Pusat Tingkatan Enam Tutong

pusat tingkatan enam di Brunei

Pusat Tingkatan Enam Tutong (akronim: PTET) merupakan sebuah pusat tingkatan enam di Daerah Tutong, Brunei. Ianya mula dibuka pada tahun 2012.[1]

Pusat Tingkatan Enam Tutong
Lokasi
Tutong
Brunei
Maklumat
Jenis sekolahPusat tingkatan enam
Dibuka2012
Map

Latar belakang sunting

Kampus sekolah terletak di Kampung Bukit Beruang, kira-kira 14 kilometer dari Pekan Tutong dan 60 kilometer dari Bandar Seri Begawan.

Pembinaannya bermula pada tahun 2009 dan mengambil masa 20 bulan untuk siap[1] Ianya dianggarkan berharga sejumlah BND20,000,000.[1]

Pusat Tingkatan Enam Tutong merupakan pusat tingkatan enam pertama di Tutong yang mempunyai kawasan sendiri.[2] Pendidikan tingkatan enam di daerah ini bermula pada tahun 2002 namun ianya dikendalikan di bawah pentadbiran Sekolah Menengah Sayyidina 'Othman. Pada tahun 2012, bahagian tingkatan enam berpindah ke kawasan kekal, tidak jauh dari tempat dahulu.

Program sunting

Pusat Tingkatan Enam Tutong menawarkan program GCE A Level. Pembelajaran biasanya bermula pada awal Mac dan berakhir dengan peperiksaan A Level dalam bulan Oktober dan November pada tahun berikutnya.

Pusat tingkatan enam ini biasanya mengambil pelajar-pelajar yang telah selesai menjalani pendidikan menengah di lima sekolah menengah di daerah ini — iaitu Sekolah Menengah Muda Hashim, Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleh, Sekolah Menengah Sayyidina 'Othman, Sekolah Menengah Sufri Bolkiah dan Sekolah Menengah Tanjong Maya — dan yang berminat untuk meneruskan pembelajaran menerusi pendidikan tingkatan enam daripada pendidikan vokasional.

Kemudahan sunting

Sekolah ini terletak dalam kawasan seluas 15 ekar.[2] Kemudahan-kemudahan yang terdapat di sini termasuk:[2]

  • Blok-blok bagi:
    • Pentadbiran
    • Kelas-kelas
    • Makmal-makmal sains
    • Studio seni dan bilik teknologi reka bentuk
  • Dewan serbaguna
  • Perpustakaan
  • Kantin
  • Kawasan perhimpunan
  • Kawasan padang dan belapan

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "PTE Tutong first intake begins orientation week". The Brunei Times. Dicapai pada 2016-06-27.
  2. ^ a b c "Education Minister inspects new education buildings in Tutong". The Brunei Times. Dicapai pada 2016-06-27.