Buka menu utama

Pulau Keeling Utara (Jawi: ڤولاو کيليڠ اوتارا, Inggeris: North Keeling Island) merupakan sebuah pulau beratol yang kecil dan tidak berpenghuni di Australia. Pulau ini sebahagian daripada Kepulauan Cocos (Keeling) ini terletak di Lautan Hindi. Terletak 25 kilometer daripada Pulau Luar (Horsburgh Island), pulau ini mempunyai keluasan kira-kira 1.2 km2. Selain itu, di pulau ini terdapat sebuah taman negara iaitu Taman Negara Pulu Keeling.

Pulau Keeling Utara
ڤولاو کيليڠ اوتارا
Geografi
LokasiLautan Hindi
Koordinat11°50′S 96°49′E / 11.833°S 96.817°E / -11.833; 96.817Koordinat: 11°50′S 96°49′E / 11.833°S 96.817°E / -11.833; 96.817
Luas1.2 km2 (0.46 bt2)
Pentadbiran
Demografi
PopulasiTidak berpenghuni

GeografiSunting

Pulau Keeling Utara merupakan pulau yang seolah-olah berbentuk huruf C dengan sebuah lagun di tengah-tengahnya. Lagun tersebut berkeluasan 0.5 km2 (124 ekar). Pulau ini adalah rumah kepada sejenis spesies burung yang kini terancam dan tempat bertelur bagi burung laut.

RujukanSunting

Pautan luarSunting