Aleksandr Pushkin

(Dilencongkan dari Pushkin, Alexander)

Aleksandr Sergeyevich Pushkin (Rusia: Алекса́ндр Серге́евич Пу́шкин, disebut [ɐlʲɪˈksandr sʲɪˈrɡʲejɪvʲɪtɕ ˈpuʂkʲɪn ], 6 Jun [G.L.: 26 Mei] 179910 Februari [G.L.: 29 Januari] 1837) merupakan seorang pengarang Rusia pada zaman Romantisisme[1] yang dianggap oleh banyak orang sebagai penyajak teragung Rusia[2][3][4][5] dan pengasas sastera moden Rusia.[6][7]

Aleksandr Sergeyevich Pushkin
Алекса́ндр Серге́евич Пу́шкин
Potret oleh Vasily Tropinin
Potret oleh Vasily Tropinin
Lahir(1799-06-06)6 Jun 1799
Moscow, Empayar Rusia
Died10 Februari 1837(1837-02-10) (umur 37)
Saint Petersburg, Empayar Rusia
PekerjaanPenyajak, novelis, penulis drama
Tandatangan

Penceburannya dalam bidang sastera semasa berusia 15 tahun, dan sudah pun mendapat pengiktirafan meluas golongan ahli sastera sewaktu beliau menjadi siswazah daripada Tsarskoye Selo Lyceum. Pushkin menulis drama termasyhurnya, drama Boris Godunov sewaktu berada di bawah pengawasan ketat polis politik Tsar, dan tidak mendapat kebenaran menerbitkan karya. Novel berbentuk puisi Yevgeniy Onegin yang terkenal ditulisnya secara bersiri antara tahun 1825 and 1832.

Kematian Pushkin pada umur yang sungguh muda ketika berusia 37 tahun dianggap sebagai malapetaka bagi dunia kesusasteraan Rusia. Sasterawan Negara Malaysia, Usman Awang, menggelar Pushkin sebagai "bintang yang paling cemerlang sinarnya dari satu konstelasi penyair yang gilang gemilang".[8]

Biografi sunting

Awal hidup dan pendedahan awal kepada sastera sunting

Pushkin dilahirkan di Moskwa, ayah Pushkin berasal daripada keturunan salah satu keluarga bangsawan tertua Rusia yang menelusuri sejarahnya kepada Biara Khutyn pada abad ke-12. Datuk ibunya Abram Petrovich Gannibal, seorang putera Afrika yang diculik dan dijadikan hamba ketika masih kecil, namun dia diserahkan sebagai anak buah Maharaja Pyotr Agung dan dibesarkan menjadi seorang panglima tentera dan ahli bangsawan.

Beliau menerbitkan puisi pertamanya pada usia 15 tahun. Setelah beliau lulus kelas pertama dalam Liseum Imperial di Tsarskoe Selo dekat ibu kota empayar, Sankt-Peterburg, beliau mula mendapat perhatian lingkungan sasterawan Rusia yang melihatnya sebagai berbakat luas. Setelah beliau selesai persekolahannya, Pushkin menempatkan dirinya di tengah-tengah budaya pemuda intelektual yang hidup dan kasar di Sankt-Peterburg. Pada 1820 beliau menerbitkan puisi panjangnya yang pertama, Ruslan dan Lyudmila, di tengah-tengah kontroversi tentang isi dan gayanya.

Kemasyhuran dan keterlibatan dalam politik sunting

Pushkin secara perlahan-lahannya mengembangkan komitmennya terhadap pembaruan sosial dan muncul sebagai jurubicara bagi kaum radikal dalam bidang sastera. Hal ini membangkitkan kemarahan pemerintah sehingga beliau dipindahkan dari ibu kota. Beliau mulanya berpergian ke Kishinev pada 1820; di sana beliau tinggal hingga 1823 dan—setelah suatu perjalanan di musim panas ke Kaukasus dan ke daerah Krimea— beliau menulis dua puisi Romantis yang membuat beliau masyhur, Tawanan Kaukasus dan Air Mancur dari Bakhchisaray. Pada 1823, Pushkin dipindahkan ke Odessa.

Beliau pada asalnya dibenarkan mengunjungi Tsar Nikolai I untuk memohon pembebasannya; permohonan pengampunannya berjaya diluluskan. Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian pihak pemberontak dalam Pemberontakan Disember (1825) di St. Petersburg yang telah menyimpan sebahagian puisi-puisi politiknya yang lebih awal di antara surat-surat mereka dan didapati oleh pihak kerajaan Rusia; perkara ini sangat membangkitkan pihak kerajaan sehingga mereka menghukum Pushkin dipembuangan ke daerah perdesaan ibunya di utara Rusia dari 1824 hingga 1826, beliau ditempatkan di bawah pengawasan ketat pihak penapis kerajaan dan tidak diizinkan bepergian atau menerbitkan sesuka hatinya. Beliau telah menulis apa yang kemudian menjadi dramanya yang paling terkenal, Boris Godunov, ketika ini.

Pada 1831, dengan menyoroti perkembangan bakat dan pengaruh Pushkin dan bertemunya dua penulis awal Rusia terbesar, beliau berjumpa dengan Nikolai Gogol. Keduanya menjadi sahabat baik dan saling mendukung; malah Pushkin kemudian sangat dipengaruhi dalam bidang prosa oleh cerita-cerita lucu Gogol. Setelah membaca kumpulan cerita pendek Gogol tahun 1831-1832 Malam-malam di Tanah Pertanian Dekat Dikanka, Pushkin menulis kritikan membina keada Gogol. Apabila majalah terbitannya sendiri Sovremennik muncul pada 1836, Pushkin memuat sejumlah cerita pendek Gogol yang paling terkenal.

Pushkin dan isterinya Natalya Goncharova adakalanya menjadi tetamu tetap di lingkungan istana Tsar Nikolainya. Apabila Baginda Tsar menganugerahi Pushkin gelar kebangsawanan yang paling rendah, penyair itu menjadi marah - beliau merasakan pemberian itu tidak ikhlas semata-mata dan lebih bertujuan bukan sahaja untuk memenangi hati isterinya yang banyak pengagum sehingga dapat diundang menghadiri pesta-pesta dansa diraja istana, tetapi juga untuk merendahkannya.

Perbalahan rumah tangga yang membawa maut sunting

 
Gambaran Pushkin tersungkur dalam perang tanding, lukisan Adrian Volkov t. 1869

Beliau semakin lama semakin banyak berhutang. Pada 1837, ada hebohnya khabar angin bahawa isterinya terlibat dalam suatu hubungan sulit dengan seorang pegawai tentera berkuda Perancis, Georges-Charles de Heeckeren d'Anthès. Rasa syak Pushkin mendorong beliau mencabar d'Anthès berperang tanding di tepi Sungai Chernaya pada 27 Januari (menurut takwim Julius, 10 Februari jika menurut takwim Gregorius yang terkini).

D'Anthès dan Pushkin menembak serentak - tembakan D'Anthès dilepaskan dahulu mengena pinggul Pushkin manakala tembakan Pushkin mengena lengan kanannya; D'Anthès hanya cedera ringan namun Pushkin mengalami kecederaan parah. Pushkin lama-kelamaan meninggal dua hari kemudian jam 2:45 petang akibat sakit peritonitis sampingan kecederaan tersebut.

Kerajaan Rusia khuatir akan adanya rusuhan saat khabar kematian Aleksandr tersebar, maka mayatnya dipindahkan ke tempat yang lebih kecil dan majlis peringatannya terhad dihadiri keluarga dekat dan teman-teman. Mayatnya dibawa senyap-senyap pada tengah malam untuk dikuburkan di tanah milik ibunya.

Gaya penulisan sunting

Para kritik menganggap banyak dari karyanya sebagai adikarya, seperti misalnya puisi Penunggang Kuda Perunggu dan drama Tamu Batu, sebuah cerita tentang jatuhnya Don Juan. Drama puitisnya yang singkat, "Mozart dan Salieri" menjadi ilham bagi filem Amadeus karya Milos Forman. Pushkin sendiri lebih menyukai novel sanjaknya, Yevgeniy Onegin, yang ditulisnya dalam perjalanan hidupnya dan yang, sebagai perintis tradisi novel-novel besar Rusia, mengikuti sedikit tokoh utama namun sangat berbeda dalam nada dan fokusnya. "Onegin" adalah sebuah karya yang demikian kompleks sehingga, meskipun panjangnya hanya sekitar seratus halaman, penerjemahnya, Vladimir Nabokov, membutuhkan bahan empat jilid penuh untuk mengalihkan maknanya sepenuhnya ke dalam bahasa Inggris. Malangnya, dengan melakukan hal itu, Nabokov, seperti halnya semua penerjemah Pushkin ke dalam prosa Inggris, sama sekali menghancurkan daya atau tingkat bacaan (readability) dasariah Pushkin dalam bahasa Rusia, yang membuatnya demikian populer, dan puisi Pushkin umumnya tetap tidak dikenal para pembaca bahasa Inggris.

Pandangan politiknya sangat berkecenderungan liberal serta pengaruhnya terhadap generasi-generasi pemberontak Rusia, Pushkin dengan mudah digambarkan oleh kaum Bolshevik sebagai lawan dari kesasteraan dan budaya borjuis dan pendahulu sastra dan puisi Soviet. Mereka menamai kota Tsarskoe Selo seturut dengan namanya.

Karya-karya Pushkin juga menjadi sumber ilham yang subur bagi para komposer muzik Rusia. Opera adaptasi Ruslan dan Lyudmila karya Mikhail Glinka adalah opera penting pertama yang diilhami oleh karya Pushkin. Opera-opera Tchaikovsky, Yevgeniy Onegin (1879) dan Ratu Daun Sped (1890) tampaknya lebih dikenal di luar Rusia daripada karya-karya Pushkin dengan judul yang sama, sementara opera monumental karya Mussorgsky Boris Godunov (dua versi, 1868-1869 dan 1871-2) merupakan salah satu dari opera-opera Rusia yang paling indah dan orisinal. Opera-opera Rusia lainnya yang didasarkan pada pada Pushkin mencakup karya Dargomyzhsky, Rusalka dan Tamu Batu; karya-karya Rimsky-Korsakov, Mozart and Salieri Kisah tentang Tsar Saltan, dan Ayam Jantan Emas; karya-karya Cui Tawanan dari Kaukasus, Pesta ketika Wabah, dan Anak Gadis Kapten; dan karya Nápravník Dubrovsky. Belum lagi sejumlah balet dan kantata, serta tidak terhitung banyaknya nyanyian yang diciptakan berdasarkan puisi-puisi Pushkin.

Pengaruh terhadap bahasa Rusia sunting

Pushkin dipuji bukan sahaja kerana mengembangkan bahasa Rusia sebagai suatu bahasa yang cukup bersesuaian untuk menyampaikan gaya sastera setinggi-tingginya, malah tetapi juga kerana mengembangkan peristilahan bahasa Rusia - banyak pinjam terjemah yang difikirkan Pushkin bagi mengisi sebarang kekosongan peristilahan yang ada dalam menyampaikan idea-idea baharu. Kosa katanya yang kaya dan gayanya yang sangat peka merupakan dasar bagi sastera moden dalam bahasanya.

Senarai karya sunting

Cerita pendek sunting

  • 1831 – Povesti pokoynogo Ivana Petrovicha Belkina (Повести покойного Ивана Петровича Белкина - "Cerita-cerita Mendiang Ivan Petrovich Belkin"), antologi
  • 1834 – Pikovaya dama (Пиковая дама - "Ratu Daun Sped"), cerpen
  • 1834 – Kirdzhali (Кирджали); Kirdzhali, cerpen
  • 1837 – Istoriya sela Goryuhina (История села Горюхина - "Cerita Kampung Goryukhino") tidak diselesaikan
  • 1837 – Yegipetskie nochi (Египетские ночи - Malam Mesir, tidak diselesaikan

Novel sunting

  • 1828 – Arap Petra Velikogo (Арап Петра Великого - "Orang Negro Peter Agung"), tidak diselesaikan
  • 1836 – Kapitanskaya dochka (Капитанская дочка - "Anak Gadis Kapten")
  • 1836 – Roslavlev (Рославлев - "Roslavlev"), tidak diselesaikan
  • 1841 – Dubrovsky (Дубровский - "Dubrovsky"), tidak diselesaikan

Bukan cereka sunting

Terjemahan ke dalam bahasa Melayu sunting

Di Malaysia
  • Puisi dan Prosa Pilihan. Terjemahan Ramlah Muhammad, Zalila Sharif, Victor Pogadaev. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999, 90 h. (Kepada Chaadayev. Dewi Air. Di Pedesaan. Biara di Gunung Kazbek. Tawanan. Kepada Laut. Gipsi. Lagu Bacchic. Kepada ***. Badai. Petang Musim Dingin. Lorong Musim Dingin. Azimat. Roman Georgia. Gagak Demi Gagak Terbang. Bunga. Pohon Upas. Kuda Muda. Daripada Pushkin. Kupernah Mencintaimu. Ketika Aku Susuri Lorong-Lorong Sibuk. Elegi. Syaitan. Kecantikan. Dari Pindemonte. Mozart dan Salieri. Syair Seoprang Nelayan Dengan Ikan Emas. Puan Muda Menyamar Seperti Gadis Tani).
  • Puisi dan Prosa Pilihan. Penyelenggara Boris Parnickel. Penterjemah Ramlah Muhammad, Zalila Sharif, Alexander Ogloblin, Victor Pogadaev, Tatiana Dorofeeva. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001, 136 h. (Ke Chaadaev. Di Pedesaan. Duyung. Biara di Gunung Kazbek. Tawanan. Kepada Laut. Kepada ***. Lagu Bacchic. Malam Musim Dingin. Azimat. Kepada Puteriku Bersamaku. Pohon Upas. Seekor Gagak Terbang Menuju Gagak Yang Lain. Bunga. Kepada Betina Muda. Di Pergunungan Georgia Terentang Malam. Kupernah Mencintaimu. Sama Ada Aku Susuri Jalan-Jalan Sibuk. Hantu. Elegi. Peduli Apa Namaku Ini. Jelitawan. Dari Pindemonte. Dongeng Seorang Nelayan dan Seekor Ikan. Mozart dan Salieri. Ratu Sped).
  • Sekuntum Bunga. Mawar. Pentingkah Namaku. Gunung-Ganang di Gruziya Diselubungi Gelap. Puan Muda Menyamar Seperti Gadis Tani. Dongeng Seorang Nelayan dan Ikan Emas. - in: Victor Pogadaev. Penyair Agung Rusia Pushkin dan Dunia Timur. Monograph Series. Centre For Civilisational Dialogue. Universiti Malaya. N 6, 2003, p. 24-64.
  • Sekuntum Bunga. Mawar. Pentingkah Namaku. Gunung-Ganang di Gruziya Diselubungi Gelap. Puan Muda Menyamar Seperti Gadis Tani. Dongeng Seorang Nelayan dan Ikan Emas. – in: Mawar Emas. Bunga Rampai Sastera Rusia Penyelenggara dan Penterjemah Victor Pogadaev. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia, 2009, h. 26-54.
Di Indonesia

Rujukan sunting

  1. ^ Basker, Michael. Pushkin and Romanticism. In Ferber, Michael, ed., A Companion to European Romanticism. Oxford: Blackwell, 2005.
  2. ^ Short biography from University of Virginia Diarkibkan 2019-04-01 di Wayback Machine, retrieved on 24 November 2006.
  3. ^ Allan Reid, "Russia's Greatest Poet/Scoundrel", retrieved on 2 September 2006.
  4. ^ "Pushkin fever sweeps Russia". BBC News, 5 June 1999, Retrieved 1 September 2006.
  5. ^ "Biographer wins rich book price". BBC News, 10 June 2003, Retrieved 1 September 2006.
  6. ^ Biography of Pushkin at the Russian Literary Institute "Pushkin House". Retrieved 1 September 2006.
  7. ^ Maxim Gorky, "Pushkin, An Appraisal". Retrieved 1 September 2006.
  8. ^ Pogadaev, Victor (2003). "Penyair Agung Rusia Pushkin dan Dunia Timur". Monograph Series. Centre For Civilisational Dialogue. Universiti Malaya (6): 59.

Bacaan lanjut sunting

Pogadaev, Victor (2009). Mawar Emas. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia. ISBN 978-983-068-350-8. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-28. Dicapai pada 2019-06-11.

Pautan luar sunting