Seranta, atau publisiti, ialah teknik menarik perhatian umum terhadap sesuatu, biarpun barang, perkhidmatan, syarikat dan sebagainya.[1] Ia juga maklumat yang disebarkan untuk menarik perhatian umum, biasanya tetapi bukan setiap masa menerusi media. Subjek seranta termasuk orang dalam bidang kepentingan awam, hasil, keluaran, perkhidmatan, perbadanan, dan hasil kerja seni atau hiburan.

Seorang pegawai seranta ialah seseorang yang ditugaskan untuk mewujudkan dan memelihara hubungan baik antara perbadanan yang dianggotainya dengan orang ramai.[2] Ini boleh dilakukan dari dalam, tanpa menggunakan media popular. Dari segi pemasaran, seranta merupakan satu komponen promosi pemasaran. Unsur lain campuran promosi ialah pengiklanan, promosi jualan, dan pemasaran langsung dan penjualan bersemuka.

EtimologiSunting

Seranta datang daripada bahasa Pali "saranta"[3][4] yang bermaksud "ingat" atau "berlalu" dalam bentuk partisipel kini, mungkin daripada pengaruh orang beragama Buddha pada zaman dahulu. Namun, perkataan ini juga muncul dalam perbendaharaan kata Sanskrit dan ditakrifkan dalam Kamus Sansekerta Indonesia oleh Dr. Purwadi sebagai "sabar".[5]

Publisiti ialah kata serapan Inggeris "publicity" yang bermaksud "keawaman". Perkataan publicity pula diserap daripada bahasa Perancis publicité, daripada Latin Pertengahan publicitatem, daripada Latin publicus.[6]

SejarahSunting

 
Iklan Guiness Stout lama yang datang dari Indonesia.

Pengamalan seranta bermula di Paris, di mana industri beli-belah, pelancongan dan hiburan bertemu media cetakan komersial dan industri penerbitan yang berkembang. Di perbandaran, gambaran penggunaan dan identiti pengguna baharu disebarkan melalui iklan. La Maison Aubert membentuk disiplin seranta yang muncul itu. Pada awal abad ke-19, kempen iklan dan seranta di Paris untuk barangan pengguna, seperti selendang kasymir, dan peruncit seperti pembuat minyak wangi menarik perhatian pengawalan ke atas pemposteran bebas.[7]

RujukanSunting

  1. ^ publisiti. (t.t.) Dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dipetik 3 Jun 2020.
  2. ^ seranta. (t.t.) Dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dipetik 3 Jun 2020.
  3. ^ Saranta. (2018, 17 Mei). Wisdom Library. Dicapai 3 Jun 2020.
  4. ^ Mahathera, A. A. B., & Aggamahapandita, A. P. (2002). Concise Pali-English Dictionary. ISBN 9788120806054. m/s 289.
  5. ^ Purwadi, M. (2008). Kamus Sansekerta Indonesia. Budaya Jawa.
  6. ^ publicity (t.t.). Dalam Online Etymology Dictionary. Dicapai 3 Jun 2020.
  7. ^ Hazel Hahn, H. (2009). Scenes of Parisian Modernity: Culture and Consumption in the Nineteenth Century. Springer. m/s 8. ISBN 9780230101937.