Pusat Islam Al-Iqra

Pusat Islam Al-Iqra diwujudkan pada 1 Jun 2004 dan beroperasi secara sepenuhnya pada 10 Julai 2004 setelah mendapat kebenaran mendirikan solat Jumaat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) (Ruj:(68) dlm.JAI.sel.BPM/01/051 Jld2) ia juga dikenali sebagai Surau Kampus Puncak Perdana, ataupun surau Al-Iqra.

Fungsi sunting

Pusat Islam ini diwujudkan khas sebagai salah satu institusi agama untuk para mahasiswa Kampus UiTM Puncak Perdana mengambil manfaat dari program-program yang disediakan oleh Unit Kemajuan Islam CITU yang diamanahkan mengendali dan merancang program tahunannya. Disamping disediakan dewan solat untuk siswa dan siswi beribadah 5 waktu, ia juga digunakan untuk sembahyang Jumaat.

Pelbagai program telah dirancang untuk mahsiswa UiTM antaranya; Tilawah dan Talaqi Al-Quran yang dibimbing Khusus oleh Imam Al-Muqri dengan Modul Riwayat Hafs An-Asim, Program Tahsin Fatihah dan Bacaan Solat Remaja, Kuliah Al-Hadith 40, Kuliah Fardhu Ain, Yaasin dan Tahlil Mingguan, Maathurat Sughra, Solat Hajat Perdana sempena Hari Peperiksaan Semester, Ceramah hari-hari kebesaran Islam, Kem Tadarus Al-Quran sempena Ramadhan, Program Ihya Ramadhan (Tarawikh, Witir, Tazkirah dan Tadarus) dan bermacam-macam lagi program Pembangunan Kerohanian khusus untuk para Mahasiswa UiTM kampus Puncak Perdana. Pada cuti semester Pusat Islam hanya menyediakan program Solat 5 waktu sahaja memandangkan penghuni Kampus Kebanyakannya balik ke kampung masing-masing.

Carta Organisasi sunting

Pusat Islam Al-Iqra UiTM Kampus Puncak Perdana

  • Ketua Unit : Pegawai Hal Ehwal Islam S41
  • Imam Muqri : Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S27
  • Bilal : Pembantu Hal Ehwal Islam S17