Pusaka (filem)

Filem seram Malaysia 2019 arahan Razaisyam Rashid
(Dilencongkan dari Pusaka (filem 2019))

Pusaka merupakan filem seram Malaysia 2019 yang diarahkan oleh Razaisyam Rashid dengan idea asal oleh Natasha Chopra serta lakon layar oleh Anwari Ashraf, Alfie Palermo dan Amree Jukree.[2] Ia dibintangi oleh Syafiq Kyle, Mimi Lana, Hafidz Roshdi, Sweet Qismina, Ogy Ahmad Daud dan Faizal Hussein. Ia mengisahkan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor telah menemui mayat pasangan kembar yang terkurung di sebuah rumah tinggal dan memerlukan siasatan penuh oleh pihak polis yang diketuai oleh Inspektor Nuar. Semenjak itu, setiap langkah Nuar dihantui pelbagai kelibat dan gangguan. Kematian demi kematian sering berlaku.[3] Filem ini ditayangkan di Malaysia, Singapura dan Brunei pada 31 Oktober 2019 dan menerima ulasan positif daripada pengkritik filem.[4]

Pusaka
PengarahRazaisyam Rashid
PenulisAnwari Ashraf
Alfie Palermo
Zulaikha Zakaria (ko-penulis)
Luqman Ghazali (ko-penulis)
Lakon layarAnwari Ashraf
Alfie Palermo
Amree Jukree
Cerita olehNatasha Chopra
Dihasilkan oleh
  • Anwari Ashraf
  • Fatimah Ruzaimi
  • Natasha Azlan (bersekutu)
  • Sakonlawat Khetboon (bersekutu)
  • Priya Narayanan (eksekutif)
  • Maurice Noone (eksekutif)
  • Raja Jastina Arshad (eksekutif)
  • Dato' Khairul Anwar Salleh (eksekutif)
DibintangiSyafiq Kyle
Mimi Lana
Hafidz Roshdi
Sweet Qismina
Ogy Ahmad Daud
Faizal Hussein
SinematografiMadnor Kassim
Disunting olehRazaisyam Rashid
Muzik olehRicky Lionardi
Syarikat
penerbitan
  • Director's Think Tank
  • Alpha 47 Films
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
31 Oktober 2019 (Malaysia, Singapura & Brunei)
Masa tayangan
94 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 2 juta[1]
Pecah panggungRM 13.7 juta

Sinopsis sunting

Balqis dan Qistina (Sweet Qismina) merupakan sepasang adik beradik kembar perempuan yang ditemui oleh Inspektor Nuar dalam sebuah rumah kosong, yang mana kedua-duanya telah dikurung secara misteri. Bagaimanapun, selepas penemuan itu, pegawai polis yang cekap itu kini perlu segera menyelesaikan misteri di sebalik kembar tersebut kerana dia bukan sahaja diganggu pelbagai kejadian aneh selepas menjumpai mereka, malah setiap orang yang berkait dengan kes itu juga mula mati seorang demi seorang.

Pelakon sunting

Syafiq Kyle sebagai Inspektor Nuar
Mimi Lana sebagai Nur

Penerbitan sunting

Pusaka diarahkan oleh Razaisyam Rashid, ia merupakan filem ketiga arahannya selepas My Indie Rock Darling (2007) dan CEO (2014) dengan naratif ceritanya berdasarkan idea asal dari Natasha Chopra dan lakon layar serta skrip digarap sepenuhnya oleh pasukan penulis Astro Shaw yang dikenal sebagai Writers' Room.[1] Filem ini menandakan penampilan layar lebar pertama Hafidz Roshdi,[5] Mimi Lana[6] dan Yuna Rahim. Kos pembikinan filem menelan belanja sebanyak RM2 juta dan telah menjalani penggambaran selama 30 hari.[1]

Keluaran dan sambutan sunting

Pusaka ditayangkan pada 31 Oktober 2019.[1] Filem ini meraih kutipan sebanyak RM2 juta dalam masa empat hari tayangan.[7] Pusaka berjaya memperoleh kutipan kasar sebanyak RM7.2 juta dalam masa 11 hari tayangan, sekaligus memintas kutipan hujung minggu filem Maleficent: Mistress of Evil dan Terminator: Dark Fate. Filem ini turut mendominasi tangga pertama carta filem pecah panggung Golden Screen Cinemas (GSC) selama lima hari berturut-turut.[8][9] Pusaka berjaya memperoleh kutipan pecah panggung sebanyak RM11 juta selepas 18 hari tayangan.[10]

Setelah 4 minggu ditayangkan, filem ini bersama-sama Ejen Ali: The Movie terbitan Primeworks Studios dan WIRA juga terbitan Astro Shaw dan Primeworks Studios juga berjaya mendapat kedudukan Top 10 Movies @ GSC direkodkan pada 29 November 2019. Facebook Ejen Ali mengucapkan terima kasih kepada penonton atas sokongan kepada filem animasi Malaysia dan filem lakonan anak Malaysia.[11] Secara tidak langsung, filem ini berjaya mengatasi filem Sangkar juga terbitan Astro Shaw sekaligus membawa pulang gelaran "Filem Seram Nombor 1 Malaysia 2019".

Menulis untuk Malaysiakini, Za'im Yusoff menyifatkan "Pusaka lebih cemerlang berbanding Dukun, rupa-rupanya ia cuma lebih baik daripada Munafik 2. Tidak lebih, tidak kurang".[12]

Anugerah dan pencapaian sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan Sumber
2020 Anugerah MeleTOP Era 2020 Filem MeleTOP Pusaka Tercalon
Bintang Filem MeleTOP Syafiq Kyle Menang
2021 Festival Filem Malaysia ke-31 Pelakon Lelaki Terbaik Syafiq Kyle Tercalon
Penataan Seni Terbaik Maliq Hussein Tercalon
Penataan Bunyi Terbaik Moshin Othman Tercalon
Penataan Seni Terbaik Ella Sandera Tercalon
Pelakon Harapan Wanita Mimi Lana Tercalon

Sekuel sunting

Menurut Razaimsyam, filem sekuel akan muncul dengan sekuelnya pula khusus untuk penggemar genre penyiasatan seram tempatan.

“Skrip untuk sekuel filem ini masih dalam proses dan penggambaran filem ini dijangka berlangsung pada tahun depan. “Kos produksi untuk sekuel ini juga dijangka lebih tinggi berbanding filem Pusaka yang pertama,”[13]

Filem ini sedang dalam pembikinan dengan mengekalkan pelakon yang sama.

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d Pusaka bawa anda ke satu dunia lain bermula 31 Oktober ini Utusan Borneo (22 Oktober 2018). Dicapai pada 2 November 2018.
  2. ^ "Pusaka mungkin filem tempatan paling ngeri tahun ini". Rojak Daily. Dicapai pada 30 Oktober 2019.
  3. ^ RD Minion (4 November 2019). 'Best Local Horror Movie': Here's What Malaysians Are Saying About 'Pusaka' Rojak Daily. Dicapai pada 24 November 2019.
  4. ^ Kamaruddin Razal (1 November 2019). Seram Habis! Kerana Filem Pusaka, Ada Yang Terlalu Takut Nak Pulang Ke Rumah... Sampai Kena Check-In Hotel! Astro Gempak. Dicapai pada 24 November 2019.
  5. ^ Zaidi Mohamad (29 Julai 2019). Akhirnya Hafidz Roshdi berlakon filem Berita Harian. Dicapai pada 2 November 2019.
  6. ^ Farhana Ab Rahman (7 Oktober 2019). Saya memang macam ini: Mimi Lana Berita Harian. Dicapai pada 2 November 2019.
  7. ^ Kamaruddin Razal (4 November 2019). Power! Filem Pusaka Raih RM2 Juta Dalam Masa 4 Hari Tayangan! Astro Gempak. Dicapai pada 24 November 2019.
  8. ^ Najiy Jefri (11 November 2019). Sebelas hari tayangan, Pusaka raih RM7.2 juta Harian Metro. Dicapai pada 24 November 2019.
  9. ^ Rafiq Mazlan (11 November 2019). Pusaka dah kutip lebih RM7.2 juta dalam 11 hari, memang gempak! Media Hiburan. Dicapai pada 14 November 2019.
  10. ^ Memang mega... Filem Pusaka raih lebih RM11 juta dalam masa 18 hari tayangan! Astro Awani (18 November 2019). Dicapai pada 24 November 2019.
  11. ^ Ejen Ali (29 November 2019). "❗ Perhatian Ejen ❗ Terima kasih Ejen, kerana menyokong filem-filem Malaysia! Dari animasi ke filem tempatan dan lakonan anak Malaysia di dalam filem antarabangsa, kita berjaya menguasai Top 5 di dalam carta box office! Teruskan sokongan anda dan jangan lupa untuk terus menonton filem #1 - #EjenAliTheMovie di pawagam berhampiran! BERTINDAK SEGERA! 🤜🏻💥🤛🏻 ❗ Attention Ejens ❗ Thank you Ejens for supporting Malaysian films! From animation to live action films and even international films with Malaysian actors, we have managed to dominate the Top 5 in the box office chart! Continue to support the industry and don't forget to watch the #1 film - #EjenAliTheMovie in the cinemas now! ACT IMMEDIATELY! 🤜🏻💥🤛🏻 #KitaJagaKita #MisiSerbuPawagam #MisiTontonEATM #aniMY #Wira #Pusaka #LastChristmas". Facebook. Dicapai pada 12 Ogos 2023.
  12. ^ Za'im Yusoff (5 November 2019). Pusaka yang kurang lemak dan masak Malaysiakini. Dicapai pada 24 November 2019.
  13. ^ Ramlah Zainal (3 Disember 2019). "Sekuel filem Pusaka tahun depan". Harian Metro. Dicapai pada 12 Ogos 2023.

Pautan luar sunting