Pulau Banggi

pulau di Malaysia

Pulau Banggi merupakan sebuah pulau yang terletak di Timur Laut Kudat, Sabah, Malaysia. Pulau ini berkeluasan kira-kira 440.7 kilometer persegi, merupakan pulau yang terbesar di Malaysia.

Pulau Banggi
Daerah Kecil Banggi
Pulau Banggi pulau terbesar di Malaysia
Pulau Banggi pulau terbesar di Malaysia
Negara Malaysia
Negeri Sabah
DaerahKudat
Keluasan
 • Jumlah440.7 km2 (170.2 batu persegi)
Penduduk
 (2022)
 • Jumlah20,000 People
Peta pelancongan Sabah

Pulau Banggi terletak di utara Sabah dan berdekatan dengan Teluk Marudu. Puncak tertinggi bagi pulau ini adalah sebuah bukit yang dikenali sebagai Bukit Sinambung dengan ketinggian 529 meter. Pusat pentadbiran Pulau Banggi ialah pekan Karakit, kawasan tumpuan yang menempatkan Rest House (Rumah Rehat), Klinik Kesihatan, Balai Polis, jabatan-jabatan kerajaan, SMK Banggi, Pangkalan Polis PGA, Masjid Pekan Karakit, Terminal Feri Banggi-Kudat, Kem Askar dan rumah-rumah penduduk kampung. Penduduk pekan ini dianggarkan melebihi 1,500 orang. Penduduk utama Pulau Banggi terdiri daripada suku kaum Bajau Ubian, Dusun Bonggi, Kagayan, Molbog, Tagalog, Suluk dan Rungus. Terdapat juga beberapa suku kaum lain yang berasal daripada luar yang menetap disini.

Catatan awal menyebutkan bahawa sewaktu Pelayaran Ferdinand Magellan mengeliling dunia, beliau telah singgah membaiki kapalnya di kawasan Teluk Marudu. Catatan Sepanyol ini menyebutkan sebuah tempat dikenali sebagai CIM BOM BON yang merujuk kepada SIBUMBUNG atau Pulau Banggi pada hari ini. CIM BOm BON adalah sebuah pelabuhan atau kerajaan kecil ketika itu. tinggalan istana lama masih terdapat di satu kawasan di Sibumbung, Pulau Banggi.

Nama Pulau Banggi menurut legenda setempat berasal dari nama Suku Orang Bajau yang mendominasi kawasan Kepulauan Banggi-Palawan-Sulu suatu masa dahulu. Suku Bajau menamakan Pulau Banggi sebagai Ba Ngie yang bererti tempat orang Bangie. gelaran Suku Bongi atau Banggi berasal dari dua orang suku orang asli dari pulau yang berbeza iaitu dari kelompok Negrito di Malaya dan dari suku orang asli di Palawan. Orang Bangingi telah melepaskan dua orang suku asli yang berbeza tempat asal ini dan akhirnya menjadi asal-usul suku Dusun Bonggi. Nama Banggi atau Bonggi berasal dari kata Bangi atau Bangingi.

Pulau Balambangan pula berasal dari kata Bahasa Bajau iaitu MA LIMBANGAN yang bererti pasangan atau gandingan yang merujuk kepada gandingan atau pasangan bagi Pulau Banggi.

Legenda Brunei pula menyebutkan Pulau Banggi sebagai PULAU TIANGGI dan menjadi salah satu wilayah jajahan Brunei ketika era Sultan Naragam Brunei.

Mengikut data daripada Pejabat Daerah Kecil Banggi, seramai 15,500+ penduduk yang tinggal di pulau ini sejak 2022 lalu. Pulau Sebogoh yang merupakan sebahagian pulau-pulau kecil Pulau Banggi merupakan pulau yang paling hampir dengan sempadan Malaysia-Filipina.

Sebahagian mereka menjadi nelayan dan membina rumah air iaitu rumah bertiang kayu yang dibina di pantai landai lagi cetek.

Cara pergi ke sana: Anda boleh menyewa bot laju atau bot pancung dari Teluk Marudu atau dari Kudat dengan menaiki feri selama sejam tiga puluh minit.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

Koordinat: 7°15′N 117°10′E / 7.250°N 117.167°E / 7.250; 117.167