Puppetry of the Penis

Puppetry of the Penis (Melayu: Boneka Pelir atau Boneka Zakar) adalah pertunjukan persembahan kreatif berpasangan dari Australia oleh Simon Morley dan David "Friendly" Friend yang berasaskan bahagian alat sulit badan lelaki sebagai bahan jenaka.

Simon Morley dan David "Friendy" Friend, Puppetry of the Penis , Festival Glastonbury, 2019

Sejarah Penubuhan sunting

Pertunjukan ini pada mulanya digunakan penciptanya, Simon Morley, sebagai tajuk kalendar yang mempamerkan 12 jenis helah bentuk zakar kegemarannya yang dikenali sebagai Dick Tricks (Helahan Pelir). Pada malam sambutan tahun baru tahun 1997, garaj miliknya penuh dengan kalendar untuk dijual. Oleh kerana sambutan yang menggalakkan agar beliau mempamerkan segala helah kalendarnya secara langsung, beliau akhirnya membuat keputusan untuk mengadakan persembahan tersebut bersama-sama dengan rakannya David "Friendy" Friend.

Teater mengolah bentuk alat sulit lelaki (zakar, kantung zakar, dan biji zakar) diselangkan dengan komedi ini telah tersebar ke peringkat antarabangsa. Secara selorohnya persembahan ini dikenali sebagai Dick Tricks (Helah Pelir) atau Genital Origami (Origami Alat Sulit) yang merujuk kepada keanjalan zakar, buah zakar dan kantung zakar.

Pertunjukan ini mula-mula dipertontonkan di pentas antarabangsa semasa berlangsungnya Melbourne International Comedy Festival (Festival Komedi Antarabangsa Melbourne) 1998 di Australia dan mendapat anugerah "Outright Best Show" (Semestinya Persembahan Terbaik).[1][2] Pertunjukan ini melibatkan dua orang lelaki yang bertelanjang sambil membengkok, memutar, dan melipat zakar serta kantung zakar mereka dalam pelbagai bentuk. Acara ini telah dipersembahkan di Australia, New Zealand, Inggeris, Eropah, Kanada, Amerika Syarikat, Afrika Selatan dan Argentina. Kemasyhuran pertunjukan ini telah menjadi subjek dokumentari Australia yang dihasilkan oleh pelawak Mick Molloy, pada tahun 2000 yang bertajuk Tackle Happy (Gembira Bercanda). Kedua-duanya pasangan pelawak ini juga telah mengambil anak didik pasukan mereka di seluruh Australia, UK dan Amerika, bagi memenuhi permintaan peminat yang sangat menggalakkan. Oleh kerana kejayaan besar dalam pertunjukan tersebut, perniagaan mereka ini telah diperluaskan bagi memenuhi keperluan undangan majlis persendirian di sekitar Australia.

Tayangan TV istimewa Puppetry of the Penis telah disiarkan di TV Australia, saluran One.[3]

Salah seorang daripada pasangan pelawak tersebut, David Friend, telah mengalami kecederaan pada biji zakarnya semasa membuat pertunjukan di Adelaide Fringe Festival (Pesta Sampingan Adelaide) pada 26 Februari 2020.[4]

Helah sunting

Helah yang dipersembahkan termasuk:

  • Pusingan Berangin
  • Cendawan Ledakan Atom
  • Jam Tangan
  • Siput
  • Kayu Tiga
  • Payung Terjun
  • Menara Eiffel
  • Burger
  • Jejari Daging
  • Undan
  • Kelawar Buah
  • Pelayar Angin
  • Tetali-G
  • Otak
  • Mesin Pemotong Rumput
  • Raksasa Loch Ness
  • Tusukan Sang Lelaki
  • Cincin Perkahwinan
  • Wanita
  • Perempuan Lain
  • Moluska
  • Anak Burung
  • Tupai Terbang

Kontroversi sunting

Pada tahun 2002, pertunjukan ini telah dihalang tayangannya kepada umum oleh Wanganui di New Zealand, majlis perbandaran Cairns dan Bundaberg di Queensland.[5][6] Pada tahun 2004, Chicago Citizens for Community (Warga Chicago untuk Masyarakat) memfailkan aduan bahawa pertunjukan itu adalah tidak senonoh, tetapi polis Chicago enggan membatalkannya.[7]

Pada tahun 2012, Biro Piawaian Pengiklanan menerima aduan mengenai sebuah poster iklan yang mengiklankan pertunjukan tersebut di Brisbane.[8]

Rujukan sunting

  1. ^ "History" [Sejarah]. Dicapai pada 28 September 2020.
  2. ^ "Puppetry of the Penis" [Boneka Butuh]. Dicapai pada 28 September 2020.
  3. ^ David Knox (27 Mac 2012). "Comedy nights on ONE" [Malam Lawak di ONE]. TV Tonight. Dicapai pada 4 Ogos 2012.
  4. ^ "Puppetry of the Penis Star injures testicles with corkscrew during show" [Bintang Boneka Butuh tercedera biji zakarnya semasa pertunjukan dengan pemutar gabus]. New York Post. 28 Februari 2020. Dicapai pada 28 September 2020.
  5. ^ "New Zealand bans penis puppetry" [New Zealand menyekat boneka zakar]. The Age. 10 Mei 2002.
  6. ^ Jordan Baker (15 Jun 2002). "Queensland cities first to ban penis show" [Bandar Queensland menjadi yang pertama menyekat pertunjukan zakar]. The Age.
  7. ^ Jonathon Moran (25 Ogos 2004). "Puppetry of the Penis survives" [Boneka Butuh Diteruskan]. The Age.
  8. ^ Peta Fuller (21 Februari 2012). "Advertising Standards Bureau to review Puppetry of the Penis billboard after complaint" [Biro Piawaian Pengiklanan akan menilai semula papan iklan Boneka Butuh selepas menerima aduan]. news.com.au.

Pautan luar sunting