Pulau Tarutao (bahasa Thai:Ko Tarutao); (Bahasa Thai: เกาะตะรุเตา) merupakan sebuah pulau bersaiz besar yang terletak didalam Taman Laut Negara Tarutao, Provinsi Satun, Thailand. Pulau ini secara geografinya terletak disebelah utara bahagian laut Selat Melaka, di utara Semenanjung Tanah Melayu. Ia betul-betul terletak bersempadan dengan perairan Malaysia. Ukuran pulau ialah 26 km panjang dan 11 km lebar. Ia merupakan salah satu pulau yang tidak dirosakkan menerusi pembangunan kompleks di Laut Andaman dan diseluruh Thailand. Asal perkatan Tarutao diambil sempena perkataan bahasa Melayu yang berbunyi tertua yang beerti tua dan primitif.

Pesisir laut barat Pulau Tarutao

Sekilas pandang sunting

Terdapat rataan konkrit yang mendampari jalan-jalan disekitar pulau. Namun begitu, laluan perjalanan agak kasar dan bergunung- ganang. Beberapa puncak gunung dapat mencecah ketinggian sehingga 500 meter. Puncak tertinggi yang direkod berada pada ketinggian 713 meter. Kebanyakkan kawasan didalam pulau diliputi hutan rimba tebal, dengan usia hutan yang tua. Terdapat banyak pepohon bakau dan hutan paya bakau berdamparan di sisi pantai dan beberapa tebing batu kapur juga terdapat di pesisir pantai.[1] Jajaran pantai barat pulau pula panjang dan pesisirya ditaburi pepasir putih yang indah dimana dahulunya dipercayai tempat penyu bertelur. Haiwan seperti Langurs, monyet pemakan ketam dan babi hutan antara yang sering ditemui di pulau ini.

Pantai Ao Son terletak di sisi sebelah barat pulau yang panjangnya melebihi 4 km dan 200 m lebar.

Daripada sebelah timur pulau pula dikelilingi oleh lebih dari 10 buah pula kecil (islet) yang dibina secara semulajadi daripada batu kapur, misalanya Pulau Ko Sing, Ko Kaman, Ko Ko Lo, Ko Klang, Ko Pulao Na, Ko Daeng, Ko Laen, Ko Lek, dan lain-lain.

Sejarah sunting

 
Pemandangan dok jeti dan tebing patu kapur berketinggian 30m berdekatan tapak penjara lama di sebelah timur pulau

Pulau Tarutao mempunya nilai sejarahnya yang tersendiri. Diantara tahun 1938 dan 1948, lebih daripada 3000 orang pesalah Thai , banduan penjara pernah ditempatkan disini termasuk Sittiporn Gridagon, anakanda Raja Rama VII. Ketika Perang Dunia II, bekalan makanan dan perubatan daripada tanah besar telah berkurangan, kesan dari itu, pengagihannya kepada penduduk pulau terpaksa dicatu, akibatnya ramai yang menderita dan mati akibat penyakit malaria. Ada diantara banduan yang terbebas dari tahanan serta para penjaga penjara terpaksa melarikan diri untuk hidup, ramai diantara mereka menjadi lanun dan berlegar di Selat Melaka. Namun begitu akhirnya pada tahun 1944, mereka ditangkap dan ditekan oleh askar British.[1]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Williams, China (2012). Thailand Travel Guide. Worldwide: Lonely Planet. m/s. 816. ISBN 9781741797145.

Pautan luar sunting

Koordinat: 6°37′N 99°39′E / 6.617°N 99.650°E / 6.617; 99.650