilencongkan dari Provinsi Samut Songkhram)


Samut Songkhram (Bahasa Thai: สมุทรสงคราม) ialah salah satu daripada wilayah (changwat) Thailand yang terletak di tengah negara ini. Wilayah-wilayah berjiran termasuk (dari selatan ikut arah jam) Phetchaburi, Ratchaburi dan Samut Sakhon. Orang tempatan memanggil wilayah Samut Songkhram sebagai Mae Klong. Dari segi keluasan, wilayah ini merupakan wilayah yang terkecil di Thailand. Chang dan Eng Bunker yang merupakan kembar siam yang pertama di dunia dilahirkan di sini.

Samut Songkhram
สมุทรสงคราม
frames
frames
Ibu kota Samut Songkhram
Gabernor Anuwat Meteewiboonwut
(sejak 2005)
Keluasan 416.7 km2
Tangga ke-76
Jumlah
Penduduk
204,177 (2000)
Tangga ke-75
Kepadatan
Penduduk
490/km2
Tangga ke-5h
ISO 3166-2 TH-75


Geografi sunting

Samut Songkhram terletak di muara Sungai Mae Klong di sebelah Teluk Thailand. Dengan banyak terusan (khlong), air sungai dibahagi-bahagikan ke seluruh wilayah untuk pengairan. Di pantai, terdapat banyak tasik yang menghasilkan garam laut. Beting Don Hoi Lot yang terletak di muara sungai termasyhur untuk moluska Solen regularis yang amat banyak.

Sejarah sunting

Pada zaman Ayutthaya, kawasan Samut Songkhram dikenali sebagai "Suan Nok" (bahasa Thai: สวนนอก yang bermaksud kebun bunga luar) dan ditadbirkan oleh Ratchaburi. Semasa pemerintahan Raja Taksin, kawasan ini dijadikan sebuah wilayah.

Wilayah Samut Songkhram ialah tempat kelahiran Permaisuri Amarindra, isteri kepada Raja Rama I, raja yang memulakan penggunaan nama Suan Nok. Tempat kelahiran Raja Rama II di daerah Amphawa kini merupakan taman peringatan.

Lambang sunting

Mohor wilayah ini menampilkan sebuah dram yang terapung di sungai. Perkataan Thai untuk "dram" ialah klong, dan bertujuan untuk merujuk kepada Sungai Mae Klong, serta nama lama wilayah ini, iaitu Mae Klong. Di kedua-dua belah sungai ditampilkan pokok-pokok kelapa yang merupakan keluaran utama untuk wilayah ini.

Pokok wilayah ini ialah Pokok Ru (Casuarina equisetifolia).

Bahagian pentadbiran sunting

 
Peta Amphoe

Wilayah Samut Songkhram dibahagikan kepada tiga buah daerah (Amphoe). Daerah-daerah ini dibahagikan lagi kepada 38 buah komun (tambon) dan 284 buah desa (muban). Terdapat sebuah bandar (thesaban mueang) dan tiga buah perbandaran (thesaban tambon) di wilayah ini.

  1. Mueang Samut Songkhram
  2. Bang Khonthi
  3. Amphawa

Pautan luar sunting