Pusaka Pontianak ialah sebuah filem Melayu yang diterbitkan pada tahun 1965 di Singapura. Filem ini diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna. Ia telah diarahkan oleh Ramon A. Estella dan diterbitkan oleh Shaw Brothers.[1]

Pusaka Pontianak
PengarahRamon A. Estella
Dihasilkan olehRunme Shaw
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehShaw Brothers
Tarikh tayangan
1965
NegaraSingapura
BahasaMelayu

Sinopsis sunting

Waris-waris Dato Pengiran Sutan Kudus, seorang jutawan yang baru meninggal dunia berkumpul di banglonya untuk mendengar wasiatnya. Peguam wasiat telah berkomplot dengan adik angkat almarhum untuk membolot harta tersebut. Dia memberitahu waris-waris tersebut bahawa nenek moyang almarhum telah dibinasakan oleh keluarga almarhum sendiri iaitu pontianak yang mahu membalas dendam atas kematiannya selama 13 keturunan dan almarhum adalah keturunan yang ke 13. Sesiapa yang inginkan harta tersebut mesti tinggal di banglo jutawan tersebut yang terletak di tengah-tengah sebuah kebun getah selama empat minggu. Sesiapa yang keluar dari kawasan kebun getah tidak akan mendapat harta wasiat tersebut yang berjumlah 10 juta ringgit termasuk insurans nyawa sebanyak satu juta ringgit. Bagi waris yang meninggal dunia ketika berada di banglo tersebut, bahagian harta wasiatnya akan dibahagi-bahagikan kepada waris yang masih hidup. Seorang demi seorang waris mati dibunuh oleh pontianak yang menggunakan terowong bawah tanah untuk keluar dan masuk ke dalam banglo tersebut. Kehadiran wakil syarikat insurans akhirnya berjaya membongkar siapa sebenarnya pontianak itu.

Barisan pelakon sunting

Lagu sunting

  • Dendang Pontianak (Jibam Jibam) - Ahmad Daud

Rujukan sunting

  1. '^ Staf The Star (4 Jun 2004). "Dawn of the 'pontianaks". The Star. Dicapai pada 2008-10-04. Shaw Brothers produced Pusaka Pontianak in 1965...
2. Pusaka Pontianak (filem), VCD Edaran Music Valley.

Pautan luar sunting