Putri Andreanna Syigim Mohd Razalli

Putri Andreanna Syigim Mohd Razalli atau lebih dikenali sebagai Anne (lahir 11 Januari 1981)[nota 1] merupakan bekas pengacara TV dan penyampai radio Malaysia, berasal dari Taiping, Perak. Anne mula menjadi penyampai radio Hot FM pada 1 September 2006 hingga 20 Ogos 2010.

Putri Andreanna
Kelahiran
Putri Andreanna Syigim binti Mohd Razalli

(1981-01-11) 11 Januari 1981 (umur 43)
Nama lainAnne
Pekerjaan
  • Pengacara
  • Penyampai radio
Tahun aktif2000–2010
PasanganNik Mahathir Zainudin (k. 2010)

Biografi sunting

Anak bongsu dua beradik ini memiliki Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Penyiaran) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor. Ketika Anne masih menuntut, dia sudah pun terjun ke dunia penyiaran apabila menjadi pengacara rancangan kanak-kanak, Hugo di ntv7 selama satu setengah tahun dan ketika itu Ann berusia 19 tahun. Namun, Anne terpaksa meninggalkkan program rancangan Hugo demi untuk menfokuskan pada pelajaran ketika menuntut.

Seterusnya dia mendalami dunia penyiaran apabila berhijrah ke Astro sebagai penulis skrip Salaam Bollywood selama lima bulan. Ketika itu pengacaranya ialah Sharifah Amani. Tidak lama selepas itu Ann menimba pengalaman di TV9 pula sebagai penolong penerbit rancangan Kompas dan Seputar Malaysia selama enam bulan.

Selepas berjinak-jinak dengan dunia penyiaran, Ann melebarkan sayapnya ke konti radio apabila bergelar penyampai radio di Red FM 104.9 mengendalikan segmen Red X-press. Ketika itu teman seperjuangannya ialah pelakon remaja, Raja Farah dan bintang Akademi Fantasia 2 (AF2) , Anding.

Anne menghadiri uji bakat untuk radio Hot FM pada tahun 2006 ibarat langkah kanan apabila dia diserapkan sebagai penyampai radio. Anne berkeudara bersama seorang lagi penyampai, Ikhwan setiap Isnin hingga Jumaat jam 8 malam hingga 12 malam dalam segmen Hot FM Zon. Manakala pada hari SABTU 10 pagi - 12 tengah-hari, Anne bersama Zura untuk segmen Hot FM yangkeren.

Anne kini semakin menguasai bidang pengacaraan pula, Anne merupakan hos bersama Ahmad Faizal Mohd Tahir OIAM dalam rancangan realiti terbaru, Gang Starz yang disiarkan secara langsung menerusi TV3 sebuah rangkaian Media Prima pada setiap hari AHAD Jam 9.00 Malam.

Gang Starz merupakan sebuah rancangan baru yang berkonsepkan realiti TV yang mencari bakat berkumpulan dalam bidang nyanyian. Namun bagi musim kedua, posisi Anne telah digantikan oleh Farah Fauzana. Selepas itu Anne menjadi pengacara bagi sebuah lagi rancangan realiti televisyen iaitu My Starz LG bergandingan dengan Naz. Selepas itu Anne menjadi pengacara bersama Khairul Ikhwan untuk rancangan HotFM Hot 30 yang pernah disiarkan di TV9 setiap AHAD Jam 1 tengah-hari pada tahun 2008.

Anne meninggalkan Hot FM pada 20 Ogos 2010 dan menetap di Doha, Qatar.[1]

Pengalaman kerja sunting

  • Hos gameshow kanak-kanak HUGO di ntv7 pada tahun 2000.
  • Penulis skrip Salaam Bollywood di Astro Ria pada tahun 2004.
  • Penolong penerbit rancangan Kompas dan Seputar Malaysia di Astro Ria pada tahun 2005.
  • Penyampai radio Red FM pada tahun 2005-2006.
  • Pengacara Filem di 9 di TV9 pada tahun 2006
  • Penyampai radio Hot FM pada tahun 2006 - 2010.
  • Pengacara Gangstarz di TV3 musim pertama pada tahun 2007
  • Pengacara HotFM 30 @ 9 di TV9 pada tahun 2008
  • Pengacara My Starz LG di TV3 dan ntv7 pada tahun 2008 - 2009
  • Pengacara Chopp di TV9 pada tahun 2009 - 2010

Nota kaki sunting

  1. ^ Beliau berkongsi tarikh lahir dengan Siti Nurhaliza yang dua tahun lebih tua daripadanya.

Rujukan sunting

  1. ^ Sitk Azira Abd. Aziz (8 Ogos 2010). Anne tinggalkan Hot FM, ikut suami ke Doha mStar Online. Dicapai pada 15 Mei 2011.

Pautan luar sunting