Putri Munawaroh (21) merupakan isteri kepada Hadi Susilo, rakan Noordin Mohd Top yang terbabit dengan serangan bom bunuh diri di Indonesia.

Dipenjara 3 tahunSunting

Pada 29 Julai 2010, Putri Munawaroh dijatuhi hukuman penjara 3 tahun kerana melindungi dan membantu pengganas yang terlibat dalam serangan pengebom berani mati di dua buah hotel mewah di Jakarta pada 2009. Dua letupan bom hampir serentak di Hotel Ritz-Carlton dan Hotel J.W. Marriott di Jakarta pada 17 Julai 2009 membunuh tujuh mangsa serta dua pengebom berani mati.

Hakim Ida Bagus Dwiyantara di mahkamah daerah Jakarta Selatan hanya menjatuhkan penjara 3 tahun berbanding 8 tahun yang dipohon pendakwa raya.

Hanya dia terselamat dalam pertempuran dengan polis Indonesia di rumahnya di Jawa Tengah pada 17 September 2009. Ketua rangkaian militan, Noordin Mat Top berjaya ditembak. Munawaroh ditangkap setelah Densus 88 Anti Penggnas menyerbu rumahnya di Kampung Sari RT 3 RW 11 Kelurahan Mojosongo, Kecamatan Jebres, Solo, Jawa Tengah.

Putri Munawaroh memakai hijab ketika dibicarakan. Semasa pertempuran, dia sedang mengandung dan anak itu dilahirkan semasa dia dipenjara. Pendakwa raya mahu guru Taman Pendidikan Alqur’an di Pesantren Al-Kahfi Mojosongo itu selama 8 tahun penjara. Dia didakwa di bawah Perkara 13.b Undang-Undang Terorisme jo Pasal 55 Ayat 1 ke-1 KUHP. Pendakwa raya , Totok Bambang masih mempertimbangkan hukuman itu setimpal atau tidak.[1]

30 wanita yang menghadiri perbicaraan itu melaungkan takbir 'Allahuakbar' dan melabel hakim sebagai 'kafir'. [2]

RujukanSunting