Pulau Rebak Besar ialah sebuah pulau yang terletak di barat daya Pulau Langkawi, Kedah.[1] Pulau ini berkeluasan kira-kira 430 hektar dan terletak kira-kira dua kilometer dari pesisir pantai Chenang.[2]

Pulau Rebak Besar
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Geografi
Koordinat6°17′51″N 99°41′50″E / 6.29750°N 99.69722°E / 6.29750; 99.69722
Luas174 he (430 ekar)
Pentadbiran
Negeri Kedah
DaerahLangkawi

Geografi sunting

Pulau Rebak Besar terdiri dua jenis batuan, iaitu batuan enapan dan batuan metamorf. Batuan enapan ini terdiri daripada syal dan batu lumpur merah manakala batuan metamorf terdiri daripada batu pasir yang bertukar kepada kuarzit.[3]

Pulau ini terletak 79 kilometer ke arah barat laut dari ibu negeri Kedah, Alor Setar dan 415 kilometer ke arah barat laut dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur. Antara pulau berdekatan ialah Pulau Selat Senari dan Pulau Rebak Kechil.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ "Pulau Rebak Besar, Malaysia". www.geonames.org. Dicapai pada 2023-12-16.
  2. ^ a b "MyGeoName". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Dicapai pada 2023-12-16.
  3. ^ "PULAU REBAK RED BED GEOSITE – Langkawi Geopark" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-16.