Pulau Sulug merupakan sebuah pulau yang terletak di Pantai Barat di Sabah, Malaysia.[1] Ia adalah sebahagian daripada Taman Negara Tunku Abdul Rahman.

Pulau Sulug
ڤولاو سولوڬ
Negara Malaysia
Negeri Sabah

Pulau Sulug ini bersaiz kecil, tiada kemudahan lengkap untuk pelawat. Namun begitu persekitaran pulaua amat cantik kerana terdapat lambakan batu karang yang menghuni di dasar air sekitar 10 meter bawah laut. Pulau Sulug begitu terkenal untuk aktiviti selam skuba kerana disini penyelam dapat melihat panorama bawah air yang unggul dengan kehadiran ular laut, penyu, pari-pari, ikan katak, terdapat banyak nudibranch atau kupu-kupu laut pastinya memikat hati penyelam.

Asal usul nama Pulau Sulug dipercayai sebagai tempat berteduh untuk masyarakt pelarian suku Suluk atau Tausug suatu ketika dahulu. Pulau-pulau yang terdapat di dalam Taman Negara Tunku Abdul Rahman adalah Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug.

RujukanSunting

  1. ^ "Sulug Island". beautifulKK.com. Dicapai 6 November 2013. 

Pautan luarSunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Koordinat: 5°57′35″N 115°59′37″E / 5.95972°N 115.99361°E / 5.95972; 115.99361