Puteri Gunung Ledang (filem 2004)

(Dilencongkan dari Puteri Gunung Ledang (filem))

Puteri Gunung Ledang (disingkat sebagai PGL; juga dikenali sebagai Princess of Mount Ledang untuk pasaran antarabangsa) merupakan sebuah filem sejarah epik Malaysia 2004 arahan Saw Teong Hin, yang menulis skrip bersama Mamat Khalid.[2][3][4][5] Filem ini berdasarkan daripada cerita lagenda Melayu, Puteri Gunung Ledang, yang dikatakan tinggal di atas Gunung Ledang, dan usaha seorang sultan Melaka untuk meminangnya. Dibintangi oleh M. Nasir dan Tiara Jacquelina sebagai watak utama, ia mengisahkan tentang Empayar Majapahit yang dilanda kegawatan setelah diserang oleh Putera Demak dari Jawa. Mengelak dari kejadian menjadi bertambah buruk, raja Majapahit, Gusti Adipati Handaya Ningrat menawarkan Demak berkahwin dengan adiknya, Gusti Putri Retno Dumilah.[6][7] Ia dibintangi bersama oleh Adlin Aman Ramlie, Rahim Razali, Sofia Jane, Khir Rahman, Sabri Yunus dan Melissa Saila serta pelakon-pelakon dari Indonesia, Alex Komang, Christine Hakim dan Slamet Rahardjo.[8][9]

Puteri Gunung Ledang
Puteri Gunung Ledang.jpg
Poster promosi
PengarahSaw Teong Hin
Penulis
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiJason Kwan
Disunting olehKate James
Muzik oleh
  • M. Nasir
  • Tan Yan Wei
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehRossellini & Associates
Tarikh tayangan
  • 31 Ogos 2004 (2004-08-31) (Malaysia)
[1]
Durasi tayangan
145 minit
NegaraMalaysia
Bahasa
BajetRM 20 juta
Pecah panggungRM 2.90 juta

Idea untuk filem ini hadir apabila Mamat Khalid mengutarakan hasratnya untuk adaptasikan kisah percintaan Puteri Gunung Ledang dan Hang Tuah untuk sebuah siri televisyen, yang pada mulanya ditolak oleh Tiara Jacquelina sebelum dibangunkan sebagai filem cereka.[10] Enfiniti Productions, syarikat penerbitan yang diasaskan oleh Tiara, menerbitkan filem ini dengan kos pembikinan sebanyak RM16 juta,[9] menjadikannya filem Malaysia berbelanjawan besar yang pertama pernah diterbitkan.[11][12][13] Penggambaran dijalankan selama 94 hari bermula Januari sehingga Oktober 2003 di 6 negeri di Malaysia.

Puteri Gunung Ledang ditayangkan di pawagam pada 31 Ogos 2004 bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-47[14][15] dan menerima pelbagai ulasan positif daripada pengkritik filem dan telah memperoleh kutipan pecah panggung kasar sebanyak RM2.90 juta. Ia telah memenangi 5 daripada 10 pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-18 dan menjadi filem Malaysia pertama yang dihantar oleh kerajaan Malaysia untuk menyertai Anugerah Akademi ke-77 bagi kategori Filem Bahasa Asing Terbaik.[16] Ekoran daripada kejayaan filem ini, sebuah pementasan teater muzikal yang sama jalan ceritanya, telah diterbitkan dan dipentaskan pada 2006, diikuti oleh konsert muzikalnya yang diadakan pada 2015.

SinopsisSunting

Empayar Majapahit dilanda gawat setelah diserang oleh Putera Demak dari Jawa. Mengelak dari kejadian menjadi bertambah buruk, raja Majapahit, Gusti Adipati Handaya Ningrat menawarkan Demak berkahwin dengan adiknya, Gusti Putri Retno Dumilah. Tanpa pengetahuannya, Gusti Putri telah melarikan diri dengan berlayar ke Gunung Ledang untuk bersama cinta hatinya Hang Tuah.

Maka, versi filem memaparkan yang Puteri Gunung Ledang sebenarnya puteri Gusti Putri Raden Adjeng Retno Dumilah dari Majapahit yang merajuk dan membawa diri ke Gunung Ledang. Beliau sebenarnya menunggu masa untuk bertemu dengan Hang Tuah yang pernah ke Majapahit.

Walau bagaimanapun, halangan berlaku di antara Puteri Gunung Ledang dan Hang Tuah apabila abang Gusti Putri, Gusti Adipati terpaksa mengahwinkan Gusti Putri dengan Sultan Melaka, Sultan Mahmud pula. Utusan peminangan diutus dan diketuai oleh Hang Tuah sendiri. Akhirnya, setelah pelbagai cabaran, Gusti Putri terpaksa menurut permintaan Hang Tuah yang taat pada Sultan, tetapi dengan 7 syarat. Perutusan pulang ke istana Melaka tanpa Hang Tuah yang kecewa atas kegagalannya. Sultan Mahmud murka dengan kedegilan Gusti Putri dan sanggup menerima cabaran ketujuh-tujuh syarat walaupun bakal meragut nyawa anaknya sendiri.

Tersebut adalah petikan dari filem menyebut akan tujuh syarat peminangan Gusti Putri terhadap Sultan Mahmud (yang diterjemahkan dari bertulis Sanskrit) yang terpampang di hadapan sidang isi istana:

  • "Pertama, air mata dara yang tidak berdarah, tujuh tempayan banyaknya..."
  • "Kedua, pinang, bukannya kahwin kerana tidak tua, merah darahnya, tujuh tempayan banyaknya..."
  • "Ketiga, merangkak bebas di daratan, darah juga kehendaknya, sifatnya, tujuh dulang banyaknya..."
  • "Keempat, terbang bebas di udara, darah juga kehendaknya, sifatnya, tujuh dulang banyaknya..."
  • "Kelima, darah putih rakyat untuk menambat darah kuning raja dari tapak ke takhta..."
  • "Keenam, darah merah rakyat untuk menambat darah kuning raja dari tapak ke takhta..."
  • "Ketujuh, darah Siguntang tetap mengalir, badan bersilih menanti, sebatil..."

Melalui petikan tersebut, didapati permintaannya berunsurkan 'darah' yang menguatkan dan menegaskan lagi bahawa jawapan bagi peminangan itu adalah satu penolakan. Sultan Melaka tetap ingin menikahi Puteri Gusti Putri dan hampir mengelar anakandanya sendiri, tetapi dihalang oleh ketibaan Gusti Putri di Istana Melaka. Beliau tidak akan mengahwini Sultan dan nekad untuk bertetap di Gunung Ledang. Sultan memperkenakan permintaannya itu dengan syarat tidak ada sesiapapun dibenarkan melihat Gusti Putri sesudah waktu Subuh. Mereka disumpah mati bermuntahkan darah jika berbuat demikian.

Datuk Bendahara menemui Tuah yang berada dalam keadaan lemah. Dia membenarkan Tuah lari ke dalam hutan untuk mencari Gusti Putri. Tuah tidak sempat tiba sebelum Subuh, tetapi Gusti dapat melihatnya. Mereka mengucapkan deklarasi cinta sesama sendiri meskipun tidak dapat bertemu.

PelakonSunting

M. Nasir sebagai Hang Tuah
Tiara Jacquelina sebagai Gusti Putri Raden Ajeng Retno Dumilah

PenerbitanSunting

PembangunanSunting

Pada tahun 1998, Mamat Khalid bernada idea asal untuk mewujudkan sebuah kisah cinta antara Puteri Gunung Ledang dan pahlawan legenda Hang Tuah untuk siri televisyen purbawara bertajuk Hikayat,[25] sambil berkata: "Pada mulanya, saya bercadang menjadikannya projek kecil-kecilan untuk stesen televisyen ntv7 dalam bentuk bersiri. Saya cuba memecahkan projek itu kepada 20 episod yang bukan saja dimuatkan dengan cerita hikayat Melayu lama PGL, malah sarat dengan hikayat lain seperti Badang Pahlawan Gagah dan sebagainya".[26] Apabila Tiara Jacquelina mengetahui hal itu, beliau menghalang Mamat daripada meneruskan projek itu, menegaskan bahawa cerita itu disifatkan "terlalu baik" untuk televisyen.[10][27] Ia akhirnya dikembangkan menjadi projek filem untuk keluaran tayangan pawagam.[28][29]

Majlis pelancaran filem ini diadakan di kediaman Tiara di Kota Kemuning, Shah Alam pada pertengahan Disember 2002 dan ia turut dihadiri oleh Rahim Razali.[30] Filem ini ialah penerbitan sulung Enfiniti Productions,[31][32] syarikat penerbitan yang diasaskan oleh Tiara pada 2002 dan filem sulung arahan Saw Teong Hin,[33][34][35] pengarah kelahiran Pulau Pinang, yang berpengalaman mengarahkan iklan TV.[27][9][36] Beliau turut berkhidmat sebagai penulis skrip bersama Mamat. Ditanya mengenai pemilihan Teong Hin sebagai pengarah, Tiara berkata:

“Saya dan Mamat Khalid mempunyai senarai pengarah dan kami telah melihat hasil kerja mereka semua. Teong Hin tidak mempunyai filemnya sendiri tetapi saya mengenali beliau sejak kami sama-sama bekerja dalam bidang pengiklanan,".[37]

Tiara menggalas tanggungjawab sebagai penerbit bersama Shazalli Ramly yang ketika itu memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi ntv7.[38][39][40] Enfiniti Productions pada mulanya memperuntukkan sekitar RM6 atau 7 juta untuk kos pembikinan filem ini,[41][42] namun ia meningkat kepada RM15 juta,[42][43][44][45] termasuk kos promosinya diperuntukkan sebanyak RM4.5 juta. Ini menjadikan PGL sebagai filem yang menelan belanja tertinggi dalam sejarah penerbitan filem di Malaysia[46][11] dan disifatkan sebagai sebuah "projek nasional".[47][48]

Pra-penerbitan dan penggambaranSunting

M. Nasir memegang watak sebagai Hang Tuah, manakala Tiara memegang watak Puteri Gunung Ledang.[49] Nasir berkata mengenai wataknya: "Memang ada timbul masalah dalam memahami watak, tetapi rujukan saya adalah pada skrip dan lakon layar filem ini sendiri. Banyak orang kata Hang Tuah perangainya begitu, begini tetapi tidak ada sesuatu yang tetap. Jadi saya kena lakonkan Hang Tuah ikut skrip yang telah diberikan dan sebagai pelakon, saya perlu percaya kepada lakon layar. Dalam soal ini saya rasa tidak jadi masalah sebab P. Ramlee pun jadi Hang Tuah yang wataknya telah digarap oleh pengarah India,".[50] Untuk filem ini, Nasir melakukan sendiri aksi lagak ngerinya.[51] Tiara pula mengakui bukan mudah untuk beliau mempersiapkan dirinya sebagai Puteri Gunung Ledang,[52] namun beliau yakin semangat dan jiwa puteri Majapahit itu dalam dirinya. Ujar beliau: "Saya sudah jadi puteri Jawa, bukan Tiara lagi. Hampir dua tahun saya membawa karakter itu, walaupun di luar waktu penggambaran, hanya kerana mahu benar-benar menghayati watak sebagai puteri,".[50] Tiara telah melawat Istana Mangkunegaran di Solo, Jawa untuk melakukan penyelidikan lanjut sebagai persediaan beliau bagi peranan 'puteri'.[27] Watak Sultan Mahmud Shah pada mulanya ditawarkan kepada Rosyam Nor, bagaimanapun Rosyam menolak tawaran itu kerana ingin memberi komitmennya terhadap filem Berlari Ke Langit arahan Bade Hj. Azmi yang ketika itu sedang menjalani penggambaran.[53][54] Tempat beliau digantikan oleh Adlin Aman Ramlie.[55] Watak Tun Mamat dalam filem ini pada mulanya untuk diberikan kepada Azri Iskandar, namun Azri menolak dan watak itu diberikan kepada Khir Rahman. 3 pelakon Indonesia — Alex Komang, Slamet Rahardjo dan Christine Hakim telah dipelawa untuk melakonkan watak masing-masing.[9][37]

Hasnizar Ithnin berkhidmat sebagai penata seni filem ini.[31] Untuk memastikan gambaran yang tulen dan tepat bagi struktur abad ke-15, Hasnizar menghabiskan tempoh dua bulan meneliti seni bina dengan membaca buku dan melawat muzium.[42] Eddie Kong, yang berpengalaman selama 10 tahun sebagai pelagak ngeri, melakonkan babak lagak ngeri apabila badannya dibakar oleh seorang tentera berkuda. Sebagai langkah keselamatan, Kong menyapukan gel hidro bagi mengelakkannya daripada tercedera. Namun bahagian pinggang Kong mengalami sedikit lecur kerana api terlalu marak menyambar minyak petrol dan kain guni yang membaluti bahagian bawah tubuhnya.[56] Tenaga kerja lain termasuk Ariffin Yeop Mahidin yang berkhidmat sebagai guru silat,[56] Pat Ibrahim sebagai pengarah uji bakat,[57] Mahyuddin Sidik sebagai pereka busana[58][59] dan Krishen Jit sebagai jurulatih lakonan. Enfiniti Productions telah mencipta semula pakaian asli untuk tiga budaya pada masa itu - Melaka, Majapahit dan Demak yang mana ia memerlukan penyelidikan dan kreativiti yang meluas.[42] Seramai 500 pelakon tambahan telah diambil di mana pakaian, makanan dan elaun disediakan kepada mereka. 100 ekor kuda dan penunggang, 50 kanak-kanak, 30 lembu, 50 kambing dan 50 ekor ayam dan sebuah zoo juga diperlukan untuk adegan perang.[56][42] Teknologi perantaraan digital (DI) juga digunakan yang mana salinan filem ini dipindahkan ke dalam data komputer untuk menjalani proses pembetulan warna dan kesan visual, menjadikan Puteri Gunung Ledang sebagai filem Asia Tenggara pertama yang menggunakan teknologi DI,[42] manakala kesan khasnya mengambil masa selama berbulan-bulan.[27]

Penggambaran dijalankan selama 94 hari bermula dari 22 Januari sehingga 8 Oktober 2003 di pelbagai lokasi di 6 negeri di Semenanjung Malaysia. Antaranya ialah Tasik Kenyir, Pulau Perhentian (Terengganu); Gunung Jasar, Gunung Brinchang, Cameron Highlands (Pahang); Pulau Indah, Stadium Melawati, Shah Alam (Selangor); Ayer Itam, Sungai Kesang, Muar, Parit Sulong, Batu Pahat, Gunung Ledang (Johor); Lata Kinjang (Perak) dan Port Dickson (Negeri Sembilan).[42][60] Pembikinan filem ini juga terganggu oleh faktor cuaca[27] dan pernah dihentikan sementara kerana dikatakan menyimpang jauh dari matlamat asal pembikinannya sebelum penggambaran diteruskan.[61] Untuk persediaan bagi gambaran panjang Gunung Ledang, kru penerbitan "mengeluarkan" menara komunikasi masa kini.[27] Jabatan Perhutanan Pahang pada mulanya enggan memberi kebenaran kepada pasukan penerbitan untuk menjalani penggambaran di Hutan Simpan Batu Gangan,[62][63] bagaimanapun penggambaran diteruskan selepas mendapat kebenaran lisan daripada Pegawai Daerah Cameron Highlands.[64] Proses pasca-penerbitannya dilakukan di Sydney, Australia.[65]

MuzikSunting

M. Nasir dan Tan Yan Wei menggalas tanggungjawab mengendalikan muzik. Nasir mengambil masa sebulan untuk menyiapkan dan menggubah muzik untuk Puteri Gunung Ledang. Jurutera muzik, Tan Yan Wei mengendalikan kerja rakaman selepas cuba mendapatkan skor terbaik selama dua bulan.[66][67]

Tiara Jacquelina menyumbangkan suaranya untuk lagu tema filem ini yang bertajuk "Asmaradana", diterbitkan oleh Edry Abdul Halim;[68] manakala Nasir berduet bersama Siti Nurhaliza menyanyikan lagu "Bagaikan Sakti".[69] Lagu ini menandakan kerjasama sulung Nasir dan Siti. Muzik lagu ini diambil daripada inti pati muzik Melayu dan Jawa yang mana hanya melodinya sahaja digunakan sebagai lagu latar. Menurut Nasir: "Lagu yang saya buat ini ini saya nyanyikan dengan Siti, elemen yang saya ambil daripada muzik Melayu dan Jawa dengan pertimbangannya dalam irama pop,".[69] "Bagaikan Sakti" dimuatkan dalam album khas untuk promosi PGL dan ia dipasarkan serentak dengan tayangan perdana rasmi filem.[69]

Gaya dan temaSunting

Puteri Gunung Ledang ditetapkan semasa pemerintahan Sultan Mahmud. Pada masa ini, Hang Tuah ialah seorang lelaki tua pada akhir kerjayanya, kerana dia telah mula perkhidmatan kebesarannya pada masa pemerintahan Sultan Mansur, yang merupakan datuk Sultan Mahmud. Filem ini mengubah ini dengan membuat Hang Tuah masih seorang lelaki yang mampu dari segi fizikal.[70]

Perubahan yang paling ketara kepada filem itu ialah legenda asal tidak menampilkan sebarang hubungan romantis antara Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang.[70] Dalam beberapa versi kisah, Hang Tuah tidak sampai ke kawasan puncak Gunung Ledang, kerana dia sudah bermasalah dalam kesihatan. Orang yang berjaya ke puncak dan membentangkan cadangan itu pada kedudukan Hang Tuah adalah seorang pahlawan muda yang bernama Tun Mamat. Puteri juga tidak tertakluk kepada sebarang kutukan daripada Sultan, kerana dia adalah orang yang menolak beliau, tidak bulat cara lain seperti yang digambarkan dalam filem itu. Agak perubahan kecil adalah bahawa Puteri adalah seorang puteri manusia Majapahit dengan kebolehan luar biasa, manakala di dalam legenda dia bukan dari dunia ini.[70]

Dr. Wan Zawawi Ibrahim, profesor di Institut Melayu dan Tamadun, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), memberi pandangan untuk sebuah filem boleh berdiri setanding dengan filem epik terbaik Thailand, yang mendapat pengiktirafan, The Legend of Suriyothai. Beliau juga melihat PGL sebagai perubahan yang menyegarkan daripada 90% filem Melayu yang "seperti rancangan aneka ragam".[71] Zainal Borhan, profesor Madya Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM) memerhatikan bahawa "terdapat dua teks yang menyebut beliau ialah Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah".[72]

KeluaranSunting

Promosi dan tayanganSunting

Sedutan filem ini telah ditayangkan buat pertama kali di Festival Filem Malaysia ke-16 pada April 2003 yang turut disiarkan secara langsung di seluruh negara melalui TV1.[73] Pada Jun, di belakang tabir filem ini memulakan tayangan perdana di ntv7.[74] Syarikat pengedaran filem antarabangsa, Rossellini & Associates mengendalikan urusan pengedaran bagi pasaran antarabangsa selepas Enfiniti memeterai perjanjian dengan syarikat itu.[75][76][77] Filem ini menerima tepukan gemuruh daripada pengkritik filem asing semasa sesi pratonton diadakan pada 31 Mac 2004 di Los Angeles, California, Amerika Syarikat.[78] Majlis Tayangan Diraja filem ini diadakan pada 26 Ogos 2004 di TGV Cinemas, Suria KLCC dan dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Raja Permaisuri Agong, Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid.[79][80] Puteri Gunung Ledang ditayangkan di 39 pawagam seluruh Malaysia pada 31 Ogos 2004 bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-47.[81][82][83][84][85] Bagaimanapun, tidak lama selepas dikeluarkan, filem ini menjadi mangsa cetak rompak apabila ia dijual di pasaran terbuka. Laporan polis telah dibuat untuk tindakan lanjut.[86]

PGL mendapat liputan meluas daripada media antarabangsa[87][88] apabila ia dipertontonkan di Festival Filem Antarabangsa Venice ke-61 yang berlangsung dari 1 hingga 11 September 2004 di Venice, Itali dan ditayangkan kepada lebih 2,000 perwakilan di pameran Great Spectacular Midnight Films pada 5 September.[89][90] Ini menjadikan Puteri Gunung Ledang satu-satunya wakil Malaysia dan Asia Tenggara yang menyertai festival itu.[91][92][93] Selain itu, filem ini juga dipertontonkan di Festival Filem Antarabangsa ke-16 Palm Springs yang diadakan pada 7 dan 8 Januari 2005[94] dan Festival Filem Antarabangsa Bangkok 2005 di Bangkok, Thailand pada 13 hingga 24 Januari 2005[95] serta Festival Filem Antarabangsa San Francisco ke-48 yang diadakan pada 21 April hingga 5 Mei 2005. Filem ini juga telah mencapai kedudukan ke-49 dalam senarai tapisan kategori Filem Bahasa Asing Terbaik sekaligus menjadi filem Malaysia pertama yang dihantar oleh kerajaan Malaysia untuk dipertandingkan di Anugerah Akademi ke-77 yang berlangsung pada 27 Februari 2005 di Los Angeles, California.[96][97][98][99] Bagaimanapun, filem ini gagal tersenarai dalam kategori Top 5.[100][101] Filem ini juga ditayangkan di lima negara, iaitu 2 negara Asia – China dan Thailand serta 3 negara Eropah – United Kingdom, Yunani dan Jerman pada Ogos 2005, menjadikannya filem tempatan pertama berjaya menembusi pasaran Eropah.[102] Puteri Gunung Ledang ditayangkan menerusi penstriman dalam talian di Netflix bermula 26 November 2020.[103][104]

Media rumahSunting

Puteri Gunung Ledang dikeluarkan dalam bentuk VCD oleh Golden Satellite pada November 2004[105][106] yang mana ia diedarkan secara eksklusif di semua restoran KFC seluruh Malaysia.[107] Versi VCD mengandungi dua adegan tambahan yang tidak dimuatkan dalam filem ini.[108]

SambutanSunting

Kutipan pecah panggungSunting

Pada hari pertama tayangan perdana rasminya, Puteri Gunung Ledang mencatatkan penjualan tiket sangat memberangsangkan apabila habis dijual kepada orang ramai.[109][110] Filem ini berjaya memperoleh kutipan pecah panggung sebanyai lebih RM1.6 juta dalam tempoh sembilan hari.[111] Filem ini berjaya memperoleh kutipan pecah panggung kasar sebanyak RM2.90 juta.

Ulasan kritisSunting

Filem ini menerima pelbagai ulasan yang baik daripada pengkritik filem. Suraiya Mohd Nor, dalam ulasannya di Berita Minggu memuji plot dan persembahan para pelakon sambil menulis bahawa Puteri Gunung Ledang telah berjaya "merdekakan sinema nasional".[112] Menulis untuk Berita Harian, Izza Safinaz Ibrahim berpendapat bahawa "gabungan bintang filem handalan dua negara bukan saja memperhebatkan filem epik Puteri Gunung Ledang (PGL) tetapi kombinasi pelakon dari pentas teater serta pelakon komersial juga memberikan hasil yang positif kepada filem kebanggaan negara".[113] Seorang penulis yang menamakan dirinya sebagai Penyokong Filem Melayu dalam satu coretannya di akhbar sama menyifatkan filem ini "berada dalam kelasnya yang tersendiri dan jauh meninggalkan filem Malaysia yang lain".[114] Lim Chang Moh, dalam ulasan retrospektif beliau di The Malay Mail memerhatikan bahawa jalan cerita filem ini "bergaya tetapi cacat cela" dan beranggapan "seperti pembikinan semula King Arthur baru-baru ini, Puteri Gunung Ledang ialah kisah revisionis yang mengahwini dua lagenda popular Malaysia".[115] Mohd Yaakob Yusof dari akhbar sama pula berpendapat intipati untuk filem ini terdiri daripada "sinematografi artistik dan hebat" kepada "lambat" malah "mengecewakan".[116] Meor Shariman, juga dari akhbar sama mempunyai pendapat sama dengan Lim dan Yaakob, dan menyifatkannya sebagai "sebuah filem yang cantik".[117] Zainal Alam Kadir dan Amir Hafizi, juga daripada akhbar sama menghuraikan bahawa filem ini "secara visualnya kaya dan cantik, tetapi jalan ceritanya memerlukan rangsangan".[118] Azlina Ahmad, menulis untuk Sunday Mail memuji persembahan para pelakon atas "usaha [mereka] yang gigih".[119] Ahmad Omar Bashai, dalam satu ulasannya di New Straits Times menakrifkan filem ini ialah "hasil imaginasi subur orang tua kita".[120]

Komen retrospektifSunting

Pengarah filem, U-Wei Hj Saari menyatakan kepujian beliau terhadap filem ini sambil berkata: "Puteri Gunung Ledang harus diberi perhatian oleh industri, peminat filem dan masyarakat. Jika kita abaikan filem ini, bermakna ia petanda masa depan filem Malaysia sukar untuk berkembang dengan lebih baik. Kita tahu bukan mudah untuk hasilkan karya seperti ini dengan kos yang besar. Ia menunjukkan seni budaya kita cukup tinggi dan meluas".[121] Dua pelakon ternama Indonesia, Alex Komang dan Slamet Rahardjo yang turut beraksi dalam Puteri Gunung Ledang menyifatkan "inti pati filem itu mampu merangsang semangat perpaduan masyarakat Melayu Nusantara untuk mengenang kembali susur galur zaman silam yang berasal daripada rumpun sama, selain sebagai satu pendekatan membina jambatan diplomatik dua negara atas nama seni perfileman".[122] Rotten Tomatoes memberikan markah 80%, dengan purata penarafan 35.5 daripada 10, mengulas bahawa "Tetapi semua itu tidak dapat dibandingkan dengan saat yang tidak dapat dilupakan selama-lamanya... apabila Tuah menyertainya, menghasilkan Pas de deux yang subteks sensualnya menyentuh hati".[123]

LegasiSunting

Adaptasi teaterSunting

Kejayaan Puteri Gunung Ledang turut membawa kepada pementasan teater muzikal yang sama jalan ceritanya arahan Zahim Albakri dengan arahan bersama oleh Adlin Aman Ramlie. Pementasan pertama Puteri Gunung Ledang The Musical dipentaskan di Istana Budaya pada Februari 2006, diikuti oleh dua lagi pementasan dan yang ketiga pada Februari 2009. Tiara kembali sebagai Gusti Putri manakala Stephen Rahman-Hughes memegang watak sebagai Hang Tuah bagi menggantikan M. Nasir yang melakonkan watak sama dalam versi filem.[124]

KonsertSunting

Sebuah konsert muzikal berdasarkan filem ini juga telah diterbitkan. Konsert yang diberi judul Puteri Gunung Ledang Reunion Concert: Rebirth of a Legend itu sepatutnya diadakan dari 27 November hingga 1 Disember 2014 tetapi ditangguhkan kerana Tiara mengalami simpul pita suara. Diarahkan oleh Adlin Aman Ramlie, konsert ini diadakan secara rasmi pada 20 hingga 24 Mac 2015 di Istana Budaya. Tiara dan Stephen kembali melakonkan watak masing-masing dan AC Mizal memegang watak Gusti Adipati dengan ramai lagi pelakon yang melakonkan pelbagai watak.[125]

KontroversiSunting

Pada Februari 2003, pasukan penerbitan filem ini dikesan melakukan pencerobohan haram dan vandalisme terhadap kawasan Hutan Simpan Ulu Bertam dan Gunung Brinchang di Cameron Highlands.[126][127] Enfiniti Productions menafikan dakwaan bahawa mereka melakukan penebangan pokok hingga memusnahkan kawasan rizab hutan tersebut.[128] Menteri Besar Pahang ketika itu, Adnan Yaakob bagaimanapun berkata penebangan pokok-pokok kecil untuk penggambaran Puteri Gunung Ledang oleh Enfiniti disifatkan tidak serius berbanding pembersihan besar-besaran tanah dan pembalakan haram.[129] Laporan polis telah dibuat oleh penduduk Cameron Highlands berhubung set filem di hutan simpan di sana yang didakwa telah memusnahkan tumbuhan endemik.[130]

AnugerahSunting

Di acara Festival Filem Antarabangsa Venice ke-61, Puteri Gunung Ledang telah dinobatkan sebagai penerima trofi Anugerah Istimewa Penyertaan kerana "menunjukkan pencapaian hasil kerja yang baik untuk imej negaranya".[131] Di Festival Filem Malaysia ke-18, filem ini telah memenangi 5 daripada 10 pencalonan termasuk Pengarah Terbaik yang dimenangi oleh Saw Teong Hin dan Anugerah Khas Juri bagi "Filem Inovatif & Berinspirasi". Pelakon utamanya, Tiara Jacquelina telah memenangi Pelakon Wanita Terbaik dalam Festival Filem Asia Pasifik ke-50 di Kuala Lumpur pada 2005. Filem ini turut dicalonkan bagi kategori Pilihan Kaki Wayang ERA di Anugerah Era 2005, tetapi ia dimenangi oleh filem Sepet arahan Yasmin Ahmad. Di Anugerah Oskar Malaysia ke-4 yang berlangsung pada 27 Ogos 2005, filem ini telah menerima 11 anugerah.[132][133] Puteri Gunung Ledang bersama-sama dengan filem Sepet dan Qaisy & Laila dipilih mewakili Malaysia di Festival Filem Asia Pasifik Ke-50 (FFAP) yang berlangsung dari 28 September hingga 1 Oktober 2005.[134]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2004 Festival Filem Antarabangsa Venice ke-61 Anugerah Istimewa Penyertaan Puteri Gunung Ledang Menang
2005 Festival Filem Malaysia ke-18 Filem Terbaik Tercalon
Pengarah Terbaik Saw Teong Hin Menang
Pelakon Lelaki Terbaik M. Nasir Tercalon
Adlin Aman Ramlie Tercalon
Pelakon Wanita Terbaik Tiara Jacquelina Tercalon
Lakon Layar Terbaik Mamat Khalid
Saw Teong Hin
Menang
Cerita Asal Terbaik Mamat Khalid Tercalon
Skor Muzik Asal Terbaik M. Nasir & Tan Yan Wei Menang
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Rahim Razali Tercalon
Penataan Seni Terbaik Hanizar Ithnin Menang
Anugerah Khas Juri (Filem Inovatif & Berinspirasi) Puteri Gunung Ledang Menang
Festival Filem Asia Pasifik ke-50 Pelakon Wanita Terbaik Tiara Jacquelina Menang
Anugerah Era 2005 Pilihan Kaki Wayang ERA Puteri Gunung Ledang Tercalon

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r "Catatan penerbitan Puteri Gunung Ledang". Filem Kita. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Oktober 2015. Dicapai pada 4 Januari 2013.
  2. ^ Abie Abdullah (3 April 2004). "Tiupan semangat PGL". Harian Metro. Dicapai pada 30 Januari 2020.
  3. ^ Akmal Abdullah (26 Ogos 2004). "PGL memerdekakan imej filem Malaysia?". Berita Harian. Dicapai pada 30 Januari 2020.
  4. ^ "An epic from concept to completion" [Epik dari konsep hingga selesai] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. 26 Ogos 2004. Dicapai pada 30 Januari 2020.
  5. ^ "PGL bakal mengharumkan nama negara". Berita Harian. 28 Ogos 2004. Dicapai pada 30 Januari 2020.
  6. ^ Roslen Fadzil (3 Mei 2003). "Kejutan baru Puteri Gunung Ledang". Berita Harian. Dicapai pada 28 Januari 2020.
  7. ^ Zainal Alam Kadir (28 Disember 2002). "Princess mystique in epic movie" [Mistik puteri dalam filem epik] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 28 Januari 2020.
  8. ^ "Cerita 'grandeur' Puteri Gunung Ledang!". Berita Harian. 27 Januari 2003. Dicapai pada 28 Januari 2020.
  9. ^ a b c d "Roll Camera, Action!: Angin perubahan PGL". Berita Minggu. 3 Ogos 2004. Dicapai pada 29 Januari 2015.
  10. ^ a b Karen Michaela 2007, m/s. 90–127.
  11. ^ a b Izza Safinaz Ibrahim (19 Januari 2003). "Tiara Puteri Jawa". Berita Minggu. Dicapai pada 28 Januari 2020.
  12. ^ Farrah Naz Karim (3 Februari 2003). "Mystical folk tale to hit the big screen" [Kisah dongeng mistik bakal menggegar pawagam] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 29 Januari 2020.
  13. ^ Sakuntala (6 Februari 2003). "Bermulanya sebuah epik cinta agung". Berita Harian. Dicapai pada 29 Januari 2020.
  14. ^ Akmal Abdullah (5 Ogos 2004). "Menanti tayangan PGL dengan penuh debaran". Berita Harian. Dicapai pada 30 Januari 2004.
  15. ^ "'Puteri Gunung Ledang' for Merdeka Day" ['Puteri Gunung Ledang' untuk Hari Merdeka] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. 1 Julai 2004. Dicapai pada 29 Januari 2020.
  16. ^ Hartati Hassan Basri (8 Januari 2005). "PGL masuk Anugerah Akademi". Harian Metro. Dicapai pada 31 Januari 2020.
  17. ^ Suraiya Mohd Nor (28 Ogos 2004). "Watak Gusti Putri cabar Tiara". Berita Harian. Dicapai pada 30 Januari 2020.
  18. ^ Lizrin (29 Januari 2003). "Transforming Tiara" [Mentransformasikan Tiara] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 30 Januari 2020.
  19. ^ Roslen Fadzil (8 Mac 2003). "Sofia 'puja semangat' Tun Teja". Berita Harian. Dicapai pada 29 Januari 2020.
  20. ^ Izza Safinaz Ibrahim (3 Mei 2003). "'Saya bangga bawa nama Jawa...'". Berita Harian. Dicapai pada 29 Januari 2020.
  21. ^ Suraya Al-Attas (11 Februari 2003). "Christine's second act" [Lakonan kedua Christine] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 30 Januari 2020.
  22. ^ Baidura Ahmad (9 Februari 2003). "Screen legend's humble role". Sunday Mail. Dicapai pada 30 Januari 2020.
  23. ^ Abie Abdullah (5 September 2004). "Naufal mahu terkenal". Metro Ahad. Dicapai pada 30 Januari 2020.
  24. ^ Zul Husni Abdul Hamid (27 Julai 2003). "Dian Sastrowardoyo: 'Saya belum cukup sempurna'". Berita Minggu. Dicapai pada 29 Januari 2020.
  25. ^ Suraiya Mohd Nor (31 Ogos 2004). "PGL bukan sebarang epik". Berita Harian. Dicapai pada 30 Januari 2020.
  26. ^ Suzan Ahmad (14 Mei 2003). "Keampuhan Mamat Lahir PGL". Berita Harian. Dicapai pada 20 Disember 2009.
  27. ^ a b c d e f "The making of "Puteri Gunung Ledang"" [Di sebalik tabir "Puteri Gunung Ledang"] (Temu ramah) (dalam bahasa Inggeris). Ditemuramah oleh James Wegg. JWR. 25 Januari 2004. Dicapai pada 29 April 2017.
  28. ^ Akmal Abdullah (25 Disember 2002). "Tiara cuba lari sindrom hiburan kosong". Berita Harian. Dicapai pada 28 Januari 2020.
  29. ^ Faridul Anwar Farinordin (19 Mei 2003). "Promise of 'Puteri Gunung Ledang'" [Janji 'Puteri Gunung Ledang'] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 29 Januari 2020.
  30. ^ Akmal Abdullah (29 Disember 2002). "Sepetang bersama Puteri Gunung Ledang..." Berita Minggu. Dicapai pada 28 Januari 2020.
  31. ^ a b Suraya Al-Attas (22 Mac 2003). "No mountain too high for 'Puteri'" [Tiada pergunungan terlalu tinggi untuk 'Puteri'] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 29 Januari 2020.
  32. ^ Abie Abdullah (3 Mac 2003). "Hasrat Tiara tinggi". Harian Metro. Dicapai pada 29 Januari 2020.
  33. ^ Abie Abdullah (9 Mei 2003). "Cabaran Teong Hin". Harian Metro. Dicapai pada 29 Januari 2020.
  34. ^ Hanizam Abdullah (16 Mac 2003). "Biarlah Teong Hin melayan Puterinya dengan tenang". Berita Minggu. Dicapai pada 29 Januari 2020.
  35. ^ "'Berdosakah' Teong Hin mengarah filem Melayu?". Berita Harian. 10 Mac 2003. Dicapai pada 30 Januari 2020.
  36. ^ Adam Salleh (20 April 2003). "Usaha karyawan PGL dipuji". Metro Ahad. Dicapai pada 30 Januari 2020.
  37. ^ a b "Right for the role" [Sesuai dengan peranan] (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. 18 Julai 2004. Dicapai pada 29 Januari 2015.
  38. ^ "Tiara jadi Puteri Gunung Ledang". Berita Minggu. 6 Oktober 2002. Dicapai pada 28 Januari 2020.
  39. ^ "Mistikal, simbolik Puteri Gunung Ledang". Berita Harian. 23 Disember 2002. Dicapai pada 28 Januari 2020.
  40. ^ Abie Abdullah (19 Februari 2003). "Tuah Tuara". Harian Metro. Dicapai pada 29 Januari 2020.
  41. ^ "Tiara tak pernah mengalah". Harian Metro. 14 Julai 2004. Dicapai pada 30 Januari 2020.
  42. ^ a b c d e f g "Puteri Gunung Ledang: Ain't no mountain high enough" [Puteri Gunung Ledang: Tiada pergunungan yang cukup tinggi] (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. 18 Julai 2004. Dicapai pada 29 Januari 2015.
  43. ^ "PGL RM14 juta?". Harian Metro. 27 Februari 2004. Dicapai pada 30 Januari 2020.
  44. ^ Sani Kamarudzaman (6 Julai 2004). "Produk RM15j". Harian Metro. Dicapai pada 29 Januari 2020.
  45. ^ "Budget problems for 'Puteri Gunung Ledang'?" [Masalah belanjawan untuk 'Puteri Gunung Ledang'?] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. 4 Mac 2004. Dicapai pada 30 Januari 2020.
  46. ^ Meor Shariman (2 Januari 2003). "Enduring Malay legend" [Memperkasakan legenda Melayu] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 28 Januari 2020.
  47. ^ "Epik Puteri Gunung Ledang projek nasional". Berita Harian. 23 Februari 2003. Dicapai pada 29 Januari 2020.
  48. ^ Akmal Abdullah (8 Mei 2003). "Mampukah PGL jadi kebanggaan Malaysia?". Berita Harian. Dicapai pada 29 Januari 2020.
  49. ^ Zainal Alam Kadir (26 Februari 2003). "Epic battle" [Pertempuran epik] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 29 Januari 2020.
  50. ^ a b Tengku Khalidah Tengku Bidin (6 Julai 2004). "Tiara & M. Nasir - Impian dan harapan dalam PGL". Utusan Malaysia. Dicapai pada 28 Januari 2015.
  51. ^ "M. Nasir buat stunts sendiri". Berita Minggu. 9 Februari 2003. Dicapai pada 29 Januari 2020.
  52. ^ Izza Safinaz Ibrahim (9 Februari 2003). "Tiara serah jiwa raga untuk Puteri Gunung Ledang". Berita Minggu. Dicapai pada 29 Januari 2020.
  53. ^ Ellyna Ali (15 Mei 2003). "Rosyam pasrah". Harian Metro. Dicapai pada 28 Januari 2020.
  54. ^ SS (30 April 2003). "PGL tanpa Rosyam". Harian Metro. Dicapai pada 28 Januari 2020.
  55. ^ Ellyna Ali (4 Mei 2003). "Adlin ganti Rosyam". Metro Ahad. Dicapai pada 29 Januari 2020.
  56. ^ a b c "Babak perang PGL dibuat teliti". Persada Seni. Berita Harian. 28 Mac 2003. Dicapai pada 28 Januari 2015.
  57. ^ Suraiya Mohd Nor (18 Oktober 2003). "Puteri Gunung Ledang akhirnya jadi kenyataan". Berita Harian. Dicapai pada 29 Januari 2020.
  58. ^ "Costumes maketh Puteri Gunung Ledang" [Kostum penghias Puteri Gunung Ledang] (dalam bahasa Inggeris). New Sunday Times. 25 Julai 2004. Dicapai pada 30 Januari 2020.
  59. ^ Suraiya Mohd Nor (24 Julai 2004). "PGL serlah busana lama Nusantara". Berita Harian. Dicapai pada 30 Januari 2020.
  60. ^ Roslen Fadzil (16 Mac 2003). "Mengintai tabir Puteri Gunung Ledang". Berita Minggu. Dicapai pada 30 Januari 2020.
  61. ^ "Puteri Gunung Ledang didakwa menyimpang". Metro Ahad. 6 April 2003. Dicapai pada 30 Januari 2020.
  62. ^ "Jabatan nafi benar buat filem Puteri Gunung Ledang". Berita Harian. 3 Mac 2003. Dicapai pada 29 Januari 2020.
  63. ^ Jason Gerald (3 Mac 2003). "'No approval given for any filming in forest reserve'" ['Tiada kelulusan diberikan untuk sebarang aktiviti penggambaran'] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 29 Januari 2020.
  64. ^ Noorwati Salleh; Zuraidah Mohamed (4 Mac 2003). "Puteri Gunung Ledang dapat kelulusan Pegawai Daerah". Berita Harian. Dicapai pada 29 Januari 2020.
  65. ^ "PGL gunakan grading seperti Gladiator!". Berita Harian. 5 Julai 2004. Dicapai pada 30 Januari 2020.
  66. ^ Suraiya Mohd Nor (4 Ogos 2004). "Puteri Gunung Ledang dapat sentuhan M. Nasir". Berita Harian. Dicapai pada 29 Januari 2015.
  67. ^ Azman Ahmad (3 Januari 2004). "Touch of a 'sifu'" [Sentuhan seorang 'sifu'] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 30 Januari 2020.
  68. ^ Fairuz Zaidan (17 Julai 2004). "Cinta agung Asmaradana". Berita Harian. Dicapai pada 30 Januari 2020.
  69. ^ a b c Akmal Abdullah (13 Ogos 2004). "Siti, M Nasir tarikan terbaru PGL". Berita Harian. Dicapai pada 2 Februari 2017.
  70. ^ a b c "Tidak bercinta dengan Hang Tuah". Utusan Malaysia. 7 Mei 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Oktober 2018. Dicapai pada 7 Mei 2016.
  71. ^ "Great expectations" [Jangkaan hebat] (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. 18 Julai 2004. Dicapai pada 29 Januari 2015.
  72. ^ "Wooing a princess" [Merayu seorang puteri] (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. 18 Julai 2004. Dicapai pada 29 Januari 2015.
  73. ^ Hanizam Abdullah (27 April 2003). "Gara-gara teaser 90 saat Tuan Puteri". Berita Minggu. Dicapai pada 30 Januari 2020.
  74. ^ Ameera Qaed (12 Jun 2003). "ntv7 rakam kisah balik tabir PGL". Berita Harian. Dicapai pada 29 Januari 2020.
  75. ^ Abie Abdullah (26 Mac 2004). "PGL sudah sedia ke antarabangsa". Harian Metro. Dicapai pada 29 Januari 2020.
  76. ^ Suraya Al-Attas (26 Mac 2004). "Overseas debut for 'Puteri Gunung Ledang'" [Penampilan sulung perantauan untuk 'Puteri Gunung Ledang'] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 29 Januari 2020.
  77. ^ Hanisah Selamat (3 April 2004). "Filem tempatan buka era baru". Berita Harian. Dicapai pada 30 Januari 2020.
  78. ^ Adly Syairi Ramly; Terrina Hussein (1 April 2004). "A dangerous day" [Hari yang berbahaya] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 30 Januari 2020.
  79. ^ "Sri Paduka hadir pratonton PGL". Berita Harian. 26 Ogos 2004. Dicapai pada 30 Januari 2020.
  80. ^ "Agong tonton PGL". Harian Metro. 26 Ogos 2004. Dicapai pada 30 Januari 2020.
  81. ^ Nor Akmar Samudin (31 Julai 2004). "PGL penuh kejutan". Harian Metro. Dicapai pada 30 Januari 2020.
  82. ^ Akmal Abdullah (19 Ogos 2004). "PGL cipta era baru perfileman nasional". Berita Harian. Dicapai pada 30 Januari 2020.
  83. ^ Roslen Fadzil (28 Ogos 2004). "Puteri Gunung Ledang menjelma mulai 31 Ogos". Berita Harian. Dicapai pada 30 Januari 2020.
  84. ^ Hartati Hassan Basri (31 Ogos 2004). "Langkah pertama PGL". Harian Metro. Dicapai pada 30 Januari 2020.
  85. ^ Hartati Hassan Basri (30 Ogos 2004). "Pesona PGL". Harian Metro. Dicapai pada 30 Januari 2020.
  86. ^ Khairull Azleyana Ishak (1 Oktober 2004). "Shazalli kecewa PGL jadi mangsa lanun". Berita Harian. Dicapai pada 31 Januari 2020.
  87. ^ Akmal Abdullah (16 September 2004). "PGL dapat liputan luas media asing". Berita Harian. Dicapai pada 30 Januari 2020.
  88. ^ "PGL dapat sambutan antarabangsa". Berita Minggu. 12 September 2004. Dicapai pada 31 Januari 2020.
  89. ^ "Tiara buktikan Malaysia Boleh!". Metro Ahad. 15 Ogos 2004. Dicapai pada 30 Januari 2020.
  90. ^ Akmal Abdullah (10 Ogos 2004). "PGL bantu promosi sinema kita di Venice". Berita Harian. Dicapai pada 30 Januari 2020.
  91. ^ "Contohi Puteri Gunung Ledang". Berita Minggu. 8 Ogos 2004. Dicapai pada 30 Januari 2020.
  92. ^ Meor Shariman (8 Ogos 2004). "Movie: Puteri Gunung Ledang to be shown in Venice" [Filem: Puteri Gunung Ledang akan ditayangkan di Venice] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 29 Januari 2015.
  93. ^ "Movie selected for Venice fest" [Filem terpilih untuk pesta Venice] (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. 6 Ogos 2004. Dicapai pada 29 Januari 2015.
  94. ^ Hafidah Samat (15 Januari 2005). "'Puteri' wows at Palm Springs festival" ['Puteri' berteriak di festival Palm Springs] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 31 Januari 2005.
  95. ^ Hanisah Selamat (20 Januari 2005). "180 filem bersaing di festival Bangkok". Berita Harian. Dicapai pada 31 Januari 2020.
  96. ^ Hafidah Samat (9 Oktober 2004). "PGL to compete in Academy Awards" [PGL akan bersaing di Anugerah Akademi] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 31 Januari 2020.
  97. ^ Daniel Chan (7 Oktober 2004). "Oscar Holy Grail" [Cawan suci Oscar] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 31 Januari 2020.
  98. ^ Akmal Abdullah (10 September 2004). "Kerajaan usaha calonkan PGL ke Anugerah Akademi 2005". Berita Harian. Dicapai pada 31 Januari 2020.
  99. ^ Suzan Ahmad (9 September 2004). "Finas beri 'lampu hijau' PGL ke Hollywood". Berita Harian. Dicapai pada 31 Januari 2004.
  100. ^ "Tiara akur PGL tidak dipilih". Berita Harian. 28 Januari 2005. Dicapai pada 31 Januari 2020.
  101. ^ "'PGL' misses out" ['PGL' ketinggalan] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. 26 Januari 2005. Dicapai pada 31 Januari 2020.
  102. ^ Suraiya Mohd Nor (27 Mei 2005). "PGL tembusi pasaran Eropah, China". Berita Harian. Dicapai pada 31 Januari 2020.
  103. ^ "Filem Puteri Gunung Ledang boleh ditonton di Netflix mulai 26 November". SoyaCincau. 18 November 2020. Dicapai pada 1 Februari 2021.
  104. ^ Melanie Chalil (18 November 2020). "Malaysia's first big-budget film 'Puteri Gunung Ledang' to be available on Netflix from November 26" [Filem bajet besar pertama Malaysia ‘Puteri Gunung Ledang’ boleh didapati di Netflix mulai 26 November] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 1 Februari 2021.
  105. ^ "CD Puteri Gunung Ledang di pasaran". Harian Metro. 12 November 2004. Dicapai pada 31 Januari 2020.
  106. ^ "Puteri Gunung Ledang VCD promo" [Promo VCD Puteri Gunung Ledang]. The Malay Mail. 12 November 2004. Dicapai pada 31 Januari 2020.
  107. ^ Suraiya Mohd Nor (1 Disember 2004). "VCD PGL di rangkaian KFC". Berita Harian. Dicapai pada 31 Januari 2020.
  108. ^ Norkumala Abdul Rahman (2 Disember 2004). "'PGL' VCD offers two extra scenes" [VCD 'PGL' tawarkan dua adegan tambahan] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 31 Januari 2020.
  109. ^ Efindi Badarudin (1 September 2004). "Tayangan PGL dapat sambutan". Harian Metro. Dicapai pada 30 Januari 2020.
  110. ^ "Tiket tayangan PGL habis dijual". Berita Harian. 1 September 2004. Dicapai pada 30 Januari 2020.
  111. ^ Akmal Abdullah (11 September 2004). "PGL kutip lebih RM1.6 juta". Berita Harian. Dicapai pada 30 Januari 2020.
  112. ^ Suraiya Mohd Nor (5 September 2004). "PGL merdekakan sinema filem nasional". Berita Minggu. Dicapai pada 30 Januari 2020.
  113. ^ Izza Safinaz Ibrahim (4 September 2004). "Puteri Gunung Ledang 'belayar' dengan gondola". Berita Harian. Dicapai pada 30 Januari 2020.
  114. ^ Penyokong Filem Melayu (14 September 2004). "Orang luar puji PGL, rakyat perlekeh filem tempatan". Berita Harian. Dicapai pada 30 Januari 2020.
  115. ^ Lim Chang Moh (4 September 2004). "Stylish but flawed 'epic'" ['Epik' yang bergaya namun cacat cela] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 30 Januari 2020.
  116. ^ Mohd Yaakob Yusof (1 September 2004). "Mixed reaction to movie" [Reaksi bercampur untuk filem] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 30 Januari 2020.
  117. ^ Meor Shariman (9 September 2004). "PGL - Malaysia's most beautiful movie" [PGL - Filem paling cantik Malaysia] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 31 Januari 2020.
  118. ^ Zainal Alam Kadir; Amir Hafizi (1 September 2004). "It's a sell-out in all 39 cinemas nationwide" [Ia habis dijual di semua 39 pawagam di seluruh negara] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 1 Februari 2020.
  119. ^ Azlina Ahmad (26 September 2004). "Applause for a valiant effort" [Tepukan untuk usaha yang gigih] (dalam bahasa Inggeris). Sunday Mail. Dicapai pada 31 Januari 2020.
  120. ^ Ahmad Omar Bashai (14 September 2004). "They are just legends" [Mereka hanya sekadar legenda] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 31 Januari 2020.
  121. ^ "Apa kata warga filem..." Berita Harian. 31 Ogos 2004. Dicapai pada 1 Februari 2020.
  122. ^ Akmal Abdullah (30 Ogos 2004). "Slamet, Alex sifatkan PGL jambatan diplomatik". Berita Harian. Dicapai pada 1 Februari 2020.
  123. ^ "Puteri Gunung Ledang". Rotten Tomatoes. Fandango Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Januari 2018. Dicapai pada 1 Februari 2021.
  124. ^ Shazryn Mohd Faizal (6 Februari 2009). "Magis cinta PLGM kembali". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Februari 2009. Dicapai pada 31 Januari 2018.
  125. ^ "'Puteri Gunung Ledang' concert from March 20-24" [Konsert 'Puteri Gunung Ledang' dari 20-24 Mac] (dalam bahasa Inggeris). Astro Awani. 19 Februari 2015. Dicapai pada 1 Februari 2018.
  126. ^ "Krew filem Puteri Gunung Ledang dituduh rosak hutan". Berita Harian. 13 Mac 2003. Dicapai pada 1 Februari 2020.
  127. ^ Deborah Loh (14 Mac 2003). "A case of environmental whodunit" [Kes penderhaka alam sekitar] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 1 Februari 2020.
  128. ^ "Penerbit filem nafi dakwaan musnah hutan". Berita Harian. 1 Mac 2003. Dicapai pada 31 Januari 2020.
  129. ^ Jason Gerald (4 Mac 2003). "MB: Felling of trees by filmmaker not serious" [MB: Penebangan pokok oleh pembuat filem tidak serius] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 31 Januari 2020.
  130. ^ "Police report lodged over filming in Camerons forest reserve" [Laporan polis dibuat berhubung penggambaran di hutan simpan Cameron] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 4 Mac 2003. Dicapai pada 1 Februari 2020.
  131. ^ "PGL menang anugerah istimewa di Venice". Berita Harian. 15 September 2004. Dicapai pada 30 Januari 2020.
  132. ^ Hanisah Selamat (30 Ogos 2005). "PGL menang besar di Anugerah Oskar". Berita Harian. Dicapai pada 31 Januari 2020.
  133. ^ "'Akhirnya PGL dapat pengiktirafan di negara sendiri'". Berita Harian. 2 September 2005. Dicapai pada 31 Januari 2020.
  134. ^ "PGL, Qaisy & Laila, Sepet wakil negara". Berita Harian. 3 Ogos 2005. Dicapai pada 31 Januari 2020.

BibliografiSunting

  • Karen Michaela Tan (2007). Faridah Stephens (penyunting). Puteri Gunung Ledang: The Spirit and the Journey [Puteri Gunung Ledang: Semangat dan Perjalanan] (dalam bahasa Inggeris). Enfiniti Productions (M) Sdn. Bhd. m/s. 90–127. ISBN 978-983-3698-62-2.

Pautan luarSunting