Buka menu utama

Puspa Indah ialah sebuah album 1980 oleh penyanyi Indonesia Chrisye, bekerja dengan kerjasama Guruh Soekarnoputra. Ia merupakan album studionya yang keempat dan ketiga bersama Musica Studios.

Puspa Indah
Album studio oleh Chrisye
Dikeluarkan pada1980
GenrePop
Masa48:00
SyarikatMusica Studios
Kronologi Chrisye
"Percik Pesona"
(1979)
"Puspa Indah"
(1980)
"Pantulan Cita"
(1981)

Isi kandungan

RakamanSunting

Selepas kegagalan Percik Pesona (1979), Chrisye mengambil keputusan untuk menjauhkan dirinya dari bunyi pop tulen yang membuatkan Badai Pasti Berlalu (1977) dan Sabda Alam (1978) berjaya.[1] Selepas tempoh introspeksi dan renungan, beliau mengambil keputusan untuk tetap dengan pop, tetapi memberikan tema romantis dengan pengaruh muzik mudah mendengar.[2]

Guruh Soekarnoputra, penulis lagu - anak kepada Sukarno, mencurahkan keringatnya untuk projek ini; beliau menulis lirik untuk semua lagu kecuali "To My Friends on Legian Beach" dan "Gita Cinta", dan juga melodi kecuai "Interlude - Kenang-Kenangan". Untuk "To My Friends on Legian Beach", penyair Indonesia Sitor Situmorang menulis lirik, sementara Eddy Iskandar menulis lirik untuk "Gita Cinta". Melodi untuk "Interlude - Kenang-Kenangan" telah ditulis oleh Jockie Soerjoprajogo.[2]

Yockie bermain papan kekunci dan harmonika, sementara Chrisye bermain bes dan gitar, samada elektrik dan akustik. Roesma dari Musica Studios berkhidmat sebagai jurutera rakaman semasa sesi rakaman di Jakarta.[3]

Keluaran dan sambutanSunting

Sebelum keluaran album ini, dua singlenya, "Galih dan Ratna" dan "Gita Cinta" telah dipilih untuk dimuatkan dalam filem 1979 Gita Cinta dari SMA.[2] Untuk pasaran, Chrisye mengambil peranan kameo sebagai penyanyi lagu "Galih dan Ratna".[4] Puspa Indah dikeluarkan oleh Musica Studios pada pertengahan 1980, dengan jualan tertinggi.[2]

Kejayaan Puspa Indah meyakinkan Chrisye bahawa sesetengah album perlu disinergikan dengan media lain untuk berjaya.[4] Puspa Indah telah dikeluarkan semula dua kali, sekali sebagai CD pada 2004[5] dan sekali sebagai sebahagian daripada Chrisye Masterpiece Trilogy Limited Edition pada 2007.[6] Pada Disember 2007, Rolling Stone Indonesia memilih Puspa Indah sebagai album Indonesia ke-57 sepanjang zaman.[7]

Senarai runutSunting

No. TajukLirikGubahan Masa
1. "Marlina"  Guruh SoekarnoputraGuruh Soekarnoputra 3:41
2. "Lagu Putih"  Guruh SoekarnoputraGuruh Soekarnoputra 5:30
3. "Kenang-Kenangan"  Guruh SoekarnoputraGuruh Soekarnoputra 4:40
4. "Puspa Indah"  Guruh SoekarnoputraGuruh Soekarnoputra 6:17
5. "Lakon Manusia"  Guruh SoekarnoputraGuruh Soekarnoputra 3:20
6. "Interlude - Kenang-Kenangan"  Guruh SoekarnoputraYockie Suryoprayogo 5:00
7. "Sirna"  Guruh SoekarnoputraGuruh Soekarnoputra 3:44
8. "To My Friends on Legian Beach"  Sitor SitumorangGuruh Soekarnoputra 4:57
9. "Gita Cinta"  Eddy S. IskandarGuruh Soekarnoputra 5:11
10. "Galih dan Ratna"  Guruh SoekarnoputraGuruh Soekarnoputra 5:11
Jumlah masa:
48:00

RujukanSunting

Nota kaki
Bibliografi
  • "150 Album Indonesia Terbaik Sepanjang Masa". Rolling Stone Indonesia. Jakarta (32): 66. December 2007.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  • Puspa Indah. Chrisye. Musica Studios. 1980.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  • "Chrisye Rilis Album Trilogi". IndonesiaSelebriti.com. 9 October 2007. Dicapai 1 January 2012.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  • "Chrisye Rilis Ulang 22 Album Lawas". KotaBNI News. 28 October 2004. Dicapai 1 January 2012.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  • Endah, Alberthiene (2007). Chrisye: Sebuah Memoar Musikal. Jakarta: Gramedia Pustaka Utama. ISBN 978-979-22-2606-5.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)