Pulau Lantau (Cina: 大嶼山, bahasa Inggeris: Lantau Island atau Lantao Island) ialah pulau yang terletak di bahagian barat daya Hong Kong. Dengan keluasan 147,16 kilometer persegi,[1] ia merupakan pulau terbesar dalam wilayah Hong Kong; jika dibandingkan dengan pulau kedua terbesar Pulau Hong Kong, saiznya lebih kurang dua kali besar. Mengikut pembahagian pentadbiran Hong Kong, sebahagian besar tanah Lantau tergolong dalam Daerah Pulau-Pulau (Islands District), kecuali Semenanjung Tsing Chau Tsai di bahagian timur laut Pulau Lantau yang merangkumi petempatan Yam O, Penny's Bay dan Kap Shui Mun tergolong dalam Daerah Tsuen Wan. Perairan Lantau juga menjadi jalan air utama ke bandar-bandar Makau, Zhuhai dan Zhongshan, lebih-lebih lagi perairan di bahagian barat laut Lantau yang terletak berdekatan tambatan 1 dan 2 Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Makau di Pulau Lumba-Lumba Biru (藍海豚島), merupakan titik paling selatan perkarangan Pelabuhan Shenzhen.

Pulau Lantau
Pulau Lantau ditandakan merah
Geografi
LokasiBarat Daya Hong Kong
Luas147.16 km2 (56.82 bt2)
Aras tertinggi934 m (3,064 ft)
Puncak tertinggiLantau Peak
Pentadbiran
Daerah-daerahPulau-Pulau dan Tsuen Wan
Demografi
Populasi105,000 (2011)
Pulau Lantau

Pandangan keseluruhan Pulau Lantau seperti yang dilihat dari barat daya.
Cina Tradisional: 大嶼山
Cina Ringkas: 大屿山
Maksud harfiah: "gunung pulau besar"

Pulau Lantau terpisah jauh dari kawasan pusat bandaraya Hong Kong; maka pada zaman dahulu, tanahnya sukar dibangunkan dan pengangkutan luaran bergantung sepenuhnya pada feri dan bot penambang. Dengan penempatan semula Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong di sini, dibinanya Jambatan Tsing Ma (bersama dengan laluan transit MTR Tung Chung Line dan Airport Express Line) dan Jambatan Kap Shui Mun secara berturut-turut, Pulau Lantau akhirnya disambungkan dengan pusat bandaraya Hong Kong. Pembangunan pekan-pekan baharu di Lantau Utara, pembukaan Disneyland Hong Kong dan pembukaan Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macao lalu lintas telah mendorong proses urbanisasi di Pulau Lantau.

Setakat tahun 2021, masih terdapat banyak kampung lama di Pulau Lantau. Pada bulan Mac 2018, penduduk Desa Tai Long di Pulau Lantau ditemu ramah oleh media dan didapati bahawa ia merupakan penempatan suku Hakka. Pada masa ini, hanya terdapat sekitar 15 isi rumah yang tinggal di situ, dan terdapat juga restoran berbentuk dapur persendirian.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ "地政總署測繪處:香港地理資料" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-03-05. Dicapai pada 2007-04-07.
  2. ^ "置身世外田園  品嘗山水柴火農家菜". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-14. Dicapai pada 2018-03-14.