Pseudorabies ialah satu penyakit virus pada babi yang endemik di kebanyakan pelosok dunia. Penyakit ini disebabkan oleh Suid herpesvirus 1 (SuHV-1), yang juga dipanggil virus pseudorabies (bahasa Inggeris: pseudorabies virus, PRV) dan juga dikenali sebagai penyakit Aujeszky, dan pada lembu sebagai gatal menggila. PRV dianggap sebagai penyakit virus paling penting bagi babi dari segi ekonomi di kawasan yang di situ kolera babi telah dibasmi.[1] Mamalia bela jinak dan liar lain, seperti lembu, biri-biri, kambing, kucing, anjing, dan rakun, juga rentan. Penyakit ini juga biasanya membawa maut pada perumah-perumah ini.[2]

Pseudorabies
Pengelasan virus
Group:
Kumpulan I (dsDNA)
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
Pseudorabies virus
(Suid herpesvirus 1 (SuHV-1))

Penyelidikan terhadap PRV pada babi telah merintis kawalan penyakit haiwan dengan vaksin terubah suai secara genetik. PRV kini dikaji secara meluas sebagai model untuk proses-proses asas semasa jangkitan herpesvirus lisis, dan untuk merungkaikan mekanisme molekul bagi neurotropisme herpesvirus.[3][4]

Perkataan "pseudorabies" memaksudkan "rabies palsu," atau "seperti rabies"; pseudorabies berkaitan dengan herpesvirus, bukan virus rabies.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Fenner, Frank J.; Gibbs, E. Paul J.; Murphy, Frederick A.; Rott, Rudolph; Studdert, Michael J.; White, David O. (1993). Veterinary Virology (2nd ed.). Academic Press, Inc. ISBN 0-12-253056-X.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  2. ^ "Michigan Animal News". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-23. Dicapai pada 2014-11-25.
  3. ^ Mettenleiter (2008). "Molecular Biology of Animal Herpesviruses". Animal Viruses: Molecular Biology. Caister Academic Press. ISBN 978-1-904455-22-6. Unknown parameter |chapterurl= ignored (bantuan); Invalid |display-authors=1 (bantuan)
  4. ^ Sandri-Goldin RM (penyunting). (2006). Alpha Herpesviruses: Molecular and Cellular Biology. Caister Academic Press. ISBN 978-1-904455-09-7.

Pautan luar sunting