Puteri Sarah Liyana

Pelakon dan model Malaysia

Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin (lahir 1 Disember 1985) ialah seorang pelakon dan peragawati wanita Malaysia.[1][2] Memulakan kerjaya awal sebagai pelakon iklan, beliau dikenali dengan peranan lakonan di televisyen dan filem. Antara drama lakonannya ialah Sari Maya 2 (2009), Asmaradana (2010), Indera Joned (2012), Evolusi KL Drift: The Series (2012–2013), Sabarlah Duhai Hati (2021) dan Andai Itu Takdirnya (2023). Beliau juga telah berlakon dalam filem seperti Lu Pikirlah Sendiri de Movie (2010), Usin UFO dan Radhi Rudy Bin Dadu (2016). Pada tahun 2023, beliau melancarkan memoir pertamanya, Puteri Sarah: Terus Melangkah.

Puteri Sarah Liyana
Puteri Sarah ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 8 Mac 2016.
Kelahiran
Puteri Sarah Liyana binti Megat Kamaruddin

(1985-12-01) 1 Disember 1985 (umur 38)
Nama lain
  • Puteri Sarah
  • Sarah Kamaruddin
PendidikanIjazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon, peragawati
Tahun aktif2005–kini
Ketinggian165 cm (5 ka 5 in)
PasanganSyamsul Yusof (k. 2014; c. 2023)
Anak-anak2
Ibu bapa
  • Megat Kamaruddin bin Megat Shamsuddin (bapa)
  • Paridah binti Puteh (ibu)

Kehidupan awal sunting

Puteri Sarah dilahirkan pada 1 Disember 1985 di London, England dan dibesarkan di Kuala Lumpur serta Johor Bahru, Johor. Beliau merupakan anak sulung daripada empat beradik kepada pasangan Megat Kamaruddin bin Megat Shamsuddin dan Paridah binti Puteh. Beliau juga berasal dari susur galur darah keturunan Megat Terawis. Bapanya merupakan Ahli Jawatankuasa Persatuan Keturunan Megat Terawis Malaysia.[3]

Beliau memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.[4][5]

Kerjaya sunting

Puteri Sarah terlebih dahulu menjadi peragawati iklan bagi DiGi (kini CelcomDigi), F&N, AG2000 dan Nivea. Di awal penglibatannya, beliau menggunakan nama Sarah Kamaruddin untuk kerjayanya.[6] Kerjaya lakonannya bermula sebagai pelakon undangan untuk sitkom Dunia Anita yang disiarkan di TV3, seterusnya menjadi pelakon tambahan dalam filem Tipah Tertipu The Movie lakonan kumpulan Ruffedge. Beliau kemudian ditawarkan berlakon bersama Mawi dalam filem Aduh Saliha arahan M. Nasir dengan melakonkan watak sebagai Saliha,[7][8] sebelum menarik diri berikutan filem itu gagal disiapkan mengikut jadual.[9][10]

Selepas itu, pada tahun 2010, beliau berlakon bersama pelawak Nabil Ahmad dalam filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie dengan memegang watak Natasya. Pada tahun itu juga, Puteri Sarah berlakon dalam beberapa drama TV yang semuanya disiarkan di TV3, antaranya ialah Asmardana, Janji Kekasih dan Tipah Vavavoom. Pada masa yang sama, beliau juga dilantik sebagai duta dan jurucakap Silky Girl.[11] Dari Oktober 2012 sehingga Mac 2013, beliau berlakon dalam drama Evolusi KL Drift: The Series yang diadaptasi dari filem 2008 bertajuk sama arahan dan lakonan Syamsul Yusof (kemudian menjadi suaminya). Menerusi drama ini, beliau memegang watak sebagai Tasha, seorang pelajar kolej yang dibesarkan dalam keluarga berada yang bermasalah, sering berkunjung ke kelab malam bagi melepaskan tekanan. Kehidupannya berubah selepas berkenalan dengan Zack.

Bekerja di bawah arahan Sabri Yunus, Puteri Sarah memegang watak tajuk dalam drama Sufiyah yang disiarkan di Astro Prima. Ia merupakan satu-satunya drama lakonannya bagi tahun 2013. Dua tahun kemudian, beliau berlakon drama pertama lakonannya selepas berkahwin dengan Syamsul Yusof pada Mac 2014, Cinta Berkalung Duri 2.[12] Pada tahun 2016, Puteri Sarah berlakon dalam dua filem, iaitu Usin UFO dan Radhi Rudy Bin Dadu. Akan tetapi, beliau mengambil keputusan untuk bersara dari bidang lakonannya bagi menumpukan perhatian kepada keluarganya.[13]

Pada tahun 2021, selepas lima tahun berehat, Puteri Sarah kembali aktif dalam bidang lakonan dengan berlakon dalam drama Melastik Ke Hatimu sebagai Faida dan Sabarlah Duhai Hati sebagai Dian, yang kedua-duanya disiarkan di TV3 serta drama Ustazah Robotik untuk TV AlHijrah.[14] Pada Mac 2023, beliau menulis lagu pertamanya, "Terus" yang dinyanyikan oleh Sarah Fazny dan Zayani hasil nukilan Faizal Ulwi.[15] Beliau berlakon bersama Shukri Yahaya dan Hannah Delisha dalam drama adaptasi novel, Andai Itu Takdirnya dengan memegang watak Umairah.[16]

Puteri Sarah melancarkan buku autobiografi pertamanya, Puteri Sarah: Terus Melangkah yang dilancarkan pada 30 Mei 2023 semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Buku ini mendedahkan kisah peribadi sebenar beliau yang tidak pernah dikongsikan kepada umum.[17][18] Beliau mengakui banyak kali air matanya menitis sepanjang proses menyiapkan buku sulungnya.[19]

Beliau juga muncul dalam drama Hijrah Jannah dengan memegang watak Munirah yang disiarkan di Astro Ria bermula 5 Jun 2023.[20][21][22]

Kehidupan peribadi sunting

Puteri Sarah sebelum ini telah menjalin hubungan dengan pelakon, Ammar Alfian selama lima tahun.[23] Pada awal 2013, beliau telah mula bertudung.[24][4]

Beliau telah berkahwin dengan pelakon Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014. Majlis perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah telah berlangsung di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, pasangan ini diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri yang sah oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Al-Mukarramah, Mat Syaharuddin Ar Rashid pada jam 11:30 pagi dengan hanya sekali lafaz bersertakan dengan mas kahwin berjumlah RM1,111. Majlis perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah dihadiri oleh ahli keluarga pengantin lelaki dan perempuan, sahabat handai dan sanak saudara serta rakan-rakan artis.[25]

Pada 19 April 2017, Puteri Sarah selamat melahirkan anak lelaki kira-kira pukul 6.30 pagi Rabu. Bayi seberat 3.5 kilogram itu dilahirkan di Pusat Perubatan Pantai Bangsar, dekat sini. Berita gembira ini disampaikan oleh suami beliau menerusi laman sosial dan mengumumkan nama anak mereka iaitu Syaikhul Islam.[26] Pada 16 Mac 2019, pasangan ini dikurniakan cahaya mata kedua, iaitu anak perempuan sulung yang bernama Sumayyah.[27][28]

Pada Januari 2023, suami Puteri Sarah, Syamsul Yusof membuat kenyataan akbar bahawa dia telah berkahwin secara senyap di Thailand dengan wanita yang kurang dikenali bernama Ira Kazar, anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi. Perkahwinan secara senyap itu tidak mendapat keizinan daripada Puteri Sarah, sekaligus mencetuskan perbalahan antara mereka.[29] Puteri Sarah telah menuntut cerai di mahkamah pada Januari 2023 dan kes dibicarakan pada Februari. Menurut Sarah, perihal Syamsul–Ira telah berlaku sejak 2019, dan ditentang kuat kerana tidak dilangsungkan dengan telus serta tidak mendapat restu.[30][31] Pada 22 Mac 2023, Puteri Sarah menuntut hak penjagaan penuh ke atas dua anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah di kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi Syariah.[32][33] Kemudian, pada 9 April 2023, Puteri Sarah dan Syamsul telah mencapai kata sepakat untuk bercerai pada 18 April.[34][35][36] Namun, mereka gagal mencapai kata sepakat untuk bercerai pada tarikh yang ditetapkan,[37] apabila Syamsul mengenakan dua syarat yang mana ia ditolak oleh Puteri Sarah.[38] Beliau kemudian menyatakan di laman Instagram beliau bahawa perkahwinannya dengan Syamsul dianggap sebagai satu penyesalan terbesar dalam hidupnya.[39] Puteri Sarah dan Syamsul akhirnya bercerai talak satu pada 14 Jun 2023 di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.[40][41]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2006 Tipah Tertipu The Movie Gadis 2 Filem pertama, pelakon tambahan
2010 Lu Pikirlah Sendiri de Movie Natasya
2016 Usin UFO Husna
Radhi Rudy Bin Dadu Tasha
2023 Memburu Dr. Azizah

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2005–2007 Dunia Anita TV3
2005–2008 Puteri
2006 Kawan
2007 Kisah Yusof
2008 Renjis Astro Ria
2008–2009 Pepaya TV3
Dendam Zita
2009 Sari Maya 2 Sally TV9
2010 Asmaradana Mimi TV3
Na O Mei Na O Mei muda
Putera Katak Zara
Janji Kekasih Syafiqah
Tipah Vavavoom Linda
2011 Cinta Antara Kita Alia
2012 Pelangi Kasih Azlin
Friday I'm In Love Bella TV9 Pelakon undangan
Indera Joned Rina TV3
2012–2013 Evolusi KL Drift: The Series Tasha TV2
Suri Bella TV3
2013 Sufiyah Sufiyah Astro Prima
2015 Cinta Berkalung Duri 2 Wani TV2
2021 Melastik Ke Hatimu Faida TV3
Sabarlah Duhai Hati Dian
Ustazah Robotik Asma TV AlHijrah
2022 Anak Beranak Abe Yie Shima TV3
Suri Hati Sarah
Aku Seorang Perempuan Jasmin TV9
2023 Andai Itu Takdirnya Umairah Astro Ria
Saya Tunggu Awak Hanna Mardhiah TV1
Hijrah Jannah Munirah Astro Ria
Melastik Ke Hatimu 2 Faida TV3
Ratu Lori Shima TV Okey

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2013 Sandal & Serban Astro Oasis
Awang Batil Terakhir Maria Astro Prima
2016 Gelap Yang Terang TV2
2020 Takbir Dari Belantara TV1
Kasyaf Gelang Iblis Ana Astro Citra
2021 Ayat Dari Langit Faizah
Jangan Curi Hati Saya Dr Sharmila TV1
2022 Tanggang Langgang Melur TV3
Kuasa 3 Malam: Cikgu Nerd Ustazah Hanun TV9
Syurga Nur Muhammad Marlia Awesome TV
Selut Mawar TV2
2024 Melastik Ke Hatimu Raya Faida TV3

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2022 Next To Neelofa (Musim 2) Artis Jemputan Astro Ria
2023 Sepahtu Reunion Live Astro Warna Episod: "Kerana Aku Manusia Biasa"

Diskografi sunting

Single
Tahun Tajuk Penyanyi
2023
"Terus"
Sarah Fazny dan Zayani

Bibliografi sunting

  • Puteri Sarah Liyana; Emi Anvepa (2023). Puteri Sarah: Terus Melangkah. Kuala Lumpur: Terbit Sendiri Empire; Projek Nomad. ISBN 9786299830405.

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Aktres TV Popular Dirinya sendiri Tercalon [42]

Rujukan sunting

  1. ^ "Sarah ambil iktibar bina masa depan". Metro Ahad. 19 Disember 2010. Dicapai pada 3 April 2020.
  2. ^ Farihad Shalla Mahmud (26 September 2012). "Dilema Sarah". Berita Harian. Dicapai pada 3 April 2020.
  3. ^ "Ahli Jawatankuasa Persatuan Keturunan Megat Terawis Malaysia Megat Kamaruddin bin Megat Shamsuddin amat menghargai kerjasama JPN berkenaan penggunaan gelaran 'Megat', 'Puteri', 'Tun', dan 'Meor' kini boleh diwarisi oleh anak-anak kepada kaum wanita dari tiga keturunan di Perak". mStar. 5 Januari 2012. Dicapai pada 4 September 2023.
  4. ^ a b "Bukan sebab putus cinta". Kosmo!. 12 April 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 November 2013. Dicapai pada 30 Oktober 2013.
  5. ^ Shakilawati Abd Rahman (23 Disember 2007). "Bukan salah Sarah". Metro Ahad. Dicapai pada 3 April 2020.
  6. ^ Faridul Anwar Farinordin (1 Ogos 2007). "Sarah aspiring to get into the act". New Straits Times. Dicapai pada 3 April 2020.
  7. ^ Ramlah Zainal (1 Ogos 2007). "Sarah gementar bawa watak Saliha". Harian Metro. Dicapai pada 3 April 2020.
  8. ^ Nur Aqidah Azizi (1 Ogos 2007). "Puteri Sarah lands the role of Saliha". The Malay Mail. Dicapai pada 3 April 2020.
  9. ^ Zubir Mohd Yunus (6 Januari 2008). "Puteri Sarah tak boleh sambung Aduh Saliha". Berita Minggu. Dicapai pada 3 April 2020.
  10. ^ Ramlah Zainal (2 Disember 2008). "Sarah tolak tawaran filem". Harian Metro. Dicapai pada 3 April 2020.
  11. ^ "Puteri Sarah pendam impian besar". Berita Harian. 7 Jun 2010. Dicapai pada 3 April 2020.
  12. ^ "Puteri Sarah Liyana Muncul Drama Pertama Selepas Berkahwin". mStar Online. 14 Mac 2015. Dicapai pada 3 April 2018.
  13. ^ Ardini Sophia Sina (7 Februari 2016). "Berdebar Menanti Usin UFO". Metro Ahad. Dicapai pada 3 April 2020.
  14. ^ Najiy Jefri (4 Januari 2021). "Hati kian tenang". Harian Metro. Dicapai pada 3 April 2021.
  15. ^ "Puteri Sarah terjemah isi hati melalui lirik lagu 'Terus'". Astro Awani. 12 Mac 2023. Dicapai pada 3 April 2023.
  16. ^ "'Jantan Dayus, Boleh Go To Hell' – Netizen Puas Tengok Puteri Sarah 'All Out' Marah Syukri Yahya Dalam Drama". The Vocket. 17 Mac 2023. Dicapai pada 3 April 2023.
  17. ^ Rubini Nagarajah (31 Mei 2023). "'Puteri Sarah: Terus Melangkah' Naskhah Kisah Hidup, Bukan Untuk Buka Aib Orang Lain – Puteri Sarah". Getaran. Dicapai pada 31 Mei 2023.
  18. ^ "Terbit Buku Terus Melangkah, Puteri Sarah Tak Jaja Kisah Peribadi". XTRA. 31 Mei 2023. Dicapai pada 31 Mei 2023.
  19. ^ Shahrin (31 Mei 2023). "Puteri Sarah Tumpahkan Kisah Peribadi & Tragedi Hidup Dalam Naskhah 'Terus Melangkah' – 'Banyak Kali Menitis Air Mata…'". Oh Bulan!. Dicapai pada 31 Mei 2023.
  20. ^ Wahidah Othman (31 Mac 2023). "Puteri Sarah Bawa Watak Wanita Psiko, Harap Tak Terbawa Dalam Kehidupan Sebenar". Oh Bulan!. Dicapai pada 3 April 2023.
  21. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (31 Mei 2023). "Puteri Sarah tak kisah dikecam jadi 'penyondol'". Berita Harian. Dicapai pada 5 Oktober 2023.
  22. ^ "Puteri Sarah seronok bawa watak perampas suami orang dalam drama Hijrah Jannah". Astro Awani. 25 Mei 2023. Dicapai pada 5 Oktober 2023.
  23. ^ "(Gambar) Puteri Sarah Liyana & Teman Lelaki, Ammar Alfian Aziz". Rotikaya. 14 November 2009. Dicapai pada 3 April 2018.
  24. ^ Farihad Shalla Mahmud (6 Mei 2013). "Tak jadi kudis pun". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 April 2015. Dicapai pada 30 Oktober 2013.
  25. ^ Ifqdar Rahman (10 Mac 2014). "Demi cinta Syamsul, Puteri Sarah". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Oktober 2018. Dicapai pada 18 Mei 2016.
  26. ^ "Syamsul Yusof, Puteri Sarah timang bayi lelaki". Sinar Harian. 19 April 2017. Dicapai pada 21 April 2017.
  27. ^ Hanisah Selamat (17 Mac 2019). "Sumayyah, anugerah buat Syamsul, Puteri Sarah". Berita Harian. Dicapai pada 19 March 2019.
  28. ^ "Syamsul Yusof timang cahaya mata kedua". Sinar Harian. 17 Mac 2019. Dicapai pada 19 Mac 2019.
  29. ^ "Puteri Sarah dakwa Syamsul, Ira kahwin di Thailand". Berita Harian. 26 Disember 2022. Dicapai pada 7 Januari 2023.
  30. ^ "Dah setahun Syamsul sekat panggilan - Puteri Sarah". Berita Harian. 7 Januari 2023. Dicapai pada 7 Januari 2023.
  31. ^ Sudirman Mohd Tahir; Najiy Jefri (6 Januari 2023). "Ibu tak restu, tak terima perkahwinan Syamsul Yusof". Harian Metro. Dicapai pada 7 Januari 2023.
  32. ^ Suwarni Mokhtar (23 Mac 2023). "Puteri Sarah tuntut hak penjagaan penuh anak". Utusan Malaysia. Dicapai pada 8 April 2023.
  33. ^ "Actress Puteri Sarah files for full custody of two children". The Malay Mail. 22 Mac 2023. Dicapai pada 10 April 2023.
  34. ^ Suwarni Mokhtar (10 April 2023). "Puteri Sarah – Syamsul bercerai 18 April". Utusan Malaysia. Dicapai pada 10 April 2023.
  35. ^ "Syamsul, Puteri Sarah setuju cerai 18 April ini". Astro Awani. 10 April 2023. Dicapai pada 10 April 2023.
  36. ^ Georgie Joseph (10 April 2023). "Puteri Sarah nekad bawa haluan sendiri [METROTV]". Harian Metro. Dicapai pada 10 April 2023.
  37. ^ Noor Azlida Alimin (18 April 2023). "Syamsul, Puteri Sarah tidak jadi cerai hari ini". Sinar Harian. Dicapai pada 21 April 2023.
  38. ^ Fatin Farhana Ariffin; Affan Rostam (18 April 2023). "Puteri Sarah tolak dua syarat Syamsul". Berita Harian. Dicapai pada 31 Mei 2023.
  39. ^ ""Menyesal kahwin dengan Syamsul" - Puteri Sarah". Astro Awani. 21 April 2023. Dicapai pada 31 Mei 2023.
  40. ^ "Puteri Sarah reda bercerai dengan Syamsul, harap tiada lagi persengketaan". Astro Awani. 14 Jun 2023. Dicapai pada 27 Jun 2023.
  41. ^ Arif Zikri (14 Jun 2023). "'For the children': Film director Syamsul Yusof and Puteri Sarah part ways in amicable divorce". The Malay Mail. Dicapai pada 27 Jun 2023.
  42. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (24 Jun 2023). "ABPBH 35: Puteri Sarah terkejut bolos Top 5". Berita Harian. Dicapai pada 27 Jun 2023.

Pautan luar sunting