Pulang (lagu Yuna dan SonaOne)

(Dilencongkan dari Pulang (lagu))

"Pulang" merupakan lagu duet nyanyian Yuna dan SonaOne. Yuna mengarang lagu yang bertemakan "kasih sayang, pengorbanan, kekeluargaan dan impian" bersama AG Coco dan dikeluarkan pada 20 Ogos 2016 oleh Yuna Room Records.[1]

"Pulang"
Single oleh Yuna dan SonaOne
Dilancarkan pada20 Ogos 2016
GenrePop
Panjang3:34 minit
SyarikatYuna Room Records, FMC Music
PenulisYunalis Zarai, AG Coco
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Latar belakang dan keluaran sunting

Yuna dan SonaOne telah membuat perjanjian ketika bersetuju untuk merakamkan "Pulang", sekaligus perjanjian berkenaan berterusan selepas ini.[2] Dalam temuramah bersama New Straits Times Yuna menjelaskan beliau menulis "Pulang" di Los Angeles pada awal 2016, AG Coco menggubah lagu tersebut: "Apabila beliau berikan lagu itu kepada saya, saya gembira kerana mendapati bahawa ia berada pada getaran yang sama seperti lagu-lagu di dalam Chapters. ".[3]

Komposisi dan lirik sunting

"Pulang" merupakan sebuah lagu yang sarat dengan mesej kasih sayang, pengorbanan, kekeluargaan serta impiannya dalam industri muzik. Ia menggambarkan perjalanan hidupnya yang mengembara ke negara orang demi mencapai cita-citanya yang sering membuatkan beliau merindui negaranya.[4]

Kedudukan carta sunting

Carta (2016) Kedudukan
tertinggi
Malaysia (Music weekly)[5] 5

Promosi sunting

Muzik video sunting

Pada 24 November 2016, muzik video rasmi untuk "Pulang" dikeluarkan di akaun YouTube dan Vevo Yuna. Muzik video lagu itu dirakamkan di Malaysia dan diarahkan oleh Adam Sinclair.[6]

Persembahan secara langsung sunting

Yuna dan SonaOne mempersembahkan "Pulang" secara langsung di konsert Lovelifest 2017 yang berlangsung di Setia City Park, Shah Alam, Selangor pada 11 Mac 2017.[7]

Format dan senarai runut sunting

  • Muat turun digital
  1. "Pulang" – 3:34

Sejarah keluaran sunting

Negara Tarikh Format Label
Malaysia 22 Ogos 2016 Muat turun digital
Penstriman digital
Yuna Room Records, FMC Music

Rujukan sunting

  1. ^ Listen to Yuna’s new song ‘Pulang’ featuring SonaOne The Malay Mail (22 Ogos 2016). Dicapai pada 22 Ogos 2016.
  2. ^ Syafiqah Jalal (21 Novemebr 2016). SonaOne Buat Perjanjian Dengan Yuna Selepas Pulang Astro Gempak. Dicapai pada 17 April 2017.
  3. ^ Tahir Alhamzah (6 September 2016). Long-distance Yuna New Straits Times. Dicapai pada 6 September 2016.
  4. ^ Yuna ‘Pulang’ Membawa Kolaborasi Hebat Bersama Hatta Dolmat Cosmopolitan. Dicapai pada 17 April 2017.
  5. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-09-01. Dicapai pada 2014-05-29.CS1 maint: archived copy as title (link)
  6. ^ Su Fen Tan (22 November 2016). Seeing stars in Yuna ft. SonaOne’s new music video, ‘Pulang’ Buro247. Dicapai pada 17 April 2017.
  7. ^ Lovelifest 2017: A Malaysian music lestival Yunazarai (4 April 2017). Dicapai pada 17 April 2017.