Pulau Kapalai merupakan satu salah daripada pulau yang tempat tumpuan pelancong di Semporna negeri Sabah, sebagai tempat beriadah dan bersuka-ria bersama keluarga. Keindahan Pulau Kapalai yang mempunyai pantai berpasir yang indah dan air yang jernih menarik para pengunjung untuk berkelah dan mandi-manda bersama keluarga. Di Pulau Kapalai, para pengunjung dapat melakukan aktiviti di pantai seperti bermain layang-layang dan membina istana pasir sepanjang hari dan berehat bersama keluarga di situ dan menikmati keindahan alam semula jadi. Pulau Kapalai yang terletak di Semporna ini amat popular dikalangan pengunjung tempatan dan luar tempat yang ingin lari daripada kesibukan kota dan mendapat ketenangan dan menikmati suasana pulau yang tenang dengan air laut yang jernih.

Pulau Kapalai mempunyai kemudahan resort bagi para pengunjung yang berminat untuk tinggal di situ beberapa hari. Terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan di sini, seperti pakej snorkelling, pakej bulan madu, pakej menyelam dan juga pakej percutian. Pulau Kapalai yang terletak di perairan Semporna, Sabah masyhur di kalangan pengunjung kerana mempunyai pemandangan yang cantik, air laut yang jernih serta pasir nya yang putih bersih. Pelbagai hidupan laut yang terdapat di terumbu karang sekelilingnya menjadikan pulau ini sentiasa menjadi destinasi popular di kalangan para 'penyelam'.

Pulau Kapalai, hanya terletak 15 minit jauh perjalanan dari Pulau Sipadan, merupakan sebuah pulau terindahyang telah diterokai sejak 200 tahun yang lalu, namun kini ia lebih popular dengan kecantikan pasir pantainya yang putih bersih. Berikutan hakisan pasir pantai oleh ombak dan peningkatan aras laut yang semakin ketara, aras ketinggian pulau ini semakin lama dilihat semakin merosot, kini rumah perkampungan terapung hanya terletak di atas lebihan Terumbu Karang Ligitan sahaja. Semua bangunan dan resort yang dibina kini hanya mempunyai tiang pasak di bawah air sahaja.

Geografi sunting

Pulau Kapalai merupakan pulau yang terletak di sebelah pantai timur di daerah Semporna, negeri Sabah. Ia menjadi tumpuan pengunjung tempatan dan luar ke Semporna di negeri Sabah. Pulau Kapalai memiliki iklim tropika dan airnya kekal suam sepanjang tahun, selesa untuk berenang dan aktiviti selam skuba. Suhu air berlegar sekitar 29 hingga 30°C sepanjang tahun sungguhpun ia boleh turun beberapa darjah pada musim tengkujuh.

Pulau Kapalai terletak kira-kira 2 jam perjalanan dari pantai timur daratan Pulau Borneo. Ini menyebabkan lokasi pulau ini jauh dari bunyi bising kota, tetapi pelancong yang hadir ke pulau ini akan dapat mendengar dan melihat pesawat dari Kota Kinabalu yang melintasi ruang udara pulau ini setiap sejam sekali untuk mendarat ke Lapangan Terbang Tawau.

Pulau Kapalai memiliki terumbu karang yang mempunyai pelbagai hidupan laut yang menarik untuk dilihat. Ini menjadikan aktiviti menyelam sebagai aktiviti utama di sini.


Sejarah sunting

Pembukaan sunting

Fauna dan flora sunting

Pulau Kapalai memiliki tumbuhan tropika dan hutan malar hijau.

Kemudahan sunting

Terdapat kemudahan kemudahan resort bagi para pengunjung yang berminat untuk tinggal di Pulau Kapalai selama beberapa hari. Selain itu terdapat juga pelbagai pakej yang ditawarkan di sini, seperti pakej snorkeling, pakej bulan madu, pakej menyelam dan juga pakej percutian.[1]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting