Puteri Dayang Sari

Putri Dayang Sari iaitu seorang puteri dari kayangan untuk bermain dan bermandi manda di sebuah tasik. Pada satu hari, seorang putera raja iaitu Putera Teja telah terserempak dengan Putri Dayang Sari yang ketika itu sedang bermain dan mandi di tasik tersebut. Putera Teja terpegun dengan kecantikan yang dimiliki oleh puteri kayangan ini dan putera raja terus jatuh cinta dengan puteri tersebut. Putera Teja cuba untuk memikat Putri Dayang Sari dengan puisi serta lagu-lagu yang indah lagi merdu namun tidak berhasil. Oleh kerana usahanya tidak berjaya, beliau telah berjumpa dengan cerdik pandai untuk mendapatkan nasihat memenangi hati puteri tersebut. Beliau telah di suruh untuk membasuh mukanya dengan airmata puteri dayang. Apabila beliau berbuat demikian Putri Dayang Sari telah jatuh cinta dengan Putera Teja. Selepas berkahwin, Putri Dayang Sari telah mengandung dan bayi yang dikandungnya itu telah mati ketika dilahirkan dan beliau merasakan perkahwinannya merupakan satu tipu helah. Selepas mengkebumikan jenazah bayinya didalam tasik, Putri Dayang Sari yang mempunyai penawar kemandulan telah kembali ke kayangan dan  tidak kembali lagi.