Pufin (Jawi: ‏ڤوفين‎‎) ialah sejenis burung penyelam laut pelagik terdiri daripada tiga spesies dalam genus Fratercula[1] keluarga Alcidae. Semua spesies pufin ini berbadan gempal, mempunyai bulu hitam putih, dan berparuh besar yang menjadi berwarna terang semasa musim pembiakan.

Pufin
Julat zaman:
PleistosenHolosen, 0.1–0 Ma
Puffin (Fratercula arctica) with lesser sand eels (Ammodytes tobianus).jpg
Pufin Atlantik (F. arctica) memakan belut pasir (Ammodytes tobianus) di Pulau Skomer
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Fratercula

Brisson, 1760
Spesies jenis
Alca arctica
Spesies

F. arctica
F. cirrhata
F. corniculata
F. dowi

Sinonim

Lunda
Sagmatorrhina Bonaparte, 1851

Burung-burung jenis ini membiak secara berkawanan besar di tebing pantai atau pulau-pulau luar pesisir; sarang dibina dalam celahan antara batu atau dalam lubang bawah tanah. Spesies pufin jambul dan pufin tanduk ditemui di utara Lautan Pasifik, manakala pufin Atlantik ditemui di utara Lautan Atlantik.

PenamaanSunting

Nama burung ini meminjam daripada perkataan bahasa Inggeris puffin dijejak kepada perkataan puff yang bermaksud "membengkak". Nama itu asalnya dipakai kepada daging berlemak dan masin anak burung gunting ombak Man (Puffinus puffinus).[2][3]

TaksonomiSunting

Nama genus Fratercula diperkenalkan ahli zoologi Perancis Mathurin Jacques Brisson pada tahun 1760 untuk pufin Atlantik (Fratercula arctica) sebagai spesies jenis.[4][5] Nama ini daripada bahasa Latin bermaksud "rahib" daripada perkataan fraterculus "adik"[6] kerana badan burung pufin yang berbulu hitam dan putih menyerupai jubah dipakai rahib-rahib.[7]

Ciri-ciriSunting

Burung pufin berbadan katik dengan sayap pendek dan ekor kontot. Bahagian atas dan kepalanya berwarna hitam, bahagian bawahnya pula berwarna putih atau kelabu keperangan. Dua kakinya berwarna jingga kemerahan.[8]

Paruhnya kecil dan kusam. Ia bertambah besar dan berwarna-warni pada musim membiak dan gugur selepas tamat musim tersebut.[8]

TabiatSunting

PemakananSunting

Pufin makan ikan dan zooplankton tetapi menyuap makan anak dengan ikan laut kecil beberapa kali sehari.

PembiakanSunting

Burung pufin bersarang dalam kawanan yang ditemukan di banyak pantai dan pulau. Burung betina bertelur sebiji telur, dua-dua burung jantan dan betina mengeram dan memberi makan anak burung.

Selepas ketiga-tiga spesies burung ini bersarang, musim sejuk dihabiskan di laut yang jauh dari pantai dan menjangkau selatan dari tempat pembiakan.[8]

SpesiesSunting

Gambar Nama saintifik Nama umum
  Fratercula arctica Pufin Atlantik
  Fratercula corniculata Pufin tanduk
  Fratercula cirrhata Pufin jambul

RujukanSunting

  1. ^ Gill, Frank; Donsker, David; Rasmussen, Pamela, penyunting (2019). "Noddies, gulls, terns, auks". World Bird List Version 9.2. International Ornithologists' Union. Dicapai pada 3 Mac 2022.
  2. ^ Lockwood, W. B. (1993). The Oxford Dictionary of British Bird Names. Oxford University Press. m/s. 100. ISBN 978-0-19-866196-2.
  3. ^ "Puffin". Oxford English Dictionary (ed. 3rd). Oxford University Press. September 2005. (Langganan atau keahlian perpustakaan awam UK diperlukan.)
  4. ^ Brisson, Mathurin Jacques (1760). Ornithologie, ou, Méthode Contenant la Division des Oiseaux en Ordres, Sections, Genres, Especes & leurs Variétés (dalam bahasa Perancis dan Latin). Paris: Jean-Baptiste Bauche. Jld. 1, m/s. 52, Jld. 6, m/s. 81.
  5. ^ Peters, James Lee, penyunting (1934). Check-list of Birds of the World. 2. Cambridge, Massachusetts: Harvard University Press. m/s. 358.
  6. ^ Lewis, Charlton T.; Short, Charles (1879). "frātercŭlus". A Latin Dictionary. Perseus Digital Library.
  7. ^ Jobling, James A (2010). The Helm Dictionary of Scientific Bird Names. London: Christopher Helm. m/s. 164. ISBN 978-1-4081-2501-4.
  8. ^ a b c Harrison, Peter (1988). Seabirds. Bromley: Helm. m/s. 404–406. ISBN 0-7470-1410-8.