Putera Wales
Putera Wales (bahasa Inggeris: Prince of Wales) merupakan gelaran yang diberikan kepada pewaris takhta (heir apparent) United Kingdom. Oleh itu, penyandang jawatan ini biasanya merupakan putera sulung Raja atau Ratu Britain. Wales merupakan satu daripada empat negara konstituen United Kingdom.
KelayakanSunting
Gelaran Puteri Wales tidak diberikan kepada pewaris takhta perempuan (yang bakal menjadi Ratu). Ini kerana perempuan boleh digantikan jika bondanya (iaitu Ratu pada masa itu) melahirkan seorang putera lelaki.
SejarahSunting
Selepas era Empayar Rom, Wales dibahagikan kepada beberapa daerah. Kerajaan England telah menakluki Wales pada 1066. Pada abad ke-12 dan ke-13, gelaran "Putera Wales" (bahasa Latin: Princeps Wallie, bahasa Wales: Tywysog Cymru) digunakan oleh pemerintah kawasan Wales yang diiktiraf oleh Raja England. Terdapat empat Putera Wales yang merupakan pemerintah Wales, iaitu:
- Llywelyn Agung (Llywelyn the Great)
- Dafydd ap Llywelyn
- Llywelyn Terakhir (Llywelyn the Last)
- Owain Glyndŵr
Pada 1301, Edward I dari England telah memberikan gelaran "Putera Wales" kepada pewaris beliau, Putera Edward (yang menaiki takhta sebagai Edward II dari England). Sejak itu, gelaran "Putera Wales" telah diberikan kepada putera sulung Raja atau Ratu England, Great Britain dan akhirnya United Kingdom.
Senarai Putera WalesSunting
Pemerintah WalesSunting
Gambar | Nama | Waris | Lahir | Menjadi Putera Wales | Berhenti menjadi Putera Wales | Mangkat | Gelaran lain | Nama sebagai Raja | Isteri |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Llywelyn ab Iorwerth | N/A bapa beliau adalah Iorwerth ab Owain Gwynedd |
c.1173 | 1218 | 11 April 1240 | Putera Gwynedd, Putera Powys Selatan |
N/A | Joan | ||
Fail:Arms Llywelyn.gif | Dafydd ap Llywelyn | N/A bapa beliau adalah Llywelyn ab Iorwerth |
c. 1208 | 11 April 1240 | 25 Februari 1246 | Putera Gwynedd, Putera Powys Selatan |
N/A | Isabella de Braose | |
Fail:Arms Llywelyn.gif | Llywelyn ap Gruffydd | N/A bapa beliau adalah Gruffydd ap Llywelyn |
c.1223 | 25 Februari 1246 | 11 Disember 1282 mati dalam perang, England menawan Wales |
Putera Gwynedd | N/A | Eleanor de Montfort |
Pewaris Takhta EnglandSunting
Gambar | Nama | Waris | Lahir | Menjadi Putera Wales | Berhenti menjadi Putera Wales | Mangkat | Gelaran lain | Nama sebagai Raja | Isteri |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Edward dari Caernarfon | Edward I | 25 April 1284 | 7 Februari 1301 | 7 Julai 1307 Menaiki takhta Inggeris |
21 September 1327 | Count Ponthieu, Earl Chester | Edward II | – | |
Edward dari Woodstock, si Putera Hitam | Edward III | 15 Jun 1330 | 12 Mei 1343[1] | 8 Jun 1376 | Earl Chester, Duke Cornwall | – | Joan dari Kent | ||
Richard dari Bordeaux | Edward III | 6 Januari 1367 | 20 November 1376[1] | 22 Jun 1377 menjadi raja |
14 Februari 1400 | Duke Cornwall, Earl Chester | Richard II | – | |
Henry dari Monmouth | Henry IV | 16 September 1387 | 15 Oktober 1399[1] | 21 Mac 1413 menjadi raja |
31 Ogos 1422 | Duke Lancaster, Duke Cornwall, Earl Chester | Henry V | – |
Owain GlyndŵrSunting
Gambar | Nama | Waris | Lahir | Menjadi Putera Wales | Berhenti menjadi Putera Wales | Mangkat | Gelaran lain | Nama sebagai Raja | Isteri |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Owain Glyndŵr | N/A | 1359 | September 16 1400 | c.1415 conquest |
c.1416 | Tywysog of Powys Fadog, Lord of Glyndyfrdwy and Lord of Cynllaith Owain | N/A | Margaret Hanmer |