Pusat Pungutan Zakat

Pusat Pungutan Zakat atau PPZ merupakan salah satu daripada institusi-institusi zakat utama di Malaysia. PPZ telah ditubuhkan pada 1991 oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) didaftarkan sebagai nama syarikat Hartasuci Sdn Bhd dibawah Akta Syarikat 1965. PPZ merupakan institusi zakat pertama di Malaysia yang memperkenalkan gaya tadbir urus secara korporat yang sistematik dan tersusun hasil daripada proses penswastaan yang telah dilakukan, dan juga yang terawal di dunia mengamalkan kaedah pengoperasian zakat menggunakan teknologi berkomputer.

Pusat Pungutan Zakat
Jenis/bentuk sahSyarikat Sendirian Berhad
IndustriZakat
Ibu pejabat Kuala Lumpur, Malaysia
Tokoh pentingDatuk Hj Che Mat Che Ali (Pengerusi) Hj. Mohd Rais Hj. Alias (Ketua Pegawai Eksekutif)
Hasil RM341 million(2011)
Bilangan kakitangan110 (2011)
Tapak webhttp://www.zakat.com.my/
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Penubuhan PPZ secara khususnya adalah hanya untuk mengutip zakat terutamanya zakat harta khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja. Manakala tanggungjawab menguruskan agihan zakat masih dibawah kelolaan penuh Baitulmal MAIWP.

Sejarah Penubuhan sunting

Cadangan penubuhan PPZ telah dicetuskan oleh Dato' Hj Abdul Rahim bin Abu Bakar lantas daripada kesukaran yang dihadapi serta kecelaruan pengurusan kutipan zakat pada tahun sebelum 1991. Idea ini kemudiannya telah diajukan kepada Pengerusi MAIWP pada masa itu Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor bagi mencari jalan dan kaedah yang sesuai supaya cadangan ini terlaksana. Justeru, diwujudkan sebuah jawatankuasa petugas yang diketuai oleh Dato’ Hj Abdul Rahim Abu Bakar, manakala ahli-ahlinya terdiri daripada Haji Omar Thean Abdullah, Haji Mohd Zihin Hassan dan Haji Abdul Khalid Abdul Aziz. Pasukan petugas ini memulakan tugasan pada 20 Disember 1989. Antara tugas-tugas kumpulan ini memberi panduan timbal balik pada kajian yang dibuat oleh satu firma perunding yang dipilih. Perkara asas yang dicadangkan dalam kajian tersebut adalah keperluan mewujudkan sebuah institusi yang khusus oleh MAIWP. Objektif penubuhan institusi tersebut adalah untuk mewujudkan pengurusan berbentuk korporat yang dapat mengendalikan usaha pungutan zakat bagi pihak Baitulmal Wilayah Persekutuan.

Teras kepada sistem baru ini ialah prosedur pungutan yang direkabentuk dan disesuaikan melalui sistem berkomputer. Ia melibatkan borang taksiran zakat, sistem kod (coding), sistem mengumpul maklumat, sistem pembayaran, sistem timbang tara (check and balance), sistem pemasaran dan sistem laporan. Setelah satu tahun kajian, perancangan dan pelaksanaan maka Pusat Pungutan Zakat telah mula beroperasi pada awal tahun 1991.

Dato’ Hj Abdul Rahim Abu Bakar kemudiannya dilantik sebagai Pengerusi PPZ dan melantik (Dato') Mohamed Dahan bin Abdul Latiff menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang pertama. Hasil penyatuan idea dan inovasi oleh kedua tokoh ini membawa kepada pencapaian yang sangat memberansangkan terutamanya hasil kutipan zakat sejak dari tahun pertama hinggalah sekarang.

Moto sunting

Memudahkan Anda Berzakat

Pencapaian sunting

Graf statistik kutipan zakat harta dari tahun 1991 sehingga 2011 oleh PPZ.

PPZ dari tahun ke tahun memperolehi pencapaian yang sangat membanggakan. Jumlah kutipan terkumpul sejak tahun 1991 sehinggalah 2011 mencecah RM2.2 Billion dan hasil pengumpulan dana yang besar ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh Bahagian Baitulmal, MAIWP untuk diagihkan kepada asnaf yang layak.

Semenjak awal penubuhan, PPZ telah memperkenalkan pelbagai jenis perkhidmatan dengan tujuan menggalakkan orang Islam untuk memahami pelbagai permasalahan berkenaan zakat dan sudah semestinya memudahkan umat Islam menunaikan kewajipan berzakat. Tahun demi tahun mencatatkan pembaharuan dan perkembangan jenis-jenis zakat yang dikutip (al-mustaghallat) antaranya seperti; Zakat pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Wang Simpanan, Zakat Saham, Zakat KWSP, Zakat Emas, Qadha Zakat dan beberapa jenis kutipan lain yang diwajibkan dan disunatkan kepada umat Islam.



Kaunter Operasi sunting

 
Wisma PPZ (HQ) Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur

Lokasi Ibu Pejabat yang pertama adalah terletak di Bangunan Sulaiman, Kuala Lumpur. Pada tahun 1993, lokasi ibu pejabat bertukar ke Bangunan Daruzzakah, Lorong Haji Hussein 2, Kuala Lumpur (Kini digunakan oleh Baitulmal MAIWP sebagai pusat agihan zakat dan sebuah kaunter kutipan zakat PPZ). Penambahan kakitangan dari semasa ke semasa memerlukan ruang pejabat yang lebih luas dan PPZ sekali lagi berpindah ke ibu pejabat yang baharu pada tahun 2007 bertempat di Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur.

Sehingga hujung 2013, PPZ telah mempunyai 11 buah cawangan termasuk 2 buah cawangan di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan 1 buah cawangan di Wilayah Persekutuan Labuan. Perkembangan sebegini dijangka dapat membuka lebih banyak ruang dan peluang untuk memudahkan masyarakat mengeluarkan zakat sekaligus membantu meningkatkan jumlah zakat yang akan dipungut.

Kaunter-kaunter kutipan zakat PPZ adalah terletak di:

Alamat Kaunter Alamat Kaunter
Wisma PPZ (HQ),

68-1-6,Dataran Shamelin, Jalan 4/91 Taman Shamelin Perkasa, 56100 Kuala Lumpur.

Kaunter Pusat Pungutan Zakat

Tingkat 1, Daruzzakah, Lorong Haji Hussein 2, 50676 Kuala Lumpur.

Kaunter Masjid Negara,

Masjid Negara, Jalan Perdana, 50480 Kuala Lumpur

Kaunter Wangsa Maju,

No 50, Wangsa Delima 6, Pusat Bandar Wangsa Maju (KLSC), Seksyen 5, 53300 Kuala Lumpur.

Kaunter Putrajaya,

10, Jalan P9B/1A, Presint 9, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan.

Kaunter Putrajaya,

No.3A & 3B, 5A & 5B, Jalan 2/2, Presint 15 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan.

Kaunter Masjid At-Taqwa,

Taman Tun Dr Ismail, Jalan Datuk Sulaiman, 60000 Kuala Lumpur.

Masjid Abdul Rahman Bin Auf

Batu 5 1/2, Jalan Puchong, K. Lumpur

Masjid Imam Al Ghazali

Bandar Manjalara, Kepong, K.Lumpur

UTC Pudu Sentral

Lot 3-4, Aras 3, Bangunan UTC Kuala Lumpur, Jalan Pudu (Pudu Sentral), 55100 Kuala Lumpur,

Kaunter Labuan,

Unit C-012, Aras 1, Kompleks Ujana Kewangan Labuan, Jalan Merdeka, 87000 Labuan.

Waktu Urusan

WAKTU BIASA

Isnin - Khamis (8:15 a.m. - 4:45 p.m.)

Jumaat (8:15 a.m. - 12:30 p.m.) (2:30 p.m. - 4:45 p.m.)

Ditutup pada Sabtu minggu pertama dan ketiga

WAKTU RAMADAN

Dibuka 7 hari seminggu pada Ramadhan & Disember

Isnin - Khamis (8:15 a.m. - 4:30 p.m.)

Jumaat (8:15 a.m. - 12:30 p.m.) (2:30 p.m. - 4:30 p.m.)

HARI TERAKHIR RAMADAN (8.15 a.m - 1.00pm)

Rujukan sunting

  1. http://www.zakat.com.my/
  2. http://www.maiwp.gov.my/