Q-Face
Q-Face merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia sekitar tahun 2000. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu. Lagu Izinkanlah dan Cinta Tak Sehaluan adalah lagu paling hit ketika itu dan menaikan nama kumpulan ini sebagai kumpulan pemuzik popular sebaris dengan Newboyz dan Boboy.
Q-Face | |
---|---|
Latar belakang | |
Berasal dari | Johor, Malaysia |
Genre | Pop Rock • Slow Rock |
Pekerjaan | Vokal / Pemuzik |
Tahun aktif | 2001-2002 |
Syarikat rakaman | Musicmedia Sdn Bhd |
Pengkarya berkait | Berkumpulan |
Ahli | Rozaini (Penyanyi) Angah (Gitar) Meninggal Dunia Noh (Gitar) Azan (Bass) Qimie (Dram) |
Bekas ahli | Fairuz (Penyanyi) |
Kumpulan Q-Face mempertaruhkan konsep pop rock dan komersil menerusi album pertama yang memuatkan 10 lagu ciptaan Hairul Anuar Harun, Saat Talib, Siso, Eddie Marzuki, Jari, Afiq Syahmi, Izman, Annuar Razak dan Osman Rawa. Lagu seperti Izinkanlah, Dewanaku, Kesal, dan Cinta Tak Sehaluan lagu paling terkenal dan membawa tuah pada Q-face.
Ahli-ahli dan Sejarah Penubuhan
suntingKumpulan Q-Face ditubuhkan pada tahun 2000. Dianggotai oleh 5 orang remaja lelaki. Ke semua anggota Q-Face ini masih bersekolah di dalam tingkatan 3 dan tingkatan 5 ketika itu. Allahyarham Angah (gitar utama) Azan (bass) menuntut Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Noh (gitar kedua) Sekolah Menengah Datuk Bentara Luar dan Fairuz (vokalis) Qimie (dram) Sekolah Menengah Kebangsaan Munsyi Sulaiman Batu Pahat''.
Fairuz (vokalis) naib juara dipertandingan asli Negeri Johor. Yang manakala, juara adalah Naqiu dari kumpulan Boboy. Fairuz disunting oleh Encik Supawi CEO music media. Lantas dengan adanya line up yang dicari oleh manager Fairuz untuk dijadikan ahli kumpulan maka terbentuklan kumpulan Q-Face. Fairuz memang awalnya tidak mengenali setiap seorang daripada line up itu. Hanya berkenalan selepas terbentuk nama itu. Disitulah Q-face bermula mencorak harapan dan keinginan kemajuan.
Anggota ahli asal Kumpulan Q-Face
- (Fairuz) Mohd Fairuz bin Selamat (bekas penyanyi)
- (Angah) Mohd Hafizi Bakir (gitar utama)
- (Noh) Mohd Noh Muin (gitar kedua)
- (Azan) Nor Azan Syah (bass)
- (Qimie) Mohd Haqimie Abdul Risam (drum)
Q-face muncul dalam industri di awal 2000 dengan single pertama Izinkanlah dan diikuti Cinta Tak Sehaluan dua lagu ini memang memberi satu salam perkenalan yang cemerlang dalam industri.
Dikala wabak New Boyz sedang ranum saat itu, nama Q-face cuba mencelah. Akhirnya, nama Q-face naik dengan agak pantas dan dapat sambutan hebat. Persaingan dengan kumpulan lain rancak dibicarakan ketika itu. Sehari surat diutuskan banyak, beratus sms dalam sehari dan juga show yang melimpah ruah setiap minggu.
Namun, sedang nama seakan kukuh. Rezeki fairuz (vokalis) untuk kekal dalam Q-face tidak lama. Fairuz mengambil keputusan untuk menarik diri sekitar lewat 2000 tidak sampai setahun. Selepas pengunduran Fairuz, Q-face teruskan perjuangan dengan penghasilan album kedua yang menampilkan penyanyi baru iaitu Zaini dengan Nuar. Selepas itu nama Q-face itu terus tenggelam tanpa bayangan lagi kerana ahli anggota masing-masing agak sibuk.
Fairuz selepas keluar dari Q-face dia teruskan pembelajaran dari sekolah menengah ke form 6, dan sambung pembelajaran ke Universiti Malaya. Azan sambung pelajaran UITM, Segamat dalam bidang Perakaunan. Angah belajar di Maktab Perguruan. Qimie dan Noh sedang menunggu keputusan SPM. Penyanyi baru pula iaitu Zaini dengan Nuar berada di dalam kumpulan Q-Dreams.
Diskografi
suntingAlbum
suntingTahun | Tajuk |
---|---|
2001 | Izinkanlah |
2002 | Fantasia Musim Cinta |
Lagu-lagu
sunting- Kenangan
- Fantasia Musim Cinta
- Cinta Tak Sehaluan
- Bisikan Untuk Maria
- Dewanaku
- Fantasia Musim Cinta
- Izinkanlah
- Kawan
- Kenangan
- Kesal
- Lafaz Cintaku
- Mata
- Terlena Di Manis Bicara
Anugerah
suntingAnugerah Era | |||
---|---|---|---|
Tahun | Kategori | Karya tercalon | Keputusan |
2002 | Top5 Lagu Pop Pilihan | Izinkanlah | Tercalon |