Puteri Alice, Duchess Gloucester

Puteri Alice, Duchess Gloucester, GCB, CI, GCVO, GBE (Alice Christabel; née Montagu Douglas Scott; 25 December 1901 – 29 October 2004) merupakan suri kepada Putera Henry, Duke Gloucester, putera ketiga kepada Raja George V dan Permaisuri Mary. Baginda merupakan bonda kepada Putera William dari Gloucester dan Putera Richard, Duke Gloucester.

Puteri Alice
Duchess Gloucester (lagi)
Duchess pada tahun 1945
KeputeraanAlice Christabel Montagu Douglas Scott
(1901-12-25)25 Disember 1901
Montagu House, London, England
Kemangkatan29 Oktober 2004(2004-10-29) (umur 102)
Istana Kensington, London, England
Pemakaman5 November 2004
Frogmore, Windsor, Berkshire, England
PasanganPutera Henry, Duke Gloucester (k. 1935; m. 1974)
Anakanda
AyahandaJohn Montagu Douglas Scott, Duke ke-7 Buccleuch
BondaLady Margaret Bridgeman
Kerjaya ketenteraan
Kesetiaan United Kingdom
PerkhidmatanBendera Tentera Udara Diraja Tentera Udara Diraja
Tahun perkhidmatan1939–2004
PangkatKetua Marsyal Udara
UnitTentera Udara Tambahan Wanita
Tentera Udara Diraja Wanita
ArahanTentera Udara Tambahan Wanita
PertempuranPerang Dunia Kedua
Duchess Gloucester dan suaminya pada setem Australia 1945.

Diputerakan sebagai puteri kepada Duke ke-7 Buccleuch, pemilik tanah terbesar Scotland, baginda melalui perkahwinan menjadi seorang puteri United Kingdom, dan adinda ipar kepada Raja Edward VIII dan Raja George VI. Baginda kemudian melalui perkahwinan bonda saudara kepada Ratu Elizabeth II.

Kakanda baginda Walter dan William dan putera saudara baginda John kesemuanya MP Parti Konservatif. Sepupu baginda, Marian Montagu Douglas Scott, merupakan nenda sebelah ayahanda kepada Sarah, Duchess York, bekas suri kepada cucunda saudara Alice, Putera Andrew, Duke York.

Puteri Alice banyak mengembara, sebelum dan selepas perkahwinan baginda.[1]

Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang sunting

 
Cogan Puteri Alice, Duchess Gloucester

Terasul dan gelaran sunting

  • 25 Disember 1901 – 5 November 1935: Lady Alice Montagu Douglas Scott
  • 6 November 1935 – 10 Jun 1974: Yang Teramat Mulia (Her Royal Highness) Duchess Gloucester
  • 10 Jun 1974 – 29 Oktober 2004: Yang Teramat Mulia (Her Royal Highness) Puteri Alice, Duchess Gloucester

Sebelum kemangkatan baginda, gelaran penuh Puteri Alice ialah Her Royal Highness Princess Alice Christabel, Duchess of Gloucester, Countess of Ulster and Baroness Culloden, Dame Grand Cross of the Most Honourable Order of the Bath, Companion of the Imperial Order of the Crown of India, Dame Grand Cross of the Royal Victorian Order, Dame Grand Cross of the Most Excellent Order of the British Empire, Dame Grand Cross of the Order of St. John of Jerusalem. Dalam tempoh pemegangan gelaran baginda di Australia, gelarannya tidak diubah, dan baginda terus menggelarkan dirinya sebagai "HRH The Duchess of Gloucester".

Pada 10 Jun 1974, Putera Henry mangkat, dan diganti oleh Duke Gloucester oleh putera kedua mereka, Putera Richard (putera sulung pasangan, Putera William, mangkat dalam rempuhan kapal terbang pada tahun 1972). Sebagai seorang balu, baginda mohon perkenan paduka puteri saudara baginda, Ratu, untuk mengguna terasul dan gelaran HRH Princess Alice, Duchess of Gloucester selai daripada menggunakan HRH The Dowager Duchess of Gloucester. Ratu berkenan membenarkan bonda saudara baginda untuk mengguna pakai gelaran ini, sebahagian untuk mengelakkan kekeliruan dengan menantu baginda, Duchess Gloucester yang baru (dahulu Birgitte Eva van Deurs).[2] Baginda dikurniakan gelaran itu yang beri hampir kesamaan dengan mendiang adinda ipar baginda, Puteri Marina, Duchess Kent, berikutan perkahwinan putera sulung baginda pada bulan Jun 1961 — Puteri Marina merupakan puteri Greece dan Denmark sejak diputerakan, gelaran yang tidak hilang jikalau berkahwin. Baginda tidak diputerakan atau diciptakan sebagai seorang puteri oleh surat paten, genting kepada anugerah gelaran kemurahan hati dalam kebajikan baginda dan berkahwin dengan seorang putera yang merupakan putera kepada seseorang raja (Lihat: puteri British).

Kurniaan sunting

Kurniaan British

Kurniaan asing

Keturunan sunting

Sumber sunting

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan charities&patronages tidak disediakan
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan marriage&family tidak disediakan
  3. ^ "No. 34356". The London Gazette. 1 Januari 1937. m/s. 2.
  4. ^ "No. 34406". The London Gazette (Supplement). 8 Jun 1937. m/s. 3729.
  5. ^ "No. 34396". The London Gazette. 11 Mei 1937. m/s. 3074.
  6. ^ "Princess Alice, Duchess of Gloucester – Honours and appointments". The British Monarchy. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Februari 2009. Dicapai pada 18 Mei 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  7. ^ "No. 46540". The London Gazette. 11 April 1975. m/s. 4689.

Pautan luar sunting

Terbitan sunting

  • Princess Alice, Duchess of Gloucester, The Memoirs of Princess Alice, Duchess of Gloucester (London: Collins, 1983), ISBN 0-00-216646-1.
  • Princess Alice, Duchess of Gloucester, Memories of Ninety Years (London: Collins & Brown Ltd, 1991), ISBN 1-85585-048-6.

Bibliografi sunting

Templat:British princesses by marriage