Pulau Duyong merupakan sebuah pulau di muara Sungai Terengganu di negeri Terengganu, Malaysia. Dahulunya, ia terbahagi kepada Pulau Duyong Besar dan Pulau Duyong Kecil, tetapi pemendapan dan longgokan pasir telah menyatukannya dan juga merubah garis pantainya. Suatu kawasan pendapan baru telah dimajukan menjadi Resort Teluk Warisan yang menjadi tuan rumah kepada lumba kapal layar tahunan Piala Monsun.

Pulau Duyong dahulunya menjadi penginapan ulama terkenal Tok Syeikh Duyong[1] (1802-1889), yang disegani istana dan juga rakyat, dan keturunannya, dan merupakan tempat pengajian agama. Kota Lama Duyong[2] ialah peninggalan zaman itu. Oleh kerana bentuk geografinya dan keertian lokasinya dalam keilmuan agama, Pulau Duyong pernah dirujuk sebagai 'lidah Terengganu'.

Rujukan sunting

  1. ^ e.g. Utusan Malaysia, 6hb Mac 2006, ms 18
  2. ^ Syed Ahmad Iskandar Syed Ariffin, The Conservation of Kota Duyung: A Review, 2nd IFSAH 2003 & International Symposium on Asian Heritage 2003 (boleh didapati di sini)