Pulau Bum-Bum berhampiran dengan perairan Semporna, Kunak dan Lahad Datu di Sabah, Malaysia.

Pada 24 Julai 2009, mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isterinya Tun Jeanne Abdullah meninjau pulau itu.Turut serta ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Nasir Tun Sakaran.

Rumpai laut sunting

Rumpai laut di Look Butun, Pulau Bum-Bum berpotensi tinggi untuk dikomersialkan kerana permintaannya yang berterusan dan atas dorongan kegunaan bahan itu yang luas termasuk dalam bidang pemakanan, ubat-ubatan dan farmaseutikal.[1]

Rujukan sunting