Pusat Islam Washington

Pusat Islam Washington ialah sebuah masjid dan pusat kebudayaan Islam di Washington, D.C., Amerika Syarikat. Ketika masjid ini dibuka pada tahun 1957, masjid ini merupakan masjid paling besar di Dunia Barat. Masjid ini boleh menampung seramai 6,000 orang jemaah pada hari Jumaat.

Pusat Islam Washington
Pusat Islam Washington
Info asas
LokasiWashington,  Amerika Syarikat
Koordinat geografiKoordinat: 38°55′1″N 77°3′25″W / 38.91694°N 77.05694°W / 38.91694; -77.05694
AgamaIslam
NegaraAmerika Syarikat
Laman webwww.theislamiccenter.com/
Penerangan seni bina
ArkitekProf. Mario Rossi
Jenis seni binaMasjid
Disiapkan pada1957
Bil. menara masjid1

Masjid ini telah dilawati oleh ramai orang yang terkenal termasuklah beberapa presiden. Lawatan yang paling terkenal ialah oleh Presiden George W. Bush pada 17 September 2001, cuma beberapa hari selepas serangan 11 September[1]. Dalam siaran televisyen umum, Bush membaca sedikit petikan Quran dan memberitahu bahawa Islam dan Muslim adalah aman.

Selain masjid, pusat ini juga mempunyai perpustakaan dan kelas yang mengajar ilmu Islam dan ilmu bahasa Arab.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting