Buka menu utama

Pusat Kewangan Ping An (juga dikenali sebagai Ping An IFC) (Bahasa Cina: 平安 国际 金融 中心) adalah pencakar langit teramat tinggi yang mempunyai 115 tingkat di Shenzhen, wilayah Guangdong, China. Bangunan ini telah dirancang oleh Ping An Insurance dan direka oleh firma arkitek Amerika Syarikat, Kohn Pedersen Fox Associates. Ia dibina pada 2010 dan siap dibina pada 2016, sekali gus menjadi bangunan ke-4 tertinggi di dunia selepas Menara Abraj Al Bait di Makkah, Menara Shanghai di Shanghai dan Burj Khalifa di Dubai. Ia juga merupakan bangunan kedua tertinggi di China.

Pusat Kewangan Ping An
PAFC Shenzhen March 2016.jpg

Pusat Kewangan Ping An pada Mac 2016

Informasi
Lokasi Shanghai, China Republik Rakyat China
Status Siap Dibina
Dibina 20102016
Ketinggian
Antena 600 m (1,968.5 ka)
Bumbung 555.1 m (1,821.2 ka)
Tingkat teratas 555.1 m (1,821.2 ka)
Bilangan tingkat 115
Keluasan tingkat 385,918 m2 (4,154,000 ka2)
Kos $678 million
Syarikat
Arkitek Kohn Pedersen Fox Associates
Pemaju Ping An Life Insurance Company of China

PembinaanSunting

Bangunan ini terletak di Daerah Pusat Perniagaan di Shenzhen. Tanah seluasan 18.931 meter persegi telah dibeli oleh Kumpulan Ping An melalui lelongan pada harga 1,6568 bilion RMB pada 6 November, 2007. Batu asasnya telah dibentangkan pada 29 Ogos 2009 dan pembinaan bermula pada bulan November tahun yang sama.

Pada 15 Mac 2013, proses pembinaan itu dihentikan buat sementara waktu, kerana konkrit yang digunakan disyaki dibuat daripada pasir laut yang tidak diproses, yang boleh menghakis struktur keluli. Pembinaan bangunan disambung semula selepas ujian sampel.

Pada pagi 15 Julai 2014, apabila kolum keluli sepanjang 10 meter diletakkan pada tempatnya, pencakar langit ini mencapai ketinggian 443.8 meter, mengalahkan menara KK100 untuk menjadi bangunan tertinggi di Shenzhen.

Bangunan ini siap pada 30 April 2015 dan menjadi pencakar langit kedua tertinggi di China pada ketinggian 600 meter. Rancangan asal adalah untuk menambah antena 60 meter di atas bangunan untuk mengatasi Menara Shanghai dan menjadi bangunan tertinggi di China. Walau bagaimanapun, pada bulan Februari 2015, ia telah diputuskan bahawa antena tidak akan dipasang di atas menara kerana kemungkinan bahawa ia mungkin menghalang laluan penerbangan.

FungsiSunting

Apabila siap, bangunan itu akan mengandungi pejabat, hotel dan ruang runcit serta menampilkan pusat persidangan dan pusat membeli-belah mewah. Dua tingkat paling atas akan menampilkan dek pemerhatian. Seperti namanya, ia juga akan menjadi ibu pejabat Ping An Insurance. Bangunan ini akan mempunyai jumlah keluasan tanah seluas 378.600 meter persegi serta ruang bawah tanah 90,000 meter persegi.

GaleriSunting