Pulau Gaya terletak kira-kira 10 minit menaiki bot dari Kota Kinabalu, Sabah. Luasnya 1,465 hektar dan termasuk dalam warta Taman Tunku Abdul Rahman. Pulau-pulau yang terdapat di dalam Taman Negara Tunku Abdul Rahman adalah Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug. Separuh daripada pulau ini dilindungi daripada aktiviti nelayan, pembalakan haram, carigali petroleum dan pelbagai sumber pencemaran.

Pulau Gaya
ڤولاو ڬاي
Negara Malaysia
Negeri Sabah
Peta pelancongan Sabah

Pulau ini cukup strategik kerana berdekatan ibu negeri Sabah iaitu Kota Kinabalu. Sesiapa sahaja boleh melancong dan berkelah di pantai Pulau Gaya yang indah itu. Terdapat pelbagai tempat tempat untuk melancong yang menarik di pulau tersebut.

Terdapat 6000 orang penduduk yang mendiami rumah air iaitu rumah kayu bertiang dibina di tepi pantai yang cetek dan landai. Mereka terdiri daripada etnik Bajau Ubian dan Bangsamoro yang pernah suatu ketika ialah rakyat Filipina yang menjadi pelarian ke Sabah. Kehadiran mereka cukup dirasakan kerana dapat dilihat dari pantai kota Kinabalu. Keadaan rumah yang tidak teratur, kurang kemudahan infrastruktur dan kelihatan seperti kehidupan setinggan yang terbiar.

Umum mengetahui dengan nama Pulau Gaya, tetapi di pulau ini terdapat beberapa buah kampung yang terpisah oleh budaya, ekonomi dan bangsa. Misalnya Kg Pulau Gaya, Kg Pasir Putih, Pondo dan Lok Urai masing masing mempunyai identiti tersendiri.

Dari satu rumah ke satu rumah dihubungkan dengan papan-papan kecil nipis dan anda pasti gayat meniti dari papan ke papan di satu kampung manakala di kampung yang lain agak tersusun corak penempatan dengan rumah rumah yang tersusun semuanya menghadap ke laut.

Bagi penduduk kampung pengangkutan utama ialah bot dan perahu nelayan. Mereka akan ke Kota Kinabalu untuk membeli barang keperluan dan berkerja. Rumah air ini pernah terbakar beberapa kali.

Sejarah

sunting

Syarikat Borneo Utara British pernah menjadikan pulau ini sebagai tapak perlindungan daripada serangan lanun, mengambil air minuman dan menghadapi pemberontakan pahlawan Sabah iaitu Mat Salleh pada 1881.

Terdapat beberapa kapal yang tenggelam akibat dipukul ribut dan menjadi lokasi menarik untuk aktiviti selam skuba di sekitar pulau ini.