Pseudo-Kufic, atau Kufesque, kadangkala Pseudo-Arab, merujuk kepada tiruan skrip Kufi Arab, atau kadangkala kepada skrip kursif Arab, yang diguna di luar konteks pemakaian Arab, sewaktu Zaman Pertengahan atau Zaman Pembaharuan: "Tiruan bahasa Arab dalam seni lukis Eropah lazimnya dipanggil pseudo-Kufi, meminjam istilah yang digunakan pada skrip Arab yang menonjolkan tulisan lurus dan berbucu, dan paling kerap digunakan sebagai hiasan dalam seni bina Islam".[1] Pseudo-Kufi kerap dijumpai terutamanya dalam gambaran orang dari Tanah Suci (Kristian), khususnya Virgin Mary di dalam seni lukis Zaman Pembaharuan. Ia satu contoh pengaruh Pengaruh Islam terhadap seni lukis Barat.

Imej kiri: Skrip pseudo-Kufi pada bahagian kepala mantel Virgin di dalam Pala Barbadori karya Filippo Lippi 1438. Muzium Louvre.
Right image: Atas: perincian kelepet mantel Virgin dalam lukisan Antonio Vivarini Saint Louis de Toulouse, 1450. Bawah: perincian kelepet mantel Virgin dalm lukisan Jacopo Bellini Virgin of Humility, 1440. MuziumLouvre.

Contoh-contoh awal sunting

 
Mancu atau syiling emas dinar raja Inggeris Offa (memerintah 757–796), tiruan dinar Kekhalifan Abbasiyyah (774). Mempamerkan petunjuk Latin Offa Rex ("Raja Offa") di antara garis-garis pseudo-Kufi.
 
Skrip pseudo-Kufi pada medalion kain selubung Byzantine Saint Potentian, abad ke-12.

Sebahagian daripada peniruan terawal psudo-Kufi berlaku pada abad ke-8 apabila raja Inggeris Offa (memerintah 757–796) mengeluarkan duit syiling emas yang meniru dinar Islam. Syiling-syiling ini merupakan turan dinar tempaan Kekhalifahan Abbasiyyah yang ditempa Khalifah al-Mansur pada tahun 774 dengan Offa Rex tertera pada bahagian belakang syiling. Ternyata bahawa pengeluar wang tidak mememahami bahasa Arab kerana teks Arab mengandungi beberapa kesilapan. Syiling mungkin dikeluarkan bagi tujuan berdagang dengan Sepanyol Islam; atau mungkin sebahagian daripada pembayaran tahunan sebanyak 365 mancus yang dijanjikan Offa kepada Rom.[2]

Syiling tiruan, digelar Tari, yang menggunakan skrip pseudo-Kufi yang sukar dibaca, tersebar luas di selatan Itali Zaman Pertengahan (di kota dagang Amalfi dan Salerno) bermula dari pertengahan abad ke-10.[3][4][5]

Contoh-contoh gabungan skrip Kufi dan corak-corak warna-warni berbentuk intan yang berilhamkan Islam seperti Ciborium (bekas) enamel Limoges Perancis abad ke-13 terdapat di Muzium British.[6] Lingkaran skrip pseudo-Kufi "merupakan ciri hiasan yang berulang dalam Limoges dan telah lama digunakan di Aquitaine".[7]

Nota sunting


Rujukan sunting