Pulau Malawali
Pulau Malawali adalah sebuah pulau yang terletak di bawah naungan negeri Sabah, Malaysia. Pulau ini terletak di Laut Sulu. Ia juga terletak diantara Bahagian Kudat, dan kedudukannya berhampiran Pulau Banggi dan Pulau Balambangan . Keadaan sekitar pulau dilihat dipenuhi dengan batu karang dan kawasan ini merupakan salah satu lokasi menyelam skuba yang popular khususnya disekitar kawasan timur laut pesisir pantai Sabah.