Puteri Aurora Beradu

Puteri Aurora Beradu ialah sebuah siri drama televisyen fantasi Malaysia 2009 dibintangi oleh Iqram Dinzly dan Memey Suhaiza. Siri ini memulakan tayangan perdana di slot Lagenda TV3 dari 21 Julai 2009 hingga 24 Ogos 2009 menggantikan E-Toyol.com.[1][2]

Puteri Aurora Beradu
Genre
Ditulis olehMufid Suhaimi
PengarahFairuz Loy
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifAhmad Puad Onah
PenerbitJalena Rejab
Tempoh siaran39–40 minit
Syarikat penerbitan
Grand Brilliance
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal21 Julai 2009 – 24 Ogos 2009

SinopsisSunting

Mengisahkan seorang gadis, Puteri Aurora yang hidup dalam persembunyian. Dia yang dikejarkan ke hospital akibat kemalangan kemudiannya koma. Kisah kembali membawa teknik imbas kembali tentang ibu bapanya mnerusi penceritaan tiga orang pengasuhnya iaitu Che Nora, Che Am dan Imah.

Ibunya, Aisyah dikatakan telah berkahwin dengan bapanya Imran, rakan kongsi kepada Sofea, yang turut digambarkan sebagai seorang kaki perempuan. Sofea telah menaruh perasaan terhadap Imran. Tetapi kemudiannya telah bersumpah untuk menghancurkan keluarga Imran apabila mendapat tahu Imran bakal berkahwin dengan Aisyah.

Kelahiran Puteri Aurora, Imran dan Aisyah beriktikad untuk menyembunyikan Puteri dari penganiayaan Sofea. Puteri Aurora kemudiannya membesar bersama tiga orang pengasuh yang memiliki kelebihan dan kekuatan tersendiri. Namun, Sofea kemudiannya mendapat tahu tentang Puteri Aurora dan dendamnya semakin membara lantaran berasa tertipu.

Sementara itu, Hakimi, seorang anak ahli perniagaan telah jatuh cinta terhadap Puteri Aurora biar pun mereka tidak pernah bertegur sapa. Namun untuk memiliki Puteri Aurora, bermakna Hakimi perlu berdepan dan menentang kezaliman Sofea terhadap kekasihnya.

RujukanSunting

  1. ^ Budiey (14 Julai 2009). Drama Puteri Aurora Beradu Sensasi Selebriti. Dicapai pada 27 Ogos 2009.
  2. ^ Puteri Aurora Beradu Metro Ahad. 19 Julai 2009. Dicapai pada 27 Ogos 2009.