Punai emas (nama saintifik: Caloenas nicobarica)[3] ialah burung merpati yang merupakan burung pembiak tempatan ditemui di pulau-pulau kecil dan kawasan pantai tidak didiami manusia dari Kepulauan Andaman dan Nicobar, India ke timur melalui Kepulauan Melayu, sampai ke Kepulauan Solomon and Palau. Ia merupakan anggota tunggal yang masih hidup dalam genus Caloenas, dan mungkin juga saudara terdekat dodo yang masih wujud selain burung tunggal Rodrigues.

Punai emas
CITES Appendix I (CITES)[2]
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
C. nicobarica
Nama binomial
Caloenas nicobarica

Ciri sunting

Badan sunting

Burung punai ini besar dan berat, dengan panjangnya 40 sentimeter. Sebahagian besar burung ini berwarna hijau metalik, dengan bulu sua leher berwarna hijau dan tembaga. Kepala, leher atasan, dan dada, serta bulu pelepah terbangnya berwarna kelabu tua.

Ekornya amat pendek. Ekor burung yang belum dewasa berwarna hitam, ia bertukar menjadi berwarna putih tulen. Ekornya yang putih kelihatan bertindak sebagai "lampu belakang" yang boleh dilihat kawanan ketika menyeberangi air pada waktu subuh atau senja.[4]

Kepala sunting

Adanya sebiji bongol hitam pada pangkal paruhnya, dan kaki-kakinya yang kuat berwarna merah tua. Tepi anak matanya berwarna gelap.[4]

Burung betina, termasuk bongol paruh, dan bulu suanya, adalah lebih kecil berbanding dengan burung jantan. Bahagian bawah burung betina juga berwarna lebih perang.

Bunyi sunting

Burung punai ini bukannya burung spesies yang amat bising, dan bunyinya koo-koo-koo yang rendah dan berulang.[4]

Tabiat sunting

Pemakanan sunting

Burung Punai Emas berkelana dalam kawanan dari pulau ke pulau, termasuk tapak-tapak yang dihuni manusia, untuk mencari makanannya yang terdiri daripada biji, buah, dan sesetengah invertebrat. Ia tertarik kepada kawasan-kawasan yang mempunyai bijian.

Penerbangan sunting

Penerbangannya cepat, dengan pukulan kepak yang tetap serta sentakan sekali-sekala yang merupakan ciri burung merpati pada umumnya. Bagaimanapun secara aneh, kawanan burung ini cenderung terbang dalam barisan-barisan serta juga dalam barisan tunggal, dan bukannya dalam kawanan tak teratur yang ditonjolkan oleh kebanyakan burung merpati yang lain.[4]

Bersarang sunting

Biasanya, burung ini tidur di pulau-pulau kecil luar pesisir yang tidak mempunyai pemangsa dan menghabiskan waktu siang di kawasan-kawasan yang mempunyai lebih banyak makanan.

Ia bersarang di hutan tebal, dan membina sarang ranting di atas pokok. Burung betina mengeluarkan sebiji telur pada setiap kali. Telurnya berbentuk bujur dan berwarna putih kebiruan.[4]

Sistematik sunting

Selepas membandingkan sitokrom b mitokondria dan jujukan-jujukan rRNA 12S (Shapiro et al. 2002), Burung Punai Emas telah dicadangkan sebagai saudara terdekat yang masih hidup kepada burung-burung dodo dan tunggal Rodrigues. Bagaimanapun, ia tidak membayangkan sebarang hubungan rapat yang sebenar, tetapi hanya bermaksud bahawa semua spesies hidup yang lain adalah lebih jauh hubungannya. Selain itu, filogeni teragak yang disimpulkan daripada datanya adalah tidak betul; filogeni molekul burung-burung merpati Indo-Australia menghasilkan keputusan-keputusan yang terlalu berbeza, bergantung kepada jujukan gen yang dianalisis (umpamanya, berbanding dengan Johnson & Clayton 2000).

Berdasarkan tulang-tulang subfosil yang ditemui di New Caledonia dan Tonga, satu spesies pupus, Caloenas canacorum telah diperihalkan. Burung ini adalah burung besar, dengan saiznya sesuku lebih besar daripada Burung Punai Emas. Memandangkan bahawa ia pasti merupakan sumber makanan yang baik, burung ini amat mungkin diburu sehingga kepupusan oleh peneroka-peneroka awal di pulau-pulau kediaman burung tersebut.

Merpati Liverpool lagi satu spesies pupus dari kawasan Pasifik yang tidak dapat ditentukan, juga tergolong dalam genus Caloenas, tetapi ini hanya merupakan suatu kemungkinan yang paling kurang tak sesuai; keafinan-keafinannya yang benar masih tidak dapat ditentukan.

Rujukan sunting

  1. ^ BirdLife International (2016). "Caloenas nicobarica". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016: e.T22690974A93297507. doi:10.2305/IUCN.UK.2016-3.RLTS.T22690974A93297507.en. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  2. ^ "Appendices". CITES. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ ENAKMEN-ENAKMEN YANG BERKAITAN DENGAN PEMULIHARAAN DI SABAH, 1) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997[pautan mati kekal]
  4. ^ a b c d e Grimmett, Richard; Inskipp, Carol; Inskipp, Tim; Byers, Clive (2009) [1999]. Birds of India, Pakistan, Nepal, Bangladesh, Bhutan, Sri Lanka, and the Maldives. Princeton, N.J: Princeton University Press. ISBN 978-0-691-04910-6.

Sumber-sumber sunting

  • Johnson, Kevin P. & Clayton, Dale H. (2000): Nuclear and Mitochondrial Genes Contain Similar Phylogenetic. Signal for Pigeons and Doves (Aves: Columbiformes). Molecular Phylogenetics and Evolution 14(1): 141–151. (teks PDF lengkap)
  • Shapiro, Beth; Sibthorpe, Dean; Rambaut, Andrew; Austin, Jeremy; Wragg, Graham M.; Bininda-Emonds, Olaf R. P.; Lee, Patricia L. M. & Cooper, Alan (2002): Flight of the Dodo. Science 295: 1683. DOI:10.1126/science.295.5560.1683 (maklumat tambahan)

Pautan luar sunting