Pudel (Jawi: ڤودل; Jerman: Pudel; Perancis: caniche; bahasa Inggeris: poodle) ialah sekumpulan baka anjing rasmi, pudel piawai atau pudel besar (Jerman: Großpudel; Perancis: grande caninche; bahasa Inggeris: standard poodle), pudel kecil (Jerman: Zwergpudel; Perancis: caniche nain; bahasa Inggeris: miniature poodle), dan pudel mainan (Jerman: Toypudel; bahasa Inggeris: toy poodle) (satu pertubuhan pendaftaran juga mengiktiraf jenis pudel sederhana (Jerman: Kleinpudel; Perancis: moyen caniche; bahasa Inggeris: medium poodle), antara pudel piawai dengan pudel kecil), dengan banyak warna bulu. Pada asalnya dibiakbakakan di Jerman sebagai sejenis anjing air, baka ini dipiawaikan di Perancis. Pudel mahir dalam banyak sukan anjing, termasuk ketangkasan, kepatuhan, penjejakan, dan juga penggembalaan. Pudel telah mengambil kehormatan teratas dalam banyak pertunjukan pengakuran, termasuk "Best in Show" dalam Pertunjukan Anjing Westminster Kennel Club pada 1991 dan 2002, dan dalam Pertunjukan Anjing Sedunia pada 2007 dan 2010.

Pudel
Poodle, cropped.JPG
Seekor pudel piawai putih berklip Skandinavia, ekor tidak terpotong.
Negara asalJerman, kemudian dipiawaikan di Perancis[1]
Anjing (Canis lupus familiaris)
Pengelasan dan piawaian
FCI Kumpulan 9
Seksyen 2
#172
Piawai, kecil, mainan
AKC Piawai:
Bukan Sukan
Kecil:
Bukan Sukan
Mainan:
Mainan
Piawai, kecil, dan mainan
ANKC Kumpulan 7 (Bukan Sukan) Piawai
Kecil
Mainan
CKC Piawai:
Kumpulan 9 – Sukan
Kecil:
Kumpulan 9 – Sukan
Mainan:
Kumpulan 5 – Mainan
Piawai
Kecil
Mainan
KC (UK) Utiliti Piawai
Kecil
Mainan
NZKC Bukan Sukan Piawai
Kecil
Mainan
UKC Piawai:
Gundog
Kecil:
Anjing Teman
Mainan:
Anjing Teman
Piawai, kecil, dan mainan

Pudel mainan memenangi "Best in Show" dalam Crufts pada 1966 dan 1982. Pudel piawai memperoleh anugerah pada 1955, 1985, 2002 dan 2014. Pemenang 2002 datang dari Norway dan merupakan pameran luar negara pertama untuk memenangi anugerah Best in Show Cruftsward.[2][3][4]

RujukanSunting

  1. ^ "Poodle (breed of dog)." Encyclopædia Britannica Ultimate Reference Suite. Chicago: Encyclopædia Britannica, 2011.
  2. ^ Dogworld: Digital Crufts Edition (2010): p. 87
  3. ^ Dogworld: Digital Crufts Edition (2010): ms. 84
  4. ^ "Norwegian poodle wins Crufts". BBC News. 10 Mac 2002. Dicapai pada 28 Disember 2009.

Pautan luarSunting