Puteri Yōko

Puteri Jepun

Puteri Yōko dari Mikasa (瑶子女王, Yōko Joō, lahir 25 Oktober 1983) ialah ahli Kerabat Diraja Jepun dan anak perempuan kedua Putera Tomohito dari Mikasa dan Puteri Tomohito dari Mikasa (Nobuko).

Yōko
Puteei Yōko pada Julai 2016
Keputeraan (1983-10-25) 25 Oktober 1983 (umur 40)
Pusat Perubatan Palang Merah Jepun, Hiroo, Shibuya, Tokyo, Jepun
Nama penuh
Yōko (Jepun: 瑶子)
KerabatKerabat Diraja Jepun
AyahandaPutera Tomohito
BondaNobuko Asō

Biografi sunting

Kehidupan awal dan pendidikan sunting

Puteri Yōko dilahirkan pada 25 Oktober 1983 di Pusat Perubatan Palang Merah Jepun di Hiroo, ShibuyaTokyo. Beliau belajar di Sekolah Gakushūin yang berprestij untuk pendidikan rendah, remaja rendah dan menengahnya. Puteri merupakan graduan Kolej Wanita Gakushuin, Fakulti Pengajian Antara Budaya, Jabatan Pengajian Jepun dengan ijazah sarjana muda dalam Pengajian Jepun.

Kerjaya sunting

Puteri Yōko kemudiannya bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti sukarelawan, terutamanya dengan Persatuan Palang Merah Jepun, dari Disember 2006 hingga November 2012.[1] Beliau telah dilantik sebagai Penaung Persatuan Antarabangsa untuk Reka Bentuk Universal (IAUD) pada Ogos 2013, jawatan yang pernah dipegang sebelum ini oleh ayahandanya. Beliau juga telah dilantik sebagai Presiden Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yuai Jyuji Kai pada Januari 2014.

Penampilan umum sunting

Seorang pengamal seni bela diri tradisional Jepun kendo sejak kecil, Puteri telah dipilih untuk menyertai kejohanan pameran di Perancis dan Jerman pada 2005, serta Pameran Dunia Aichi yang diadakan pada tahun yang sama. Pada Julai 2006, Puteri Yōko menghadiri konvensyen kebangsaan Kendo Housewives.

Kemangkatan Putera Tomohito sunting

Pada 6 Jun 2012, Putera Tomohito mangkat akibat dari pelbagai kegagalan organ. Pengebumian dan upacaranya telah dihadiri oleh Puteri Yōko dan ahli Keluarga Diraja yang lain.[2] Pada Jun 2013 dalam satu kenyataan tentang rumah tangga Putera, telah diumumkan oleh Agensi Rumah Tangga Imperial bahawa "ia [telah] mengurangkan bilangan isi rumah dalam keluarga Imperial sebanyak satu", mengintegrasikannya ke dalam rumah tangga yang dipimpin oleh ayahandanya.[3] Menurut pegawai agensi itu, integrasi rumah tangga tidak akan memberi kesan kepada kehidupan balu dan anak perempuan Putera Tomohito.[3]

Gelaran dan gaya sunting

 
Mon cawangan Mikasa Keluarga Diraja

Yōko digayakan sebagai Yang Teramat Mulia Puteri Yōko.[1]

Penghormatan sunting

Penghormatan kebangsaan sunting

Pautan luar sunting

  1. ^ a b Their Imperial Highnesses Prince and Princess Mikasa and their family - Official website
  2. ^ "Prince Tomohito's funeral draws 660 luminaries" (dalam bahasa Inggeris). Japan Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Julai 2012. Dicapai pada 9 Januari 2013.
  3. ^ a b "Prince's 2012 passing reduces Imperial household families by one" (dalam bahasa Inggeris). Japan Times. Dicapai pada 13 Disember 2013.