Pusat Servis Global WHO, Cyberjaya

Pusat Servis Global Pertubuhan Kesihatan Sedunia merupakan pusat serantau WHO yang ditempatkan di Cyberjaya, Malaysia untuk memantau dan mentadbir aktiviti WHO di seluruh dunia. Pusat Servis ini ditubuhkan untuk melaksanakan Sistem Pengurusan Global. Pusat ini dijangka akan dibuka pada April 2008.

Sistem Pengurusan Global antara lain menyepadukan program pengurusan WHO, iaitu proses pentadbiran sumber manusia, pengajian, belanjawan, kawangan, pemerolehan barangan dan perkhidmatan serta pengurusan aset.[1]

Latihan kakitangan serta ujian sistem pengurusan global bermula pada Januari 2008 akan melibatkan 20 pegawai ibu pejabat WHO dan 80 rakyat Malaysia. Jumlah kakitangan akan dipertingkatkan kepada 200 menjelang akhir 2008.[2].

Lihat juga sunting

Rujukan sunting