Puteri Gunung Ledang

Puteri Gunung Ledang ialah nama seorang puteri legenda yang dikatakan menetap di Gunung Ledang, yang terletak di Daerah Tangkak, Johor, Malaysia.

PengkisahanSunting

Kisah Puteri Gunung Ledang termaktub dalam dua buku lama, iaitu "Hikayat Hang Tuah" dan "Sulalatus Salatin".

Hikayat Hang TuahSunting

Berdasarkan Hikayat Hang Tuah ada disebut mengenai Puteri Gunung Ledang yang merupakan anak kepada Sultan Melaka.

Melalui bab ke-25 hikayat itu, Sultan Melaka pernah menyebut mahu mengutuskan Laksamananya ke Rom untuk membeli meriam bedil bagi digunakan untuk pertahanan Negeri Melaka. Sultan memanggil mengadap beberapa orang besarnya untuk bertanya mengenai hasrat tersebut. Baginda bertitah: “Hai adinda dan laksamana, apa bicara kita kerana kita hendak mengutus ke benua Rom hendak membeli bedil meriam itu kerana anak kita yang laki-laki itu sudah masing-masing habis dengan negerinya. Di Melaka ini kita hendak rajakan anak kita yang perempuan, Puteri Gunung Ledang itu akan gantikan kita kerana kita sudah tualah. Kita hendak bersetia berbuat amal besar-besaran. Pada bicara kita, kita hendak kotai (kotakan) dengan bedilan Negeri Melaka kerana anak kita perempuan[1].

Sejarah Melayu / Sulalatus SalatinSunting

Dalam Sejarah Melayu, Puteri Gunung Ledang dikatakan amat cantik hingga diingini oleh Sultan Mahmud Shah dari Kesultanan Melaka. Sultan telah mengarahkan dua orang pendekar iaitu Laksamana Hang Tuah dan Tun Mamat ke Gunung Ledang untuk urusan peminangan. Atas faktor usia yang terlalu tua, Hang Tuah tidak dapat meneruskan perjalanan. Rombongan peminangan diteruskan oleh Tun Mamat. Peminangan Sultan telah diterima dengan mengemukakan beberapa syarat, iaitu:

  • Sebuah jambatan emas dari Gunung Ledang ke Melaka.
  • Sebuah jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang.
  • 7 dulang yang diisi hati nyamuk.
  • 7 dulang yang diisi hati hama.
  • 7 tempayan yang dipenuhi air mata anak dara.
  • 7 tempayan air pinang muda; dan
  • Semangkuk darah Raja Muda Melaka

Peminangan itu akhirnya gagal dan Sultan telah mengubah niatnya untuk memperisterikan puteri[2].

Dalam budaya masyhurSunting

Adaptasi ke teater dan filemSunting

Beberapa adaptasi dari kisah puteri ini telah dibuat, semuanya berdasarkan topik yang sama tetapi masing-masing mempunyai kaedah interpretasi tersendiri.

FilemSunting

Puteri Gunung Ledang menjadi salah satu watak dalam filem muzikal fantasi Malaysia, Magika terbitan KRU. Watak tersebut dibintangi oleh Ning Baizura[5].

RujukanSunting

  1. ^ "Tidak bercinta dengan Hang Tuah". Utusan Malaysia. 7 Mei 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Oktober 2018. Dicapai pada 25 Januari 2022.
  2. ^ Adam Ahmat (2016). Sulalat us Salatin. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan.
  3. ^ "Meme Hang Tuah, Puteri Gunung Ledang hiburkan Tiara Jacquelina". Kosmo. 20 November 2020. Dicapai pada 25 Januari 2022.
  4. ^ FERIDE HIKMET ATAK (28 Februari 2011). "Stephen Rahman Pernah Hampa Dengan KRU". mStar. Dicapai pada 25 Januari 2022.
  5. ^ "Ning Baizura Jadi Puteri Gunung Ledang Dalam Filem MAGIKA". Budiey. 4 Februari 2009. Dicapai pada 25 Januari 2022.