Purnama Merindu

Tajul Amir

"Purnama Merindu" ialah single pertama dari album Siti Nurhaliza, Adiwarna.[1] Menerusi lagu ini, Siti bertanding di dua buah pertandingan nyanyian antarabangsa (Shanghai Music Festival di China; Voice of Asia di Kazakhstan) pada tahun 1999, lalu merangkul hadiah utama daripada kedua-dua pertandingan.

"Purnama Merindu"
Single oleh Siti Nurhaliza
daripada album Adiwarna
Dikeluarkan pada23 April 1998
GenrePop
Panjang4:27
SyarikatSuria Records
PenulisAzmeer, Lukhman S.
PenerbitAdnan Abu Hassan
Kronologi single Siti Nurhaliza
"Joget Berhibur"
(1997)
"Purnama Merindu"
(1998)
"Sendiri"
(1998)
Video muzik
Siti Nurhaliza - Purnama Merindu (muzik video) di YouTube

Lagu ini hanya memasuki carta Muzik Muzik pada tahun 1999, tetapi apapun berjaya menggondol gelaran Juara Kategori Balada pada Anugerah Juara Lagu tahun itu. Lagu ini juga salah satu single utama daripada album solo beliau yang gagal mendapat tempat pertama di Carta Radio Muzik.

AnugerahSunting

  • Anugerah Juara Lagu 1999
    • Juara Kategori Balada
  • Shanghai Music Festival 1999
    • Anugerah Emas
  • Voice of Asia 1999
    • Pemenang Grand Prix

RujukanSunting

  1. ^ Siti Nurhaliza – Adiwarna Diarkibkan 2016-10-05 di Wayback Machine di Siti Sentral @ Weebly.com.