Pulau Spratly atau Pulau Truong Sa (Tagalog: Lagos, Cina: 南威岛, Nanwei Dao, bahasa Vietnam: Đảo Trường Sa) merupakan salah satu pulau daripada gugusan Kepulauan Spratly di Laut China Selatan. Pulau ini diduduki oleh Vietnam sejak 1974 dan ia dituntut oleh negara Republik Rakyat China dan Republik China (Taiwan). Ketika pendudukan Empayar Jepun semasa Perang Pasifik, pulau itu dikenali dalam bahasa Jepun sebagai Nishitori Jima (西鳥島 lit. "Pulau Burung Barat").

Pulau Spratly (ڤولاو سڤراتلي)
Pulau Truong Sa (ڤولاو ترووڠ سا)
Geografi
LokasiLaut China Selatan
Koordinat8°38′41″N 111°55′12″E / 8.64472°N 111.92000°E / 8.64472; 111.92000Koordinat: 8°38′41″N 111°55′12″E / 8.64472°N 111.92000°E / 8.64472; 111.92000
KepulauanKepulauan Spratly
Luas0.13 km2 (0.050 bt2)
Pentadbiran
Diduduki oleh  Vietnam
Demografi
Populasi1000

Pulau ini mempunyai pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan telah dinaik taraf kepada sebuah perbandaran. Pulau ini mempunyai lebih daripada 1000 penduduk dan askar.[perlu rujukan] Pulau ini juga merupakan pusat pentadbiran bagi pulau-pulau berdekatan dengannya. Di situ juga terdapat jalur pendaratan sepanjang 610 meter (667 ela) dan jeti kecil. Dengan keluasan 13 hektar, ia merupakan pulau ke-4 terbesar di Kepulauan Spratly dan pulau terbesar yang diduduki oleh Vietnam.

Geografi sunting

Pulau Spratly dilitupi dengan semak dan rumput. Ia menjadi rumah kepada beberapa spesies burung dan mengandungi simpanan guano (tahi burung). Selain itu, terdapat sebuah tugu peringatan di selatan pulau. Ketika air surut, terumbu pinggir pulau jelas kelihatan di bahagian pulau.

Lihat juga sunting