Pulau Bintan

Pulau tempat kelahiran Laksamana Hang Tuah | Pulau tempat asal Hang Tuah | Pulau di Kepulauan Riau

Pulau Bintan atau Negeri Segantang Lada ialah pulau di kepulauan Riau, Indonesia. Pulau Bintan merupakan sebahagian daripada provinsi Kepulauan Riau di mana terletaknya Tanjung Pinang iaitu ibu negeri Riau.

Bintan
Pulau Bintan
CountryIndonesia
ProvinsiKepulauan Riau
Keluasan
Kawasan keseluruhan termasuk kawasan laut
 • Jumlah23,188 batu persegi (60,057 km2)
 • Tanah927.53 batu persegi (2,402.28 km2)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah334,875
 • Kepadatan361.0/batu persegi (139.39/km2)
Puncak TertinggiGunung Bintan Besar (360 m)
Laman sesawangKerajaan Indonesia


Pulau Bintan mempunyai keluasan 2,402.28 kilometer persegi (jumlah keseluruhan kawasan ialah 60,057 kilometer persegi termasuk 96% kawasan laut). Kawasan pentadbiran pulau ialah Kabupaten Bintan. Kota Tanjung Pinang ialah kawasan autonomi dalam Pulau Bintan.