Pulau Sapi
Pulau Sapi adalah pulau yang terletak di Taman Tunku Abdul Rahman, Malaysia dan diiktiraf sebagai taman laut negara. Ia terletak di bahagian Malaysia Timur iaitu di negeri Sabah, pulau ini boleh dilawati dengan menggunakan bot.
Pulau Sapi | |
---|---|
Negara | Malaysia |
Negeri | Sabah |
Pulau Sapi terletak hanya di hujung barat daya Pulau Gaya. Pulau seluas 25-ekar (10 ha) memiliki pantai yang terbaik di taman ini dan popular dikalangan pelancong bagi aktiviti snorkeling dan menyelam. Antara 10am dan 4pm pulau ini sibuk dengan pelancong asing tetapi selepas feri terakhir berlepas pulang ia menjadi pualu yang aman dengan hanya mereka yang tinggal bermalam di situ. Ia dibangunkan dengan kemudahan pelancong yang termasuk jeti, perlindungan berkelah, tempat memanggang, meja, bilik persalinan, dan bilik air. Hutan itu didiami oleh macaques. Berkemah dan unggun api dibenarkan dengan kebenaran Warden Taman.